Terdapat banyak kisah misteri dan mitos di dunia ini yang hampir dilupakan oleh generasi baharu dan mungkin perlahan-lahan bakal terhapus. kisah yang dianggap misteri dan aneh ini dikesan di Amerika Utara, di mana ia pernah dipelihara dengan baik oleh suku asli Amerika.

Semasa orang-orang Eropah mula-mula menjejakkan kaki di benua Amerika, mereka telah bertembung dengan pelbagai suku kaum yang sangat berbeza dari segi adat, rupa dan bahasa.

Moon-Eyed Myth

Tidak dinafikan bahawa kisah paling misteri dari kebanyakan mitos kaum Asli Amerika ialah kisah “kaum bermata bulan”, kenapa digelar bermata bulan? ia mungkin boleh disabitkan dengan ciri-ciri mereka yang akan dihuraikan nanti.

Bertambah misteri apabila komuniti yang wujud jauh sebelum kedatangan pengembara Eropah ke benua Amerika menjadi satu misteri. Apakah kisah ini benar berlaku atau sekadar mitos suku asli di Amerika?

Apa Yang Kita Tahu Tentang Kaum Ini?

Apabila peneroka dari Eropah pertama kali berinteraksi dengan suku Cherokee, mereka mengambil perhatian tentang tradisi lisan suku ini yang dianggap ‘pelik’, yang wujud dalam budaya mereka sejak beberapa generasi. Malah pada masa itu, sekitar pertengahan 1700-an, tradisi ini semakin malap dan cuma bertahan dalam ingatan sesetengah generasi tua di kalangan kaum mereka sahaja.

Sepasang Patung Batu ‘Moon-Eyed People’ Menurut Mitos Cherokee

Menurut cerita lisan, Kaum bermata bulan ini tinggal di wilayah tenggara Amerika sebelum puak Cherokee bermigrasi ke sana.

Sumber lisan mereka turut menerangkan ciri-ciri fizikal kaum ini yang berkulit putih dan anehnya mereka tidak dapat melihat pada waktu siang.

Selain itu, diceritakan berlaku pertempuran antara suku Cherokee dan kaum ini kerana merebut kawasan, dan mereka berjaya mengusir ‘orang-orang celaka’ ini lalu menetap di tanah itu selama beberapa generasi.

Dokumentasi Eropah dibuat pertama kali mengenai tradisi lisan ini sejak tahun 1797, apabila Ahli Botani dan juga seorang profesor Amerika, Benjamin Smith Burton, menulis dalam bukunya tentang kisah lagenda yang popular di kalangan puak Cherokee.

Mengambil sumber rekod dari Kolonel Leonard Marbury yang pernah berkhidmat sebagai ‘orang tengah’ antara kerajaan Amerika dan suku Cherokee.

Penghidap Albino Di Kalangan Suku Hopi

Burton menganggap bangsa misteri yang ditemui oleh suku Cherokee sebagai komuniti berpenghidap albino, beliau menguatkan dakwaan itu dengan menjelaskan hakikat bahawa mereka tidak dapat melihat pada waktu siang(penghidap albinism tak boleh kena sinar matahari/cahaya).

Pertemuan Aneh Lionel Wafer The Buccaneer

Walau bagaimanapun, Burton terus menyambung kenyataan beliau dengan menukilkan dari akaun Lionel Wafer, dalam bukunya pada 1699 “A New Voyage and Description of the Isthmus of America” ​​menggambarkan komuniti albino yang ditemuinya di Isthmus of Darien, di kalangan suku asli Kuna.

Daripada semasa ke semasa, terdapat banyak dokumentasi lain tentang mitos ini, semuanya dikaitkan dengan mitos dari suku Cherokee. Ezekiel Sanford menulis dalam “History of the United States Before the Revolution,” dan B. R. Carroll dalam “Historical Collections of South Carolina” menyebut cerita mitos “bangsa bermata bulan” ini sebagai tradisi Cherokee.

Merungkai Misteri…

Ahli Sejarah Amerika, Haywood mengumpul seberapa banyak sumber lisan yang didapati. Tentang bagaimana suku Cheerokee ini bertemu dengan bangsa kulit putih itu di Sungai Little Tennessee. Di sana mereka menemui kubu pertahanan yang mengandungi cangkul, kapak, senjata api, dan peralatan logam lain.

Walau bagaimanapun, salah satu sumber terbaik untuk merungkai kisah ini melalui penceritaan dari gabenor Tennessee, John Sevier. Pada zamannya, kebanyakan kawasan Appalachian adalah sebahagian daripada wilayah Cherokee.

John Sevier yang bertemu dengan ketua suku Cherokee bernama Oconostota di sebuah pergunungan Fort di Georgia pada 1782, merumuskan kisah yang diceritakan secara lisan melalui nenek-moyangnya tentang keberadaan orang kulit putih di seberang sungai berdekatan tempat mereka.

Disini mungkin anda berasa sedikit pening dengan kisah ini. Sebenarnya suku Cherokee telah bertembung dan bertempur dengan pengembara dari Wales yang telah mendarat di benua Amerika sekurangnya 300 tahun sebelum ketibaan Christopher Colombus.

Putera Wales, Madoc ab Owain Gwynedd, seorang penjelajah maritim semasa zaman awal pertengahan. putera muda Wales dikatakan melarikan diri dari konflik lalu belayar ke arah barat, akhirnya tiba di Amerika Utara pada 1170.

Manakala bangsa misteri yang ditemui sebelum ini adalah dari kalangan suku asli Amerika yang berpenghidap albino. Hal ini timbul kekeliruan di antara mereka, sehingga mencetuskan peperangan. Namun dalam beberapa sumber, pengembara dari Wales ini tiada masalah apabila bertemu dengan suku-suku lain.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Leave A Reply