Objektifikasi Terhadap Wanita

0
1175
views

Objektifikasi bermaksud melayani seseorang seperti barang tanpa mengendahkan tentang maruah mereka. Menurut Martha Nussbaum[1], seorang ahli falsafah dan gerakan feminis dari Amerika Syarikat  berpendapat bahawa jika seseorang mengalami atau diperlakukan:

  • Seperti alat/dipergunakan untuk keperluan orang lain (instrumen);
  • Seperti tiada autonomi ke atas dirinya (menidakkan autonomi);
  • Seperti dimiliki oleh orang lain (kepemilikkan);
  • Seperti tidak punya kuasa untuk melakukan sesuatu (inertness);
  • Seperti boleh diganti dan ditukar (fungibility);
  • Seperti boleh dirosakkan atau dihancurkan (kekerasan);
  • Seperti tidak perlu mengambil kira akan perasaan dan pengalaman mereka (subjektiviti),

Seseorang tidak perlu untuk menunggu untuk ketujuh-tujuk perkara di atas diperlakukan sepenuhnya, satu ciri sudah mencukupi atau ianya tiada dalam ciri-ciri ini tetapi berkaitan sudah dikategorikan sebagai objektifikasi[2][3].

Jetpack Langkawi

“Dunia ini adalah perhiasan(kesenangan) dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” – HR. Muslim, Nasa’I, Ibnu Majah dan Ahmad

Melalui hadits ini kita memahami wanita adalah perhiasan dunia. Dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah.

Walauapapun, dunia kita telah pun dihiasi oleh para wanita. Lihat sahaja di keliling anda. Lebih 80% iklan-iklan melibatkan wanita. Kita tidak boleh lari dari iklan-iklan ini. Di mana-mana ada iklan. Hendak pulang ke kampung halaman ada papan layar iklan yang besar di lebuh raya, anda bermain Facebook juga ada iklan, anda hendak membeli sesuatu pun anda akan layari iklan terlebih dahulu, hendak melihat filem terbaru juga ada iklannya, malah di dalam kehidupan seharian kita, mustahil untuk mengelakkan diri daripada melihat iklan. Benarkan?

Pengiklanan melibatkan wanita menjadi harapan dan pertaruhan utama dalam melariskan jualan atau meraih sesuatu berkepentingan peribadi. Hampir semua pengiklanan melibatkan wanita, dari produk kecantikkan, produk permainan maya, industri hiburan, penerbangan dan lain-lain lagi. Perkara ini tidak dihairan oleh masyarakat kerana rata-rata wanita juga sudah biasa atau selesa menjadi model pengiklanan. Persoalannya kenapa wanita? Mungkin wanita sememangnya perhiasan?

Konsep Wanita ideal telah menjadi satu kejayaan dalam industri periklanan. Konsep ini tidak wujud dalam dunia realiti. Wanita ideal berciri-cirikan:

  • Tidak mempunyai kedutan, kecacatan atau parut (kulitnya sempurna);
  • Mempunyai kaki yang panjang, licin, dan cantik;
  • Pinggangnya ramping seperti Barbie doll;
  • Mempunyai payu dara dan punggung yang montok dan anjal;
  • Mempunyai rambut seperti kain sutera dan berseri;
  • Matanya bercahaya kelipan umpama bintang;
  • Giginya di putih, lurus, sempurna, dan hampir tidak realistic.

Adakah wujud wanita ideal ini? Wujud dalam dunia pengiklanan tetapi secara realiti mustahil. Wanita adalah manusia dan manusia dilengkapi dengan kekurangan. Kaum Adam dari kecil telah diasuh untuk mencari atau berkeinginan akan wanita ideal ini. Manakala budak perumpuan pula telah didoktorin agar berusaha memiliki ciri-ciri ini sejak usia muda. Mesti kurus ramping, tiada kedutan atau kecacatan di kulit muka seperti dalam iklan-iklan di Instagram, facebook dan lain-lain. Apa akan jadi jika tidak memenuhi ciri-ciri itu? Mungkin seorang wanita tidak dapat pasangan yang mereka idamkan seperti pasangan yang mempunyai kewangan yang stabil atau kerjaya yang lumayan atau mendapat pengitirafan rakan-rakan, keluarga, kenalan dan dunia maya iaitu laman sosial[4].

Selagi kaum Hawa tidak dapat memenuhi kriteria wanita ideal ini seperti di dalam iklan, selagi itu mereka akan berusaha dengan membeli produk-produk demi melengkapkan diri demi memenuhi kritiria tersebut. Inilah bagaimana industri berfungsi: Ciptakan keperluan baru, kemudian berikan sesuatu untuk memenuhi keperluan tersebut[5].

Untuk mengkaburi mata dan meyakinkan lagi, model-model di dalam iklan-iklan telah di make-up dan diubah secara teknologi menggunakan photoshop mahupun CGI. Hakikatnya, model-model tidak sempurna kerana mereka juga manusia. Industri mencipta mereka agar kita sebagai pengguna (consumer) obses akan kesempurnaan. Selagi kita tidak capai kesempurnaan tersebut (wanita ideal), selagi itu kita akan terus membeli dan menguna produk-produk mereka agar kita berusaha mencapai capaian yang mustahil yang telah ditetapkan oleh mereka[6].

Lelaki membandingkan wanita yang telah diproses oleh softwere terbaharu bersifat artificial. Lelaki mahukan wanita yang telah diproses sempurna wujud di depan mata mereka. Sedangkan itu sesuatu yang agak mustahil. Terciptalah paradox impian antara lelaki dan wanita. Lelaki berimpian untuk memiliki wanita ideal manakal wanita berimpian untuk menjadi ideal. Jika kita lihat kedua-duanya adalah mustahil.

Lebih kejam konsep wanita ideal telah mengubah definasi kecantikkan keseluruhannya bagi wanita. Menyedihkan, masyarakat dunia menerima, menelan dan menghadam akan perkara. Kini, telah menjadi satu trend perlumbaan untuk menjadi ratu cantik Instagram. Sesungguhnya perlumbaan yang tidak adil secara hakikat, psikologi dan kondisi kesihatan.

Kita teruskan ke dunia yang lebih gelap. Persaingan antara industri kian sengit. Mereka memerlukan idea yang lebih efektif dan sesuai dengan pasca-moden. Menggunakan kaedah “sex sell” ( berunsur pornografi ), otak manusia mudah terdedah dan akan dipogramkan untuk mudah sedar,celik, cekap untuk perkara yang releven berkaitan seksual. Maka iklan-iklan akan menggunakan kandungan yang berunsur seksual melibatkan wanita sebagai objek. Lagi sensetive kita respon, lagi kita tertarik[7].

Objektifikasi seksual terhadap wanita berlaku apabila wanita dilihat sebagai bahan utama(objek) sebagai memenuhi kehendak/keperluan nafsu seks lelaki. Perkara ini tidak baharu. Ianya sudah menjadi budaya yang meresap apabila gambaran wanita yang berorientasikan seks dalam pengiklanan dan media. Wanita digambarkan sebagai lemah atau tunduk melalui pornografi, imej dalam media arus perdana seperti pengiklanan dan seni, drama, filem, melayani lelaki dan pelacuran. Akhirnya, masyarakat menilai wanita secara seksual atau nilai estetik sahaja seperti pertandingan kecantikan, rupa paras dan mempengaruhi mereka akan keperluan untuk kosmetik, mempunyai saiz payudara yang ideal mahupun saiz badan yang tidak realistik sebagai perkara biasa.

Gambaran yang sistemetik memainkan peranan mempengaruhi minda kita untuk memperlakukan wanita sebagai objek seksual. Contohnya: menyamakan 2 puncak gunung yang rapat seperti payudara wanita; kedudukan/posisi wanita yang menyerupai posisi ketika melakukan hubungan seks; lebih ganas penggunaan jelas pornografi yang saya yakin anda memehaminya. Penggunaan teknik ini berulang kali ditayangkan dalam filem, paparan skrin, majalah, dan pengiklanan secara sistematik telah mengurangkan wanita menjadi peranan subjek yang pasif.

Mesej tersirat ini berterusan menguatkuasakan stereotaip jantina; menggalakkan lelaki untuk menilai wanita hanya sebagai objek untuk memuaskan nafsu; justeru memujuk wanita untuk membenarkan kelakuan/perbuatan lelaki. Bibit-bibit benih ini ditanamkan dalam minda manusia, kemudian dengan sedikit sensetiviti (triger), mana-mana objek yang mampu menyerupai atau bersifat seksual boleh menjadi picu keghairahan (Hypersexuality). Perkara ini boleh di manifestasikan melalui filem, iklan-iklan, lawak-lawak, kata mencarut, lagu-lagu dan banyak lagi. . Objektifikasi adalah reduktif yang merendahkan dan menghina wanita. Malang dan busuk apabila kita bersifat prajudis.

Kejutan budaya yang berlaku sekarang terutama di Malaysia, injeksi objektifikasi seksual terhadap wanita kian menular dan berjangkit secara senyap-senyap secara berleluasa. Tambahan lagi, lelaki disuap dengan pornografi justeru mempengaruhi lagi mindanya untuk menzahirkannya secara praktikal. Matanya kini lebih tajam berbanding burung helang mencari mangsa. Industri pornografi juga mengalami evolusi di mana mengobjekkan tudung, selendang atau apa-apa yang menutupi kepala wanita bahan untuk daya tarikan industri tersebut sesuai dengan isu semasa dunia yang sering dikaitkan dengan Islam. Kesannya, melihat wanita yang bertudung sekalipun berniqab mampu membuatkan lelaki Muslim bereraksi[8][9]. Lantas merendahkan elemen dan nilai spiritual bertudung.

Tidak hairan jika rakyat Malaysia kerap kali dikejutkan berita-berita mengenai rogol dan apa-apa yang mengobjekkan wanita. Patung bertudung pun dicabul.  Darah daging sendiri menjadi mangsa.

Lelaki terus diasuh dan didokterin untuk menobjekfikasikan wanita. Wanita menerima diri sebagai objek dengan rela hati. Ada yang sedar, ada yang tidak. Sebahagian wanita berpendapat, dengan mengobjekkan diri sendiri, mereka mampu bersaing dengan dunia moden dan menunjukkan harga diri yang lebih tinggi berbanding yang tidak. Wanita dan lelaki menggalakkan, menginspirasikan wanita lain untuk mengobjekkan diri mereka sendiri[10].

Kredit: Ronnie Ritchie

Saya melihat kesanya secara global telah mengakibatkan impak-impak negatif terhadap wanita:

Sumber: Sexual Objectification of Women: Advances to Theory and Research by Dawn M. Szymanski, Lauren B. Moffitt, and Erika R. Carr
  • Kebimbangan yang melampau batas tentang penampilan diri sendiri yang tidak sempurna mengikut piawaian yang ditetapkan oleh dunia. Sekaligus menjurus kepada kemurungan kerana terus membandingkan dirinya dengan yang lain;
  • Mengurangkan kadar produktiviti wanita. Apabila kebimbangan yang berterusan mengalir dan terus memprovok keyakinan wanita, mereka beranggapan perlunya menumpukan fokus kepada luaran fizikal, persepsi dan apa yang difikirkan orang;
  • Gaya pemakanan akan terganggu. Mereka akan menfokuskan untuk makan-makanan yang mempu memenuhi kehendak kebimbangan mereka. Boleh jadi tidak makan langsung dan mengurangkan pengambilan makanan yang tidak effektif. Kata lain, kemungkinan untuk mengambil produk-produk makanan yang menjanjikan kecantikkan ideal;
  • Menganggu funsi-fungsi manusia. Hal ini membicarakan kegagalan seseorang untuk menghargai mungkin perhubungan yang positif. Kesukaran membina motivasi diri yang luar biasa demi mencapai kejayaan akedemik. Lebih merisaukan adalah otak gagal berfungsi dengan kadar maksimum disebabkan gangguan[11][12].

Segala perkara objektifikasi tidak boleh dihentikan. Industri bergerak kehadapan, kita juga bergerak kehadapan. Apa yang kita boleh lakukan secara individu untuk wanita adalah:

  • Berhenti bertanding/ berlumba dengan wanita lain;
  • Berhenti melontarkan provakasi rupa paras;
  • Berhenti mencari perhatian menggunakan tubuh badan;
  • Berhenti menilai rupa paras. Semua orang cantik dengan caranya tersendiri;
  • Cari alternatif untuk sibukkan diri ke aktiviti yang lebih berfaedah seperti melakukan passion atau hobi.

Untuk lelaki:

  • Beri sokongan yang positif;
  • Jangan menilai wanita berdasarkan rupa paras dan menjadi prajudis. Nilai mereka berdasarkan apa yang mereka kata dan lakukan;
  • Bersuara menentang objektifikasi;
  • Mengingatkan mereka bahawa mereka unik dengan cara tersendiri;
  • Hentikan diskriminisasi rupa paras.

Saya menulis artikel ini bukannya bertujuan menyebarkan ketakutan. Tetapi lelah hidup dalam budaya sebegini. Sebagai seorang lelaki, saya merasakan fed-up akan carutan yang menggunakan kemaluan perumpuan sebagai objek permainan lelaki atau perkara jijik. Wanita diperalatkan seperti pakai buang dan kitar semula. Saya fikir jika wanita adalah perhiasan maka siapa yang mencorakkan hiasan itu? Munurut penyarah Akidah Ketuhanan saya pernah mengatakan: “Wanita dipengaruhi dan akan mempengaruhi”. Untuk mendapatkan sebaik-baik hiasan, kita perlu mencorakkan hiasan itu dengan pengaruh yang sebaik-baik positif. Kelak, hiasan akan menyebarkan pengaruh yang positif kepada generasi seterusnya.

Sumber: http://educateinspirechange.org

Tiada niat untuk mendikriminisasikan wanita untuk tidak bersolek atau mahu bercantik. Itu hak peribadi dan kebebasan masing-masing. Dari lelaki untuk lelaki, mari sama-sama cuba belajar menghargai sesuatu berdasarkan apa yang wanita kerjakan, usahakan. Hentikan pornografi dan pemikiran kekuasaan/authority terhadap wanita. Mereka bukan alat, bahan atau objek. Mereka manusia yang mempunyai emosi,perasaan dan impian. Belajar untuk menghormati ruang personal/privacy wanita.

Memetik kata-kata Caroline Heldman pada pembentangan The Sexy Lie di TEDxYouth@SanDiego:

“Cuba kita bayangkan dunia, wanita dan perumpuan tidak menghabiskan waktu sejam setiap pagi untuk menyelesaikan solekkan.

Cuba kita bayangkan sebuah dunia, wanita dan perumpuan dinilai berdasarkan apa yang mereka cakap dan kerjakan, berbanding bagaimana rupa paras mereka.

Saya ingin mengajak anda sekalian untuk berimiginasi sebuah dunia dari membelanjakan masa untuk penampilan, secara tidak sengaja kita menyusur tenaga kita dari berhadapan masalah yang serius. Seperti penyeludupan manusia, gangguan seksual, homophobia, kemiskinan, kelaparan.

Dan yang terakhir, disebabkan kamu semua adalah arkitek masa depan, ingin saya mengingati kamu bahawa, di suatu masa arkiteklah perlu merobohkan paradigma demi mendirikan yang baru dunia yang lebih baik.

Maka soalan saya untuk anda: Dunia macam mana yang hendak kamu bina?[13]”=

Rujukan:

  1. https://id.wikipedia.org/wiki/Martha_Nussbaum
  2. https://id.wikipedia.org/wiki/Objektifikasi
  3. https://en.wikipedia.org/wiki/Objectification
  4. Laporan Roles of Women in Advertising:The Objectification of Women and the Shift to an Empowering Ad Frame oleh Nancy Pilar Perez, B.J.
  5. https://www.thebalance.com/advertising-women-and-objectification-38754
  6. https://sites.psu.edu/grmertman/2015/10/22/photoshop-in-advertising/
  7. http://www.businessnewsdaily.com/2649-sex-sells-more.html
  8. http://nypost.com/2015/01/07/porn-star-performs-while-wearing-hijab-sparking-controversy/ ; https://www.vice.com/en_us/article/yvxgmm/behind-the-rise-in-hijab-porn ; https://www.scoopwhoop.com/Pakistani-Porn-Star-Wears-Hijab-As-Symbol-Of-Sexual-Empowerment/#.idgrasvmg ; https://qz.com/326160/the-secret-ingredient-of-muslim-porn-star-mia-khalifas-rise-to-fame-taboo/
  9. Artikel research Seeing women as objects: The sexual body part recognition bias by SARAH J. GERVAIS, THERESA K. VESCIO, JENS FÖRSTER, ANNE MAASS AND CATERINA SUITNER
  10. Thesis Women Who Self-Objectify and Objectify Other Women: The Role of Self-Compassion by Alysia Ann Hoover-Thompson
  11. Jurnal Female Self-Objectification: Causes, Consequences and Prevention by Tanjare’ McKay
  12. http://steinhardt.nyu.edu/appsych/opus/issues/2016/spring/rooney
  13. https://youtu.be/kMS4VJKekW8
  14. http://www.adweek.com/digital/these-stats-prove-femvertising-works-160704/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.