Bila tiba je raya, pasti ketupat sama ketupat nasi ataupun ketupat palas sentiasa menjadi hidangan utama orang Melayu. Ketupat yang dimakan bersama-sama rendang daging dan ayam masak merah menjadi santapan kegemaran ramai tatkala menziarahi sanak saudara. Tapi kenapa orang Melayu menjadikan ketupat sebagai trademark pada hari raya, tiada makanan lain ke?

Sebenarnya kehadiran ketupat sebagai juadah utama ada makna dan seni sendiri. Bermaksud orang Melayu bukan suka-suka makan ketupat ketika hari raya. Jadi apa makna dan seni di sebalik pembuatan ketupat?

Mula-mula kita pergi kepada nama terlebih dahulu. Nama ketupat dikatakan berasal daripada perkataan bahasa Jawa iaitu lepat yang membawa “kesalahan”.Tradisi makan ketupat pada pagi raya adalah simbolik kita dapat membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan. Dalam bahasa Sunda pula, ketupat dikatakan berasal daripada perkataan kupat yang membawa maksud mengumpat. Dengan membaham ketupat, kita akan dapat menahan diri daripada mengata orang lain dan berbuat jahat.

Seterusnya adalah bentuk segi empat ketupat adalah merujuk kepada kiblat papat limo pancer. 4 bucu yang ada di ketupat dikatakan sebagai lambang 4 arah mata angin iaitu timur, barat, utara dan selatan. Kesemua arah mata angin ini tertumpu kepada satu pusat dan jika salah satunya hilang, alam akan musnah.

Kalau berminat untuk mendalami ilmu alam Melayu, anda dialu-alukan beli buku Lipur Lara Alam Melayu melalui https://shopee.com.my/Lipur-Lara-Alam-Melayu-i.238336777.21315815920

Sama macam ketupat, kalau dibuat dengan sambil lewa sehingga hilang satu bucu pasti orang tak nak makan. 4 bucu itu juga boleh diertikan dengan 4 jenis nafsu dalam tradisi jawa iaitu amarah, aluamah, supiah, dan mutmainah. Nafsu-nafsu inilah yang perlu kita lawan ketika berpuasa. Dengan menghentam ketupat tanpa pedoman, kita seseolah mampu menundukkan nafsu tersebut dengan mudah.

Sekarang kita pergi kepada proses membuat ketupat. Asas pembuatan ketupat adalah dengan masukkan beras ke dalam bungkusan yang dibuat menggunakan daun kelapa. Selepas itu akan direbus dalam tempoh masa yang tertentu sehingga masak sepenuhnya. Kebiasaanya, ramai orang diperlukan dalam penghasilan ketupat. Secara tidak langsung, hubungan yang erat akan dibentuk melainkan anda gila buat ketupat sorang-sorang.

Siap sahaja masak, ketupat akan dimakan dengan makanan yang bersantan seperti rendang, kari dan kuah lodeh. Kenapa tak makan kosong sahaja? Makan dengan kuah bersantan itu sebenarnya ada maksud iaitu hubungan antara kita dengan orang lain yang tidak akan pernah renggang. Cuba makan ketupat tanpa lauk, mesti rasa tawarkan? Begitulah hidupku tanpamu di sisi.

Di samping itu, ketupat sangat sinonim dengan daun kelapa muda. Kenapa tak buat pakai daun pisang atau daun-daun yang lain? Daun kelapa muda yang berwarna hijau kekuningan kuning setelah direbus diertikan sebagai hati yang suci. Beras pula adalah lambang kepada nafsu sebab kita sendiri bila dapat nasi cicah belacan dengan ikan goreng, terus makan macam kena rasuk jembalang. Jadi ketupat itu sendiri adalah simbolisme kepada kemampuan hati kita mengawal nafsu yang sedang bergelora. Apabila daun kelapa dibuka, maka kita akan makan nasi di dalamnya sehingga lupa diri dan kekenyangan.

Akhir sekali adalah ketupat memang sinonim dengan warna putih dan hijau kekuningan. Sekali imbas macam tak ada maksud apa-apa pun sebab nasi memang warna putih dan daun kelapa apabila direbus akan berwarna hijau kekuningan. Tetapi itupun ada maksud tersendiri iaitu keinsafan selepas memohon keampunan dan alam semula jadi sebagai rasa kagum kepada alam ciptaan tuhan Yang Esa. Jadi dengan merenung ketupat sahaja akan mampu terbitkan rasa insaf dan bersyukur terhadap tuhan.

Kesimpulan, masyarakat kepulauan Melayu memang terkenal dengan maksud-maksud tersirat. Mungkin selama ini orang cuma anggap kita hanya menjadikan pantun dan peribahasa sebagai wadah untuk bermetafora. Tapi sebenarnya, makanan seperti ketupat pun mampu dimetaforakan sehingga membawa banyak nilai. Sayangnya semakin sukar untuk melihat ketupat ketika hari raya kerana sudah digantikan dengan nasi impit. Apa-apapun teruskan amalan melantak ketupat kerana itu adalah tanda kita bersyukur.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Kapol Multimedia. (2019, Mei 22). Makna ketupat ternyata dalam. Dipetik daripada https://kapol.id/makna-ketupat-ternyata-dalam/

Mhd Nor Osman, Norhasandi Mat dan Mohd Khairul Azahari Abdul Rani. (2016). The elements of culture values on Malay traditional food wrapping: ketupat. Ideology Journal, 1(2), 118-132. https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33466


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply