Mata Helang 304

0
2306
views

Kesempatan menghadiri kenduri akikah cucu kepada PW1 Ielias Ibrahim telah menemukan saya dengan bekas OC beliau semasa di dalam perkhidmatan dulu. Duduk semeja, tak sangka orang yang di depan saya adalah Mejar (B) Mohd Khariri Abu Hassan yang pernah berada bersama dengan Cik Ielias semasa dalam perkhidmatan.

Semasa Cik Ielias melalui pengalaman bertempur dalam satu insiden semasa mengawal projek LRTB, yang membolehkan beliau dianugerahkan pingat PGB ( satu-satunya penerima dari unit Wataniah setakat ini), Tn. Khariri menjalani latihan di Pusat Latihan Askar Wataniah (PLAW) pada tahun 1977. Beliau dimasukkan ke PPT Lebuhraya pada tahun 1978 dan menjadi ketua platun ketika itu. Semasa itu, PPT merupakan pasukan tumpangan yang ditugaskan mengawal posisi tertentu terutama di kawasan projek dijalankan sementara pasukan regular seperti 15 RAMD yg menjadi unit induk mereka, menjaga dan mengawal kawasan yang lebih jauh ke dalam hutan termasuk di sempadan. Hanya pada tahun 1979, pasukan mereka diserapkan ke dalam pasukan Rejimen Askar Wataniah siri 300 yang memberikan mereka status batalion infantri sepenuhnya, memberikan mereka kawasan tanggungjawab (KTJ) tetap. Tn. Khairi dan Cik Ielias diletakkan di dalam Batalion 304. Beliau masih ingat CO beliau yg pertama iaitu Lt. Kol. Ng Boon Hua, diikuti Lt. Kol. Bunyamin selepas itu.

Tugas Rejimen 304 pd ketika itu meliputi pengawalan jentera dan pekerja yg sedang menjalankan projek LBTB, melalui pendirian pos-pos kawalan di sepanjang jangkauan projek tersebut, meliputi kawasan Besiar hingga ke sempadan Kelantan-Perak. Disebabkan ancaman komunis yg menggugat projek tersebut, pos-pos kawalan didirikan setiap 3 hingga 5 km, memberikan indikasi omnipresence yg menyebabkan pengganas ragu-ragu untuk meneruskan serangan. Pada ketika itu, sekitar tahun 1979, sebahagian projek lebuhraya yg telah siap telah dibuka kepada umum sehingga jam 1800 (6.00 petang) setiap hari. Adakalanya anggota bertugas terpaksa membantu orang awam yg menggunakan laluan tersebut, yg mengalami plbagai masalah. Kereta rosak, tayar pecah, malah menguruskan ibu bersalin antara yg terpaksa dilalui mereka. Tugas rondaan melihat mereka menjalankan tugas sehingga 1000m persegi bg memastikan keselamatan jentera, pekerja dan orang awam yg berada di sepanjang projek tersebut.

Banyak juga peristiwa yg berlaku semasa itu. Kes orang asli lemas di Tasik Banding, dan kes bot tentera terbalik dengan satu mayat tidak ditemui sehingga sekarang antara insiden yg mewarnai penugasan Rejimen 304 ketika itu. Antara yg paling diingati beliau adalah insiden psawat terhempas di Banding. Ketika itu beliau tiada di sana, tapi beliau yg brtanggungjawab menyampaikan berita trsbut kpd keluarga mangsa.

Mengikut catatan, terdapat 2 kejadian pesawat terhempas di kawasan tersebut iaitu :

– 10 Jun 1991 – S61A Nuri terhempas membunuh semua 6 anaksawat dan penumpang iaitu Kapt Tan Eng Huat, co-pilot Lt Saiful Bahri Baharum TLDM, AQM Flt Sjn G. Balasubramaniam serta Kapt Sarwant Singh, LKpl Mokhtar Mohd Zain and Pbt Johar bin Mohd Zain dari Bn 304 .

– 11 Julai 1991 – S61A terhempas membunuh 7 anaksawat dan penumpang.

Beliau menamatkan perkhidmatan pd tahun 1996. Kebanyakan masa beliau dihabiskan di luar Batalion kerana kepakaran beliau yg tersendiri, iaitu tembakan tepat. Beliau merupakan seorang jaguh acara menembak kebanggaan Tentera Darat. Bak cerita Cik Ielias, rusa mampu ditembak beliau dr bot yg sedang bergerak di tengah tasik. Kecintaan beliau terhadap hobi tersebut telah berjaya membuatkan beliau mampu mengasuh anak buahnya sehingga Batalion 304 berjaya mendaki kedudukan daripada tercorot ke juara acara selama berapa tahun berturut-turut…

Kini beliau menjalankan perusahan chalet beliau di Kampar, Perak =WRA=

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here