Bagi yang belum pernah menonton filem Hannibal atau The Silence Of The Lambs, filem ini secara dasarnya menceritakan tentang tabiat kanibalisme yang dipraktikkan oleh seorang pakar psikiatri forensik bernama Hanibal Lecter.

Namun tahukah anda, disebalik cerita seram berunsur dark ini sebenarnya memberitahu tentang realiti yang wujud dalam masyarakat manusia prasejarah. Kewujudan manusia kanibalisme telah lama wujud, bukan saja dipraktikkan oleh psikopat yang dahagakan darah.

Kanibalisme Di Kalangan Manusia Prasejarah

Hal yang memberi dorongan untuk mereka memakan daging sesama spesis ialah berpunca daripada keadaan darurat misalnya dalam kelaparan yang melampau,  dalam peperangan atau yang terjebak dengan upacara ritual. kanibalisme bukanlah sesuatu yang ‘luar biasa’ dan mengejutkan – kebanyakan manusia prasejarah sebenarnya adalah kanibal.

Daripada bukti arkeologi memberi petunjuk bahawa kanibalisme telah berlaku di seluruh Eropah Barat pada zaman prasejarah sejak dari 960,000 tahun yang lalu hingga Zaman Gangsa. memandangkan bilangan tinggalan manusia purba memberi bukti kesan potongan dan tanda gigitan manusia. Saintis dan penyelidik telah menemui banyak kesan tulang panjang yang dipatahkan, sekali lagi penemuan ini boleh memberikan bukti usaha manusia prasejarah melakukan kanibalisme untuk mendapatkan tulang sumsum.

Makan Daging Manusia

Kita tidak dapat mengetahui dengan tepat mengapa masyarakat terdahulu bersifat kanibal. tetapi penyelidik telah mentafsirkannya secara meluas keadaan ini sebagai “nutritional cannibalism” yang membentuk komponen normal dalam diet keseluruhan spesis mereka.

Model Homo-Antecessor Dari Pergunungan Atapuerca Kemungkinan Mempraktik Kanibalisme

Jika mayat dipotong untuk tujuan upacara ritual seperti defleshing mayat. Pihak arkeologi mungkin akan melihat lebih banyak kesan kerikan di sepanjang tulang tersebut semasa ia dibersihkan daripada dagingnya.

Walaupun jika diandaikan bahawa mayat dimakan untuk mengekalkan diet supaya lebih bernutrisi, kita masih belum ada jawapan yang jelas tentang pemakanan(kalori) manusia itu sebenarnya.

Ahli Arkeologi melihat tanda-tanda kewujudan kanibalisme pada tempoh zaman Pleistosen – iaitu kira-kira 2.5juta hingga 11,700 tahun yang lalu. secara umum zaman ini lebih dirujuk sebagai Zaman Ais. Kajian ini merangkumi spesies manusia seperti manusia moden (Homo sapiens), Homo Neanderthalensis, Homo erectus dan Homo Antecessor.

Tengkorak ditemui di Gua Gough, Somerset, England. Sisa-sisa muka menunjukkan tanda-tanda pemotongan, di mana daging telah dikeluarkan – tanda jelas kanibalisme.

Saintis ada mencipta satu “templat pemakanan” untuk tubuh manusia dengan memasukkan data pada komposisi kimianya. Data ini memberikan kandungan protein dan lemak setiap bahagian badan yang kemudian mereka tukarkan kepada nilai kalori.

Satu gram protein memberikan empat kalori dan satu gram lemak adalah sembilan kalori. Walau bagaimanapun kerana ukuran ini datang daripada manusia moden.

Saintis tidak dapat memastikan dengan tepat bagaimana(dari segi kalori) ia berbeza dengan spesies manusia yang lain. Homo-Neanderthal sebagai contoh mempunyai jisim otot yang sedikit lebih besar.

Namun begitu, saintis kemudiannya membandingkan nilai proksi ini dengan spesies haiwan seperti Gajah Prasejarah Mammoth, Bison, Kuda dan Rusa yang kita tahu bahawa nenek manusia prasejarah sering memakannya.

Malah ahli arkeologi turut menemui banyak sisa haiwan sedemikian di tapak yang sama yang terdapat kesan kanibalisme. Menariknya nilai kalori manusia tidak begitu tinggi jika dibandingkan dengan haiwan tersebut. apabila jisim otot dibandingkan, seekor kuda boleh mengembalikan kira-kira jumlah kalori yang sama, bahkan boleh menandingi kalori enam individu manusia.

Idea manusia zaman awal memburu dan memakan spesis mereka sendiri hanya untuk tujuan diet – memandangkan terdapat pilihan yang lebih baik di sekelilingnya. Memang, kami tidak mempunyai sejumlah besar jenazah daripada spesies ini, tetapi dalam rekod kecil itu terdapat sampel jenazah yang agak besar yang nampaknya telah disembelih. Jadi nampaknya tidak mungkin kanibalisme hanya berlaku jarang semasa tempoh kelaparan.

Komposisi Kimia Dalam Badan Manusia Dewasa

Mentafsir data…

Jadi kenapa kanibalisme prasejarah boleh berlaku? Pendek kata, tidak mungkin Cuma ada satu sebab. setiap episod kanibalisme prasejarah mempunyai sebabnya tersendiri yang agak kompleks untuk berlaku. saintis berpendapat ia mungkin disebabkan oleh faktor sosial atau budaya dan bukannya keperluan untuk mengisi jurang dalam diet. sebagai contoh, kanibalisme berlaku boleh dikaitkan dengan sifat pertahanan sosial kelompok mereka dari ancaman atau wilayah daripada penceroboh luar, setelah dibuηuh kemudian dimakan.

Selain itu, kita tidak seharusnya memandang rendah kecanggihan budaya dan sosial spesis ini. Kajian terbaru melihat corak tingkah laku yang lebih luas, termasuk Homo-Neanderthal telah mula menunjukkan mereka mungkin lebih kompleks dari segi budaya daripada yang difikirkan sebelum ini.

Homo-Neandertal

Kajian palaeo-genetik terkini membayangkan tahap interaksi sosial yang lebih eksplisit dan aktif dalam pembiakan antara spesis Hominin.

Ini termasuk pembiakan antara spesies manusia moden(homo-sapiens) dan Neanderthal. untuk memungkinkan pertukaran genetik berlaku ia mesti ada persamaan dari segi biologi yang diiktiraf antara spesies dan juga kesamaan budaya dari segi keupayaan untuk komunikasi bahasa dan simbolisme.

Telah pun diakui bahawa kumpulan Neanderthal yang berbeza(subspesies) mungkin mempunyai tradisi budaya dan simbolik yang berbeza dan sikap yang berbeza-beza terhadap upacara pengebumian mayat mereka.

Kenapa spesies ini tidak termotivasi untuk memakan kelompok spesies mereka sendiri? motivasi pemakanan tidak boleh diketepikan sebagai pemacu kanibalisme prasejarah – mungkin spesies ini adalah oportunis, makan apa sahaja yang mereka jumpa. Tetapi kita juga harus tidak menolak kemungkinan bahawa motivasi sosial boleh memainkan peranan penting dalam menentukan mengapa tindakan kanibalisme berlaku.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Leave A Reply