Menangislah Wahai Kaum Lelaki

2007
views
http://www.huffingtonpost.co.uk/nick-clements/3-false-male-myths_b_4548504.html

Lelaki selalu disuruh jangan menangis. Lelaki tak patut menangis. Lelaki patut kuat. Lelaki patut tabah.

Kadar bunuh diri yang paling tinggi adalah dalam kalangan lelaki.

Pembunuh lelaki yang paling tinggi di U.K. adalah bunuh diri. Seramai 6,000 orang British yang bunuh diri, 75% daripada mereka adalah lelaki.

Bukan di U.K saja, di seluruh dunia macam itu. Nisbah bunuh diri di Rusia adalah setiap seorang wanita yang bunuh diri bersamaan dengan 6 orang lelaki yang bunuh diri.

Nisbah di Poland pula setiap seorang wanita, 7 orang lelaki bunuh diri. Latvia pun mempunyai nisbah macam ini.

Hasilnya, purata seluruh dunia, setiap wanita yang bunuh diri, 2 orang lelaki yang bunuh diri.

Kalau dilihat pada sudut masalah mental seperti kegelisahan (anxiety) dan kemurungan (depression), wanita dilaporkan mempunyai kadar penghidapnya yang paling tinggi berbanding lelaki.

Tetapi kenapa pula kadar bunuh diri dalam kalangan lelaki lebih tinggi berbanding perempuan? Aku jumpa banyak teori.

Tapi teori yang menarik perhatian aku adalah lelaki telah dididik supaya menyembunyikan kesedihan dan kelemahan emosi mereka. Teori maskuliniti.

Apabila lelaki kemurungan, kemurungannya sukar dijejak kerana disembunyikan sedalamnya dan dibiarkan tidak dirawat.

Lelaki tak bercakap apa yang berlaku pada jiwa dan emosinya.

Sejak lahir lagi, lelaki digambarkan sebagai besar, kuat dan kental. Lelaki diberitahu, “Lelaki tak boleh menangis!”

Waktu kecil kalau menangis digelar “gembeng” ataupun diherdik “lelaki pun menangis ke?”

Pernah dengar perempuan kena sentimen dan ejekan macam itu?

Lelaki dipuji dan disanjung apabila dilihat berani dan kuat. Apabila meningkat dewasa lelaki takut untuk menunjukkan sebuah ketakutan dan kelemahan.

Apabila meningkat dewasa, lelaki mempunyai kecerdasan emosi yang rendah. Emosi yang senyap. Sebab itu menurut bancian, lelaki adalah yang paling cerdik mengawal emosi mereka dalam apa jua keadaan.

Bagi lelaki, apabila mereka mula meluahkan perasaan dan merungut, ia merupakan ‘taboo’ yang paling besar dalam sosial.

Itu benda yang perempuan buat. Beremosi-emosi adalah benda yang perempuan buat. Bukan lelaki. Sangat memalukan bagi lelaki apabila buat benda-benda macam ini.

Bila dah ada anak nanti, lelaki akan mula rasa tak selesa apabila anak-anak menangis. Tak selesa kerana menangis kelihatan lemah bagi anak-anak lelaki.

Kitaran ini berulang-ulang.

Apabila lelaki mula membunuh dirinya. Pelbagai kejutan yang berlaku.

Orang akan rasa pelik.

“Dia itu nampak gembira aje tengok. Tak sangka bunuh diri.”
“Aku tak sangka pula selama ini dia murung.”

Baiklah, lelaki. Mulalah menangis. Ia bukan tanda kelemahan. Ia menunjukkan kita ini manusia. Merungutlah kalau perlu, kita ada hak. Ia bukan tanda kelemahan. Ia tanda luahan emosi. Tanda kita beremosi.

Menangislah, lelaki!

Previous articleBom Belon Jepun
Next articleApa Itu Neo-Liberalism?
Zamir Mohyedin sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (Master) dalam bidang fizik. Telah menerbitkan karya-karya fizik, sejarah dan falsafah. Selain dalam penyelidikan, beliau juga terlibat dalam penulisan, penterjemahan dan penyuntingan manuskrip. Berminat dalam bidang sains, falsafah, sejarah dan psikologi.
SHARE

1 COMMENT

  1. Penyakit kemurungan dan berkaitan mental serta masalah bunuh diri boleh dirawat sehingga sembuh 100%.
    Tanpa ubat ubatan kimia dan hanya dengan kaunseling pakar holistik beserta teknik pernafasan oleh pakar di Pusat Pakar Perubatan Frequencsky di Kuala Lumpur. Sila call 0123121256 untuk temujanji…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here