Pilihanraya Jepun akan diadakan pada 22 Oktober. PM bertahan, Shinzo Abe daripada Liberal Democratic Party (LDP) dicabar oleh barisan pembangkang yang dipimpin oleh Gabenor Tokyo, Yuriko Koike.

Koike (baca Ko-ike bukan Koi-ke) dulu adalah BFF Abe. Pernah menjadi menteri pertahanan di bawah Abe. Tapi Koike keluar daripada LDP dan menubuhkan parti Kibō no Tō (希望の党) yang bermaksud Parti Harapan (aik, semacam).

Di Jepun, kalau nak berjaya dalam politik, kena ada ayah “somebody” yang jadi payung. Shinzo Abe ialah anak kepada otai LDP semasa 1980-an, Shintaro Abe dan cucu kepada mantan PM, Nobusuke Kishi (1957-1960). Jadi sejak usia yang muda Abe sudah dicop sebagai “bakal PM”.

Ayah Koike bukan “somebody”, dan jalan kehidupan Koike pun lain daripada yang lain: belajar di Mesir, fasih berbahasa Arab, dan pernah bekerja sebagai pembaca berita. Ini menyebabkan Koike memiliki aura “outlier” yang boleh membawa perubahan, seperti watak Takuya Kimura dalam drama “Change”, tapi hatta watak Kimura dalam drama itu pun anak kepada PM.

Sebenarnya ada juga “somebody” di belakang Koike. Orang itu ialah mantan PM, Junichiro Koizumi (2001-2006). Koizumi ialah mentor kepada Abe. Dulu Koizumi sayang Abe sampai nak memastikan Abe jadi penggantinya. Tapi disebabkan perbezaan pendapat tentang isu nuklear, Koizumi merajuk dengan Abe dan berkempen untuk menjatuhkan Abe (aik, macam pernah dengar je skrip itu).

LDP ni parti yang disokong oleh syarikat-syarikat besar. Duit banyak. Susah nak dijatuhkan. Tapi bukannya tak mungkin dijatuhkan: LDP pernah ditewaskan oleh Minshutō (Democratic Party) pada tahun 2009. Tapi Minshutō waktu jadi pembangkang je sembang lebat, apabila diberi peluang mentadbir punyalah lembab. Maka rakyat pun kembali kepada LDP pada tahun 2012. Tak ada maknanya “change for the sake of change”.

Dalam LDP pun ada banyak “factions” (派閥 / habatsu). Ada Team A, B, C, D sampai Z. Dulu Abe masa mula-mula jadi PM (tahun 2006) tak pandai menguruskan habatsu ni, jadi lepas setahun je terus ditendang keluar. Selepas itu baru Abe jadi bijak sikit dan kembali menjawat PM pada tahun 2012 sehingga kini, menjadi PM Jepun yang paling lama berkuasa selepas Eisaku Sato (1964-1972) dan Shigeru Yoshida (1948-1954).

Sebenarnya Abe ada masa setahun lagi untuk membubarkan parlimen, memandangkan parlimen Jepun dibubar setiap 4 tahun sekali dan pilihanraya terakhir diadakan pada tahun 2014. Cuma sejak kebelakangan ini, ada ramai ahli LDP mendesak Abe meletak jawatan atas kekalahan LDP dalam pilihanraya tempatan Tokyo pada Julai yang lepas, antaranya Shinjirō Koizumi, anak kepada Junichiro Koizumi (aikkk). Maka Abe pun memanggil pilihanraya ini sebagai cara untuk membuktikan kedudukannya sebagai pemimpin parti.

Jadi, politik di mana-mana sebenarnya sama saja. Politik adalah perebutan kuasa (“struggle for power”). Kalau merebut kuasa, mestilah akan berlaku khianat, mungkir janji, tipu helah, cantas-mencantas, aib-mengaib dan sebagainya.

Dalam politik tiada sahabat yang kekal, tiada musuh yang abadi, yang ada hanya kepentingan. Kawan semalam boleh jadi musuh hari ini, lawan hari ini boleh jadi kawan hari esok.

Jadi, tak perlu kita taksub sangat dengan politikus ni. “Power corrupts”. Politikus yang nampak suci dan murni pun, lepas dapat kuasa akan mula tunjuk tembelang.

Sebagai citizen, kita hanya perlu bersifat neutral dan menilai politikus secara adil, tak perlu sampai berkawan dan berkahwin pun nak tengok parti politik. Carilah titik pertengahan antara “political apathy” dan “political fanaticism”.

Dan kalau dah masuk gelanggang, kena tahu “rules of the game”. Politik sememangnya adalah pasal cantas-mencantas. Tak perlu menangis, tak perlu mengadu. Zaman sekarang kena cantas hilang jawatan je, dulu zaman Revolusi Perancis hilang kepala terus. Politik bukan untuk golongan yang “faint-hearted”, lagi bukan untuk golongan yang idealistik dan percaya bulat-bulat janji politikus.

Namun yang hairannya, Koike tidak bertanding dalam pilihanraya kali ini, hanya berkempen untuk partinya sahaja.

Mungkin Koike nak menguji tahap penerimaan orang ramai terhadap partinya dahulu. Lagi pun, dengan masalah Korea Utara dan Donald Trump sekarang, ini bukan masa terbaik untuk menjadi PM, walaupun gelaran “PM wanita Jepun pertama” itu sangatlah menggoda.

Atau mungkin sebenarnya Koike dan Abe ada “secret bargaining”. Mereka saja nak berwayang: mula-mula Koike nak cabar Abe, tapi selepas Koike menarik diri, parti LDP akan kekal berkuasa dan prestij Abe akan terpelihara. Maka siaplah puak-puak Koizumi dan Taro Aso selepas itu.

After all, politics is the art of possible.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Leave A Reply