Kisah Mahsuri mendendangkan banyak pengajaran boleh dibuat pedoman dalam menghadapi dunia yang semakin gila ini. Kini tuduhan palsu boleh ditaip begitu mudah, tersebar macam api liar sampai hangus menjilat reputasi orang. Sementara Islam panggilnya fitnah, orang sekarang kata itu kebebasan bersuara. Maka sisi legenda Mahsuri sememangnya dipegang sebagai tauladan, tambah jika melibatkan aib seseorang.

Sesungguhnya fitnah zina mengundang padah sangat besar, kerana Langkawi disumpah selama tujuh keturunan. Tidak lama selepas pemergian Mahsuri, bumi Langkawi digempur Siam yang membunuh ramai orang termasuk pemfitnah Wan Mahura disiksa teruk selepas ditangkap Siam.

Keganasan Siam memulakan zaman gelap Langkawi yang terjejas teruk angkara kegiatan lanun dan jenayah. Terlalu teruk sampai katanya kerbau lagi ramai daripada orang di situ. Namun sumpahan ini dikhabarkan sudah berakhir susulan kelahiran keturunan ketujuh Mahsuri yang bernama Wan Aishah Wan Nawawi.

Sebelum itu, sukacita kami umumkan yang buku KITAB TAMADUN MELAYU kini sudah kembali dijual. Bangsa kita mempunyai banyak selok-belok sejarah yang makin hilang daripada jiwa orang ramai. Link pembelian: https://bit.ly/3Q16n3U

Kembalinya Keturunan Mangsa Yang Tidak Berdosa

Beberapa hari lalu, Langkawi menyambut ketibaan Wan Aishah yang datang mengunjung bersama suaminya Alee Tongyon daripada Phuket, Thailand. Keluarga ini mengunjungi sebuah restoran – pemilik restoran tersebut katanya mempunyai ipar yang mengenali Wan Aishah dan Alee Tongyon. Mereka juga mempunyai seorang anak bernama Mateen, yakni keturunan kelapan Mahsuri.

Kembalinya keturunan Mahsuri ke bumi bertuah.

Kepulangan Wan Aishah adalah ibaratkan kembalinya seorang maharani yang sudah lama hilang. Sesungguhnya, kita boleh mengkaji betapa besarnya identiti Mahsuri yang sangat sinonim di Kedah. Sesiapa saja yang membesar di Utara pasti pernah dengar kisah Mahsuri daripada bibir warga emas, suatu kenangan yang sangat sedap diimbau terutamanya jika sudah kehilangan datuk atau nenek.

Walau bagaimanapun, identiti ini dibiar terkekang dalam kisah-kisah lama semata-mata. Perkara ini tidak wajar, kerana umat Melayu zaman sekarang semakin terputus daripada tradisi. Semakin terputus. Kuih Melayu sudah lari daripada rasa, hilang keaslian dimamah mentaliti penjimatan kos. Maka Mahsuri harus dijulang sebagai imej kebudayaan. Kalau fikir balik, Mahsuri bukanlah figura purbakala – hanya beberapa abad yang lalu sahaja.

Jadi hidup beliau harus dikaitkan dengan kita. Dewasa ini, umat Islam selamba mengkafirkan antara satu sama lain hanya kerana berbeza pendapat. Tidak setuju dengan teori konspirasi, kafir. Tidak bersetuju dengan ustaz pujaan, kafir. Tidak bersetuju… kafir. Dan ia tidak terhad di situ semata-mata. Banyak lagi – fitnah zahir dan kiasan – dilemparkan sekadar untuk memenuhi dendam yang berkeladak nafsu.

Malah sejarah juga mengenang figura antarabangsa seperti Joan of Arc, seorang wirawati agung Perancis yang dibakar hidup-hidup juga kerana fitnah terhadap akidahnya. Joan difitnah mempunyai kuasa kesaktian yang mencabar kesucian agama (Hobbins, 2005). Kononnya beliau mendengar suara Tuhan suruh serang Inggeris.

Joan of Arc menjadi simbol feminisme dalam perjuangan menentang lelaki berkuasa (Men of Power)

Bangsa Melayu lebih tua berbanding ‘bangsa’ Amerika Syarikat. Sayang sekali, ‘bangsa’ Amerika Syarikat lebih mengenang mangsa-mangsa fitnahnya. Emmett Till juga seusia dengan Joan of Arc. Beliau difitnah meraba seorang wanita berkulit cerah, Carolyn Bryant. Orang ramai tangkap dan belasah Emmett sampai matanya tercabut sebelum menembak mati dan buang dalam sungai.

 

Ibunya sengaja mahu pengebumian terbuka supaya satu negara nampak dosa keji ini.

Siasatan terkini mendapati polis tidak berlaku amanah kerana enggan menangkap Carolyn… padahal waran sudah dikeluarkan (Franklin, 2022).

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Emmett dikenang kerana amarah minoriti terhadap institusi negara Amerika Syarikat. Joan of Arc dijulang sebagai figura yang menjadi mangsa pelampau. Namun Mahsuri sayang sekali dibiar ke ceruk budaya, katanya kisah belum tentu benar. Tidak pastilah jika ada yang bersetuju – warna-warni Melayu sudah semakin luntur, padahal hari ini punya ramai orang jadi Mahsuri di luar sana.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN:

Franklin, J. (2022, Julai 9). Emmett Till’s family says authorities are protecting the woman accused in his death. NPR.

Hobbins, D. (2005). The Trial of Joan of Arc. Harvard University Press. Halaman 36-37.

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply