Fakta 1 – Tesla tidak menemui dan mencipta ‘AC Current’

Prinsip ‘AC Current’ pertama ditemui oleh Michael Faraday. Pelopor kejuruteraannya adalah Hippolyte Pixii dan Galileo Ferraris. Masa itu dah ramai dah sebenarnya guna kuasa AC di Eropah.

Fakta 2 – Tesla tidak menemui dan mencipta Wifi.

Orang pertama yang mencipta Wifi adalah Hedy Lamarr. Saintis wanita dan dia seorang artis. Ya, Google-lah gambar dia. Cantik jugak dia masa muda-muda.

Fakta 3 – Tesla tidak mencipta ‘transformer’.

Orang pertama yang mencipta ‘Transformer’ adalah William Stanley. Masa benda ini dicipta, Tesla masih budak-budak lagi tak tahu apa-apa.

Fakt 4 – Tesla tidak mencipta gegelung induksi (induction coil).

Orang pertama yang mencipta gegelung induksi adalah Edward Kellogg dan C. W. Rice.

Fakta 5 – Tesla tidak mencipta lampu neon.

Orang pertama yang mencipta lampu neon adalah William Ramsay dan Morris W. Travers.

Fakta 6 – Tesla tidak mencipta ‘remote control’.

Orang pertama yang mencipta ‘remote control’ adalah Oliver Lodge.

Fakta 7 – Tesla tidak mencipta motor induksi.

Prinsipnya ditemui oleh Francois Arago dan orang pertama yang menciptanya adalah Walter Baily. Tesla adalah generasi ketiga yang mencipta benda ini. Selang satu generasi kot.

Fakta 8 – Tesla tidak mencipta ‘microwave’ moden.

Orang pertama yang mencipta ‘microwave’ moden adalah Albert Hull.

Fakta 9 –

Semasa Perang Arus (War of Current), peranan Tesla tak besar mana. Gergasi perang masa itu adalah Edison dan Westinghouse. Yup, no one ever known Westinghouse because of ‘Tesla worshiping’.

Fakta 10 –

Kisah popular kata Tesla ada cadangkan idea pada Edison tapi Edison menolak. Lalu, Tesla keluar daripada syarikat. Sebenarnya, bukan dia seorang aje idea yang Edison tolak, tapi ramai sangat.

Edison tolak sebab tak nampak keuntungan dalam bisnes.

Fakta 11 –

Kuasa elektrik percuma secara ‘wireless’? Tak praktikal dan ia takkan percuma. Elektrik ini kalau tak ada penebat pun dah bahaya, nak wireless apa benda.

Infrastruktur dan operasi pun dah makan kos. Unifi pun kena bayar bulan-bulan.

Fakta 12 –

Tesla seorang pereka cipta, tapi dia bukanlah yang pertama. Dia ada rekaan dia sendiri sebanyak 300 rekaan yang telah dipatenkan.

Tapi dalam dunia kejuruteraan 300 tak adalah terlalu hebat kerana yang paling banyak rekaan yang dipatenkan adalah Shunpei Yamazaki yang mempunyai hampir 5000 rekaan yang dipatenkan.

Yup, no one know him.

Kalau nak tahu Edison mempunyai 1000 rekaan yang dipatenkan. Yup, more than Tesla. No one knows.

Think back before you idolize him so much.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

1 Comment

Leave A Reply