Melayu Tidak Bertamadun

Kerana dalam fikiran kalian yang Melayu dulu hanya ‘berkaki ayam’, kau tuduh mereka tidak bertamadun, kononnya Kaki itulah yang menendang penjajah keluar.

Kerana Melayu dulu berkulit gelap, kau pandang mereka kuli. Kulit yang gelap itulah tanda Bangsa Melayu yang gigih berkerja, bertukang & bercucuk tanam malah hebat dalam tarung.

Kalian sedar atau tidak, bahawa kulit gelap itu yang kalian bawa ke hulu ke hilir, pagi ke malam, warisan nenek moyang kalian, anugerah Allah.

Sebenarnya tidak bertamadun Melayu yang seperti digembar-gemburkan adalah sebenarnya datang dari pengetahuan sejarah kalian yang sangat-sangat dangkal dalam mengenal sejarah bangsa kalian.

Kalaulah kalian tahu betapa agungnya tamadun bangsa kalian..

Sejarah Tidak Penting

Tak perlu lagi kalian mempertikaikan tentang keperluan sejarah dalam hidup manusia. Pertikaian itu sudah kuno, kalian sudah ketinggalan zaman, kerana kami telah menjawab tohmahan itu tak lama dulu.

“Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum, suruh dan tegah) dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.”
(Surah Al-Nur: 34)

‘Contoh tauladan orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang yang bertakwa’. Itulah tujuan sejarah.

Bangsa Tiada Kepentingan Dalam Islam

Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai bangsa dalam kalangan umat manusia. Allah S.A.W. berfirman dalam Kalamullah dengan maksud:

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu.”
(Al-Hujurat: 13)

Maka kenal sekalian bangsa akan Bangsa Melayu itu berkulit gelap, matanya bundar, rambutnya hitam pekat panjang melepasi bahu, tubuhnya kekar. Manakala kata-katanya berlapik, hidup penuh adat yang beradab.

Kata Sayyid Qutb dalam menafsirkan ayat ini:

“Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.”

(Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).

Kalian sedia tahu, setiap bangsa ada kelebihan mereka sendiri. Kelebihan pada umat bangsa inilah yang menjadikan Islam maju mencapai puncak kegemilangan. Maka Bangsa Melayu telah menunaikan sedikit sebanyak keperluan umat manusia. Antara contohnya Bangsa Melayu telah mempelopori bidang perlayaran, pertanian, persenjataan, bela diri & sebagainya.

Pedang Kataha (Kedah Tua) dihoptesiskan pernah digenggam Baginda Rasulullah Sallallahu Alaih Wassalam. Penemuan kapal di Sungai Batu memungkinkan dan membuktikan bahawa sesungguhnya bangsa Melayu ini ialah bangsa yang mengenal cara menjinakkan lautan sejak ribuan tahun lalu. Kapal layar Naga Pelangi buatan tradisional Terengganu pernah dengan gagah dan selesa belayar mengelilingi dunia. Gobok api membolehkan manusia ‘membawa’ api ke mana sahaja.

“Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum ‘Aad saudara mereka, Hud. Ia berkata: “Hai bangsaku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain dari-Nya. Maka mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya?”
(Al-A’raf: 65)

Maka desawarsa ini Melayu itu telah Islam. Mula memakai imamah (kain ikat kepala), berseluar senteng, bengkungnya mengimarahkan diri kepada jihad fisabilillah dan mati itu pasti. Pakainya penuh rukun tersurat dan tersirat.

Bila berlayar, sampai Arab kenal. Bila bertukang, sampai Eropah kagum. Bila berperang, sampai Britain takut.

Dan Allah telah menganugerahkan tanah kepada setiap bangsa ciptaannya, untuk diperintah isi dalamnya. Kerana pemimpin bangsa tersebut memahami adat resam setempat yang majoriti didiami oleh bangsanya. Dan Bangsa Melayu mendapat Tanah Melayu untuk diperintah, kerana mereka memahami adat setempat

Dan hamba akan terus berjuang, melalui penulisan dan pergerakan, untuk menaikkan semula kegemilangan mentaliti dan ketamadunan akal Melayu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply