Mengapa orang Parsi menggelar orang Sayabijah di Ubullah sebagai orang Luri Hitam?

Apakah disebabkan perawakan rupa atau bahasa yang digunakan? Orang nomad Luri yang tinggal di sepanjang pergunungan Zagros bersempadan dengan Iraq al-Sawad dan Teluk Parsi menggunakan dialek purba Parsi zaman Dinasti Akhameni manakala dalam zaman Dinasti Sasan masyarakat umum Parsi mula menggunakan dialek Parsi Akhir yang banyak menyerap bahasa Suryani dan Arami. Jika bahasa dijadikan penyama ini bermakna orang Sayabijah sudah wujud di Teluk Parsi sejak zaman Dinasti Akhameni sehingga mereka terbiasa bertutur dalam dialek purba tersebut.

Menurut al-Baladhuri pada zaman Saidina Ali ibn Abi Talib seramai 800 Sayabijah bercampur dengan etnik Zutt(berasal dari negeri Sindh) ditempatkan mengawal perbendaharaan Basrah(Ubullah Baru). Ketika perang Jamal mereka menentang pendudukan Saidina Talhah dan Zubair dan permintaan agar perbendaharaan Basrah dibuka untuk kegunaan pasukan Madinah itu. Akibat menentang dan tegas mengambil sikap berkecuali maka mereka termasuk ketua bernama Abu Salim dari etnik Zutt dibunuh. Saki-bakinya kemudian menjadi penyokong Saidina Ali sampai zaman Bani Umawi apabila Saidina Mu’awiyah memindahkan mereka ke Antaqyah, Kaisariah dan sebahagian kecil ke Khurasan.

Mereka juga aktif membuat pemberontakan di sekitar Iraq sehingga dalam zaman Hajjaj Ibn Yusuf ats-Tsaqqafi mereka dipindahkan lagi.

– Sejarawan berpendapat bahawa Sayabijah merupakan jama’ bagi nama Zabaj satu negeri di kepulauan Hindia. Lokasinya masih menjadi perdebatan ramai.

– Sebelum 650-an masihi(pengakhiran pemerintahan khulafa’ ar-rasyidin) orang Sayabijah ini harus datang dari wilayah Zabaj yang masih lagi bukan di Pulau Jawa. Penghijrahan ini berlaku sebelum zaman Dapunta Hyang Jayanasa berkemungkinan dari utara Semenanjung atau Sumatera.

– Dinyatakan bahawa orang wilayah Qatif dan Bahraan merupakan keturunan satu kaum asli yang tidak dikenali. Dalam zaman jahili pra-Islam, orang Sayabijah dikatakan pernah tinggal di Qatif mempelopori industri pertukangan besi menempa sejenis lembing bernama Khatti dan terkenal kerana keelokan mutunya.

– Orang Sayabijah juga dibawa masuk pada zaman akhir Bani Sasan sebagai petempur yang digeruni ramai seperti pasukan Parsi yang lain yang digelar Ahmar dan Asawira.

– Orang Sayabijah ditemukan di sempadan Iraq dalam zaman Saidina Abu Bakar.

– Setelah perang al-Qadisiah, Basrah dibina atas perintah Saidina Umar ibn al-Khattab antara lain untuk mengawal keselamatan aktiviti perdagangan dari luar Teluk Parsi. Mereka diberikan qaryah menetap dengan masjid tersendiri.

– Orang Sayabijah menjadi sekutu Bani Tamim dalam sistem pengelompokam kabilah militer Arab yang menempati penempatan mu’askar Basrah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nabil Nadri atau nama penanya Tuan Merbok merupakan pencinta sejarah, arkeologi dan budaya. Penulisannya yang banyak datang dalam bentuk artikel atau posting ringkas menyentuh pelbagai subjek menarik terutamanya berkaitan Alam Melayu dan Dunia Islam. Pencarian nasab dan salasilah diri menjadi obsesi yang mewarnai aktiviti beliau kebelakangan ini disamping usaha beliau menjejak ratusan artifak Batu Aceh yang terdapat di Tanah Melayu. Nabil Nadri merupakan graduan Sarjana Muda dari Jabatan Sejarah dan Ketamadunan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2014-2016) dan kini sedang dalam peringkat melanjutkan pengajian Sarjana dalam bidang Sejarah di universiti yang sama

Leave A Reply