Tidak pasti apa pembaca bayangkan bila cakap pasal daging Wagyu. Kalau saya, mesti akan teringat pasal seorang lelaki beli daging Wagyu dan simpan dalam peti sejuk beku.

Sedar tidak sedar, ibunda tercintanya masak daging masak kicap – guna Wagyu yang mahal. Itu kira kisah tempatan yang boleh kita relate.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Kalau unsur antarabangsa pula, mesti episod The Burger Kitchen dalam siri Kitchen Nightmares bersama Chef Gordon Ramsay.

Ini babaknya:

https://www.youtube.com/watch?v=WcScZc4oBFk&t=288s

Ada sebab kenapa saya petik episod ini dalam artikel. Kalian boleh tengok video mula daripada minit 3:00. Chef Ramsay cakap dengan jelas, diterjemahkan: “perkataan Wagyu ada bunyi menarik dan mahal tak bermakna burger terjamin paling sedap.”

Wagyu membawa imej berprestij yang serba serbi mewah, sekali gus boleh meletakkan ciri-ciri berdarjat pada pembeli. Jenis daging ini diambil daripada salah satu daripada empat baka lembu Jepun.

Kemudian ia dipasarkan dengan kategori Matsusaka beef, Kobe beef, Yonezawa beef, Mishima beef, Omi beef dan Sanda beef. Semua kategori ini berada dibawah payung “Wagyu”.

Mengenali Baka Lembu Wagyu

Jepun tidak membuat apa yang Parma buat pada keju Parmesan. Kalau ikut teknik pembuatan keju, hanya keju daripada Parma sahaja layak digelar “Parmigiano Reggiano”.

Keju buatan Amerika Syarikat meskipun dengan teknik dan resepi sama tidak layak dipasarkan dengan gelaran sedemikian. Hanya boleh digelar “Parmesan cheese” sahaja.

Ini adalah kerana aras kelayakan terletak pada sejenis bakteria katanya khas hidup di rumput Parma sahaja (Gatti, et al., 2008).

Wagyu tidak boleh dikhususkan dengan tatacara begini. Kerana Wagyu adalah daging lembu, bukan produk hasil tenusu seperti keju.

Maka negara-negara mana yang memiliki lembu baka Japanese Black, Japanese Polled, Japanese Brown dan Japanese Shorthorn boleh memasarkan produk mereka (“Made In” negara masing-masing) dengan jenama Wagyu.

“Hai. Saya dah pergi buat selamanya tau.”

Inilah sebab kenapa Amerika Syarikat, Australia dan Canada mempunyai pembekal wagyu tempatan. Malah Australia memulakan Persatuan Wagyu Australia semata-mata untuk pengurusan wagyu.

Proses Penghasilan Yang (Tidak) Rumit

Sekadar memulakan pusat penternakan empat baka saja tidak cukup. Pengusaha perlu menggunakan satu teknik khusus untuk menghasilkan daging Wagyu.

Perasan tidak daging Wagyu mempunyai jalur-jalur lemak (dipanggil marbling)? Untuk menghasilkan daging Wagyu, pengusaha perlu menjaga diet pemakanan lembu.

Tekstur marbling pada daging lembu Wagyu

Kawanan lembu boleh merαgυt rumput tetapi secara terkawal – diet utama lembu adalah dedak yang dibuat secara khas untuk menggemukkan lembu (Gotoh, 2018).

Kebiasaannya pengusaha penternakan tidak perlu bimbang sangat. Cukup sekadar jaga kesihatan lembu saja. Kerana prosesnya sangat licin zaman sekarang, dengan jalinan kerjasama antarabangsa dan hubungan rapat bersama Jepun.

Sekarang ini, banyak pengusaha sekadar melanggan anak-anak lembu sebaik sahaja mereka lahir. Anak-anak lembu ini akan dijaga penternak khas (specialty breeder) sebelum dihantar kepada pengusaha penternakan pedaging.

Jadi rantaiannya tidak begitu rumit. Cukup 10 bulan, lembu dihantar kepada pengusaha pedaging yang siap dapat sijil beranak lagi untuk membuktikan ketulenan baka.

Seekor lembu jenis Wagyu boleh mencecah AS$30,000 pun. Tetapi jumlah ini tidak mahal pun, untuk dibandingkan dengan permintaannya. Satu saja pasal orang kaya.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Kelompok ini takkan jatuh miskin: golongan hartawan di Amerika Syarikat membuat untung sebanyak 62 peratus dalam tempoh pαηdemik (Collins, n.d.). Itu baru satu negara yang mana orang kaya membuat duit secara sah. Belum lagi negara-negara lain yang buat duit secara sah (dan secara ‘sah’).

Maka sini jelas: yang marhaen saja terjejas akibat pαηdemik. Dan marhaen tidak pernah menjadi sasaran permintaan Wagyu.

RUJUKAN:

Collins, C. (2021, Ogos 24). U.S. Billionaires Got 62 Percent Richer During (ditapiskan). They’re Now Up $1.8 Trillion. Institute for Policy Studies.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Gatti, M., et al. (2008). Dynamics of Whole and Lysed Bacterial Cells during Parmigiano-Reggiano Cheese Production and Ripening. Appl. Environ Microbiol. 74 (19): 6161-6167.

Gotoh, T. (2018). The Japanese Wagyu beef industry: current situation and future prospects – a review. Asian-Australasian Journal of Animal Sciences. 31 (7): 942-947.

Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply