Ada sebuah filem bertajuk Northern Limit Line (NLL) yang diambil kisahnya daripada Pertempuran Yeonpyeong Kedua pada tahun 2002 di NLL tu sendiri. Persoalannya, Northern Limit Line ni apa?
Northern Limit Line ialah sempadan maritim di Laut Kuning antara Korea Utara dan Korea Selatan. Sempadan ni memanjang ke laut dari DMZ. Kerana syarat gencatan senjata, bahagian tanah besar dimiliki oleh Korea Utara, manakala pulau-pulau itu kekal sebagai sebahagian daripada Korea Selatan.
Perjanjian Gencatan Senjata 1953 ditandatangani oleh Korea Utara dan United Nations Command (UNC) menamatkan Perang Korea dan menyatakan lima pulau termasuk Pulau Yeonpyeong dan Pulau Baengnyeong akan kekal di bawah kawalan UNC dan Korea Selatan. Tetapi mereka tak setuju dengan garis persempadanan maritim, terutamanya kerana UNC nak sejauh 3 batu nautika dari perairan wilayah, manakala Korea Utara nak sejauh 12 batu nautika.
Kerajaan Sementara Korea Selatan Rhee Syngman menentang perjanjian gencatan senjata, cuba menyerang Korea Utara di pantai barat dan mengabaikan perjanjian. UNC tubuhkan “Northern Limit Line” supaya Korea Selatan tak serang Pulau Hwanghae yang merupakan titik permulaan Northern Limit Line.
NLL yang asalnya dibuat untuk halang pencerobohan Korea Selatan ke utara yang ancam gencatan senjata. Tapi lama kelamaan diubah untuk halang kapal Korea Utara menuju ke selatan.
Sempadan ni tak diiktiraf secara rasmi oleh Korea Utara. Tentera laut Korea Utara dan Korea Selatan selalu buat rondaan di kawasan sekitar NLL. Memandangkan Korea Utara tak tahu garisan tu, bot nelayan diorang berlayar melebihi garisan had, diiringi bot tentera laut Korea Utara.
Pada 27 April 2018, Korea Utara dan Korea Selatan menerima pakai Deklarasi Panmunjom yang setuju kawasan sekitar NLL akan ditukar jadi zon keamanan maritim untuk elakkan pertempuran tentera yang tidak disengajakan dan menjamin aktiviti nelayan dan memancing yang selamat.
Sebelum ni, pertempuran antara bot nelayan Korea Utara dan Korea Selatan dengan kapal tentera laut selalu terjadi di NLL. Perairan di sepanjang NLL kaya dengan ketam biru, sampaikan insiden yang jadi kat sana digelar sebagai “Perang Ketam”. Antara insiden yang pernah berlaku seperti Pertempuran Yeonpyeong Pertama (1999) dan Kedua (2002), Pertempuran Daechong (2009), karamnya ROKS Cheonan dan Pengeboman Yeonpyeong (2010).
Oleh: Azizul Farhan
…
Korea banyak mengalami anjakan paradigma dari zaman ke zaman. KITAB TAMADUN KOREA memuatkan banyak informasi menarik mengenai sejarah Korea hingga kini. Boleh beli di: