Bercakap saja pasal peristiwa pahit yang berlaku semasa Jerman bermaharajalela, mesti ramai akan tarik muka dan lari tajuk petik tentang hubungan Israel dan Palestin.

Hujah sedemikian ternyata tidak relevan, seolah-olah memurnikan suatu kezaliman dengan cara beralaskan kezaliman. Usaha pemurnian sebegini jelas sekali tidak berlandaskan mana-mana agama, kerana semua agama membenci kezaliman.

Sokong perjuangan kami beri ilmu percuma dengan beli buku kami di http://bit.ly/PraTempah

Peristiwa Shoah (istilah dalam bahasa Hebrew untuk Holocaust) bermula secara rasmi pada tahun 1941. Namun bibit-bibit pelaksanaan sudah menapak sebaik sahaja Jerman mendapat canselor baru pada 30 Januari 1933.

Canselor ini tidak pandai berpolitik pun. Partinya tidak pernah merangkul majoriti mudah, meskipun dengan kempen sangat toksik.

Apabila tidak boleh menang majoriti, canselor berkenaan memastikan tiada parti lain boleh bertanding dalam pilihan raya sebaik sahaja menghirup kuasa dengan menumpang mandat Paul von Hindenburg (Lett, 2008).

Upacara yang mengundang padah terhadap Eropah.

Sebaik sahaja merangkul kuasa kerajaan, canselor tersebut meluluskan dua akta untuk 1) mengasingkan kaum Yahudi daripada perkhidmatan awam, 2) memboikot perniagaan-perniagaan Yahudi dan 3) mengharamkan sebarang perkahwinan bersama kaum Yahudi.

Penganiayaan ini kemudian diluaskan kepada golongan bukan Yahudi seperti bangsa Romani dan Afrika (Rosenhaft, 2011).

Jadi kena tegaskan balik dari sekarang: Peristiwa Shoah bukan kezaliman terhadap Yahudi semata-mata.

Orang-orang kurang upaya pun kena sekali kerana dianggap “unsur melemahkan bangsa Jerman” (Fries, 2017). Kenapa melemahkan?

Kerana “kerajaan bangsa Jerman” kena berbelanja lebih untuk membantu orang-orang kurang upaya… bantuan yang “lebih wajar digunakan” untuk bantu membangunkan bangsa Jerman.

Kalangan pembaca jika tidak percaya dialu-alukan buat rujukan silang. Orang-orang kurang upaya adalah mangsa pertama yang dianiayai kerajaan Jerman dulu… dikategorikan sebagai “Unfit” dalam rangkaan rasmi.

Untuk merencanakan tindakan kezaliman ini di luar Jerman, kerajaan berpakat dengan blok Islam dan menunggang populariti Amin al-Husseini. Kenapa?

Ramai salah guna gambar ini untuk memurnikan canselor tersebut.

Kerana canselor berkenaan melihat Islam sebagai “agama yang kuat mempertahankan diri dengan sifat agresif”.

Sesungguhnya kerajaan Jerman hanya menunggang agama Islam untuk menundukkan pengaruh Katolik yang sedang mencabarnya (Shtrauchler, 2017). Pujian ini hanyalah bersifat strategik, bukannya idealistik atau ideologi apatah lagi keikhlasan hati seorang pemimpin.

Sementara rencana-rencana ini digagalkan pihak antarabangsa, kerajaan Jerman meneruskan kezaliman terhadap rakyat tempatan di Jerman, Belanda dan Belgium antaranya.

Seorang anak gadis bernama Anne Frank terpaksa menyembunyikan diri selama beberapa tahun, bersama keluarganya sampai akhirnya dihidu anasir Jerman yang lantas membunμh mereka.

Seramai enam juta warga Yahudi menjadi mangsa dalam kezaliman ini. Peristiwa Shoah terlalu benar sampai tiada siapa boleh menafikannya. Jadi apa yang penafi buat? Mereka menafikan yang “eh, bukan enam juta yang kena. Sejuta jer.”

Persoalan sekarang, bukankah membμnuh seorang pun sudah cukup zalim? Kerana secara keseluruhan, tindakan kerajaan terhadap minoriti (bukan terhadap kaum Yahudi sahaja) memang tidak dapat dinafikan.

Mangsa-mangsa Romani.

Seramai 25,000 warga Afrika menetap di Jerman apabila parti canselor tersebut mula berkuasa. Mereka diberkas, dimandulkan atau dibμnuh.

Hampir sejuta warga Romani menetap di Eropah ketika itu. Seramai 220,000 dijangka terbμnuh selepas mereka disytihar “sejenis makhluk pelik dalam spesis manusia yang takkan mampu berkembang maju”.

Sokong perjuangan kami beri ilmu percuma dengan beli buku kami di http://bit.ly/PraTempah

Manakala etnik Poland (The Poles) pula dihapuskan melalui dasar Lebensbraum supaya bangsa Jerman boleh “dapat tanah”.

Di sini semua harus bertanya pada diri sendiri: jika minoriti besar seperti Romani, Poles dan Afrika ditindas sedemikian rupa, apa nasib bangsa Arab seandainya mereka ada populasi sama besar?

RUJUKAN:

Fries, K. (2017, September 13). The (ditapiskan) First Victims Were the Disabled. The New York Times.

Lett, D. (2008). Phoenix Rising: The Rise and Fall of the American Republic. Halaman 363.

Rosenhaft, E. (2011). Blacks and Gypsies in (ditapiskan) Germany. History Workshop Journal. 72: 161-170.

Shtrauchler, N. (2017, November 13). How (ditapiskan) courted the Islamic world during (ditapiskan). DW.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply