Anime/manga ‘yaoi’ (boleh juga dibaca: gay atau cinta antara lelaki) semakin meningkat. Boleh tengok di laman-laman anime, betapa bersepahnya anime ini. Audien untuk anime ini adalah wanita. Ya, wanita ‘straight’. Golongan ini dipanggil sebagai ‘Fujoshi’. Aku guna perkataan ‘fujoshi’ selepas ini. Ia tak sebanyak genre ‘yuri’ (boleh juga dibaca: lesbian). Yang aku pun tak pasti demografi penontonnya. Aku sebenarnya baca pasal ini tadi di beberapa buah forum. Aku tertanya-tanya kenapa perempuan ‘straight’ minat baca manga genre homoseksual? Ini aku tak dakwa-dakwa sebab di timeline Facebook aku memang ada orang macam ini.

1. Aku pergi pada dapatan psikologi dulu.

Perempuan-perempuan ini secara umumnya menolak perlakuan homoseksual, tetapi mereka tak mahu prejudis terhadap golongan ini. Tak mahu prejudis terhadap golongan ini tak apa dari sudut agamanya, tapi mereka ini secara tak sedar tak mahu juga prejudis terhadap tingkah laku dan perbuatan permukaan yang menjurus pada homoseksual.Ini yang membuatkan kesedaran mereka cenderung minat terhadap genre-genre macam ini. Walaupun secara permukaan mereka tak selesa dengan homoseksual, tetapi secara tak sedar mereka cenderung meminati benda itu.

Mereka nak buktikan secara tak sedar bahawa mereka tak ‘rasis’ terhadap golongan ini. Aku baca forum di Quora, ramai juga yang bagi jawapan ‘tak salah menontonnya’ dan ‘ia tak memberikan mudarat pada sesiapa’ dan ‘ia tak kacau periuk nasi kau’. Ini jawapan paling lemah aku dapat bila ada orang utarakan soalan ‘kenapa minat yaoi’. Aku sambung. Tak banyak anime yang membawa idea Hayao Miyazaki, iaitu menaikkan kekuatan wanita. Kebanyakan anime/manga menunjukkan wanita seperti drama puteri Cinderella dan Rapunzel yang lemah dan mahu diselamatkan. Fujoshi tak dapat nak menerima peranan wanita yang lemah. Jadi, mereka lebih selesa kalau elemen ‘lemah’ ini ditunjukkan pada lelaki. Dalam Yaoi, secara tipikalnya, ada watak lelaki maskulin dan ada watak lelaki feminin yang ada perasaan ‘romantik’ antara satu sama lain.

Lelaki feminin ini akan ada tingkah laku ‘submissive’ dan ‘helpless’ seperti kebanyakan wanita dalam genre popular. Bagi fujoshi, elemen ‘wanita lemah’ memberikan mereka rasa tak selesa dan ‘terancam’ dalam kerangka sosial. Yang menariknya, fujoshi juga tak mahu ada wanita ‘lemah’ dalam karya fiksyen walaupun dalam karya itu heroinnya adalah wanita yang ‘kuat’.Mereka juga tak mahu berlaku persaingan antara wanita dan wanita. Bagi mereka ini adalah suasana ‘ancaman’. Elemen ini tidak ada dalam genre ‘yaoi’. Jadi, secara realitinya, tak logik kalau tiada wanita ‘lemah’ begini. Tapi mereka tak suka, jadi elemen ‘kelemahan’ itu diletakkan pada lelaki dan lelaki ini pula bercinta dengan lelaki ‘kuat’.

2. Dapatan dari sudut percetakan manga di Jepun

Genre Yaoi ini kira muncul apabila ada penciptaan watak-watak lelaki ‘cantik’. Macam mana lelaki ‘cantik’? Kau orang Google ‘Prince of Tennis’. ‘Trend’ dalam kalangan Fujoshi bermula apabila dalam manga-manga Shounen macam Naruto, One Piece dan Bleach terdapat elemen yang menggerakkan ‘otak’ Fujoshi. Contohnya elemen lelaki ‘cantik’, lelaki ‘lembut’. Malah persahabatan antara Naruto dan Sasuke pun boleh menyebabkan fujoshi berfantasi secara berlebihan. Padahal, target genre Shounen bukanlah untuk golongan fujoshi.

Demografi penonton fujoshi menjadi lubuk keuntungan syarikat Jepun seperti Jump. ‘Turning point’-nya bermula daripada anime Prince of Tennis (PoT) PoT tidak dicipta untuk fujoshi, dan demografi penontonnya adalah luas. PoT jadi popular dan ia juga popular dalam kalangan fujoshi kerana elemen lelaki ‘cantik’. Kebetulan pula, kuasa membeli dalam kalagan fujoshi sangat tinggi untuk anime itu. Shonen Jump mula fokuskan produk mereka pada golongan wanita. Jadi, sekarang banyaklah keluar anime-anime macam ini. Lelaki ‘cantik’ dan hubungan super-platonik antara lelaki. Ada yang fokuskan pada benda itu semata-mata, ada juga yang sekadar masukkan ia sekadar ‘fan-servie’.

Secara realitinya, fujoshi akan dakwa mereka suka manga yang memang bukan untuk mereka, tapi untuk semua. Yang plotnya dan perkembangan wataknya menarik. Tapi, pada masa yang sama mereka akan ada kecenderungan dan berharap dalam manga itu ada elemen-elemen yaoi.
Kalau ada pandangan peribadi, sila-lah komen.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply