Sebut pasal sarapan, saya pasti ada dalam kalangan kita tidak mahu mengambil sarapan. Dan saya pasti antara alasan yang selalu dikemukakan ialah tiada masa atau sarapan mengambil masa lama untuk dibuat. Namun, tahukah anda, sarapan ialah hidangan paling penting dalam kehidupan kita. Di sini ada beberapa sebab mengapa sarapan perlu diambil setiap hari.

1. PERANGSANG TENAGA SEBELUM MEMULAKAN HARI.

Semua orang seharusnya memulakan hari mereka dengan nutrien dan zat berkhasiat sebanyak mungkin. Satu perkara menarik berkenaan sarapan ialah terdapat makanan biasa di mana ia sebenarnya makanan super yang mengandungi nilai nutrien yang baik kepada kesihatan kita. Antara makanan super tetapi biasa kita makan ialah:

Figure 1: Telur kaya dengan protein, asid amino dan Vitamin D.

i) telur – mengambil sedikit masa untuk disediakan dan dimasak tetapi berbaloi sebagai makanan untuk sarapan. Selain menganduni asid amino dan protein, telur juga merupakan antara beberapa makanan yang mengandungi vitamin D. Vitamin D bagus untuk menguatkan tulang-tulang kita.

ii) gandum penuh – tak kira apa jenis sarapan anda ambil berdasarkan bahan ini sama ada bijirin sarapan, oat atau roti, ia merupakan sumber fiber yang bagus. Ianya bagus untuk kesihatan jantung dan sistem pencernaan makanan serta boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan diabetes.

Figure 2: Antara buah yang kaya dengan Vitamin C ialah oren.

iii) buah-buahan – ambil sama ada dalam bentuk jus atau buah kerana ini sumber utama vitamin C. Buah-buahan yang biasa didapati atas meja ialah limau dan epal.

2. FOKUS MANTAP.

Figure 3: Sarapan membantu kita fokus dan produktif pada waktu pagi.

Pengalaman saya sendiri semasa menghadiri sekolah kebangsaan, sekolah menengah atau sekolah agama, ada masa saya kadang-kadang terlupa nak bersarapan. Akibatnya dalam kelas, agak sukar untuk saya menumpukan perhatian dalam kelas. Bagi yang bekerja pula, saya yakin ada yang terlepas sarapan merasa sukar fokus dalam kerja mereka. Bila kita sudah bersarapan tak kiralah sama ada ianya makanan yang mengenyangkan seperti nasi lemak atau sesuatu yang mudah seperti roti, ia sebenarnya membantu kita lebih fokus dan produktif dalam rutin seharian sehinggalah waktu rehat atau makan tengah hari untuk rehat dan mengisi semula ‘minyak’ untuk kekal produktif dan fokus pada waktu petang.

3. MENGURANGKAN STRES DAN PERASAAN MUDAH MARAH PADA WAKTU PAGI.

Kita faham akan perasaan kurang selesa dan marah pada waktu pagi. Tanda-tandanya pun kita sudah kenal seperti tak mahu bangun dari katil, tiada kemahuan untuk bekerja dan paling penting, anda lapar! Bayangkan keadaan diri anda tidak makan selama beberapa jam dan terus pergi bekerja tanpa mengambil sebarang sarapan, anda pasti tidak mahu orang menghampiri anda pada pagi tersebut. Anda boleh saja atasi situasi ini dengan bersarapan. Sarapan bukan saja menghilangkan perasaan sebegini tetapi juga menyuntik tenaga baru pada tubuh badan untuk menghadapi cabaran kehidupan sekalian.

4. SUNTIKAN METABOLISME.

Bila kita tidur, metabolisme kita akan jadi perlahan kerana tiada aktiviti untuk mambakar kalori badan pada waktu tersebut. Sebarang bentuk sarapan berkhasiat pada waktu pagi membantu metabolisme badan kita membakar kalori sejak dari awal pagi lagi, bukan waktu tengah hari selepas kita selesai makan tengah hari.

5. MENGELAK SITUASI KELAPARAN.

Ini satu fakta yang kita tidak tahu. Apabila kita mengambil keputusan untuk tidak mengambil sarapan pada waktu pagi, tubuh badan akan mengaktifkan mod survival dan mula menyimpan kalori yang seharusnya dibakar pada pagi tersebut. Akibatnya, kalori yang disimpan ini bertukar menjadi lemak. Sarapan mencegah senario ini daripada berlaku dan mengelakkan penyimpanan kalori bertukar menjadi lemak.

6. MENGELAK MAKAN BERLEBIHAN.

Kita semua suka makan lebih-lebih lagi sekiranya makanan yang diambil ialah makanan kegemaran kita. Tetapi tahukah anda, sarapan yang diambil pada waktu pagi sebenarnya mencegah anda dari terlalu banyak makan? Ini kerana sekiranya anda memanjangkan tempoh antara waktu makan malam dengan makanan terbaru yang diambil pada hari berikutnya, anda boleh makan melebihi apa yang sepatutnya diambil. Dan sekiranya ini dibiarkan, ia boleh membawa kepada obesiti dan masalah kesihatan lain.

7. RANCANG BAHAGIAN HIDANGAN ANDA.

Pada waktu pagi, anda mungkin merasa tidak lapar tetapi sarapan berkhasiat dan seimbang boleh membantu anda merancang dan mengira berapa bahagian hidangan untuk waktu-waktu seterusnya. Ini membantu anda mengelak makan secara berterusan atau mengambil makanan ringan, dua tabiat kurang sihat di mana anda mengetepikan nilai nutrien makanan dengan mengambil makanan berlemak bagi menghilangkan rasa lapar.

8. MENGURANGKAN KOLESTEROL BURUK.

Pengambilan sarapan boleh mengurangkan kolesterol buruk atau kolesterol LDL dalam tubuh badan. Sekiranya sarapan tidak diambil, anda mencetuskan siri tindakan dalam tubuh badan anda. Pertama, anda memperlahankan metabolisme tubuh badan anda. Kedua, lemak disimpan lebih lama dalam tubuh badan. Ketiga, kecenderungan untuk makan secara berlebihan jadi lebih tinggi. Akhir sekali, anda sebenarnya menambah berat badan dan bilangan kolesterol LDL dalam tubuh badan.

9. MENGHILANGKAN BERAT BADAN.

Figure 5: Sarapan antara cara paling mudah untuk menurunkan berat badan.
Sarapan sebenarnya cara paling mudah untuk mengurangkan berat badan. Seperti mana yang dinyatakan di atas, ia membantu anda bukan saja kekal fokus dan produktif tetapi juga kekal aktif. Sekiranya anda makan secara berlebihan atau terambil makanan ringan, anda masih ada sepanjang hari untuk tebus semula perkara tersebut. Banyak kajian menunjukkan pertambahan berat badan berlaku berikutan tidak mengambil sarapan.

SUMBER:

Cenzon, Matthew. (2016). SymptomFind.com. Top 10 Benefits of Eating Breakfast. https://www.symptomfind.com/nutrition-supplements/benefits-of-eating-breakfast/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply