Pada zaman akhir abad ke-2 sehingga awal abad ke-3 Masihi yakni zaman Dinasti Han Timur, raja dan panglima perang pelbagai negeri berperang antara satu dengan lain untuk meningkatkan kekuatan dan mengalahkan seterunya agar dapat menguasai pemerintahan dan menggantikan kerajaan Dinasti Han Timur. Selepas tempoh peperangan yang panjang, Negeri-negeri Wei, Shu dan Wu telah mengalahkan negeri-negeri lain yang merupakan tiga buah negeri yang terkuat di China. Dengan ini, muncullah Zaman Kerajaan 3 Negeri Wei, Shu dan Wu yang tersohor dalam sejarah China.

Liu Bei merupakan raja Negeri Shu. Beliau dilahirkan pada tahun 161 Masihi. Keluarganya merupakan keturunan daripada keluarga maharaja Dinasti Han. Namun, ketika Liu Bei dilahirkan, keluarganya menjadi sangat miskin. Ibunya menganyam dan menjual kasut yang diperbuat daripada rumput sebagai rezekinya. Semasa berusia 15 tahun, Liu Bei mulai mengikuti pengajian di sekolah dengan bantuan daripada sanak saudaranya.

Liu Bei seorang yang ramah-tamah dan mudah bergaul. Beliau mempunyai ramai sahabat sehinggakan orang kaya pun suka akan Liu Bei dan sering memberi bantuan kewangan kepadanya. Lama-kelamaan, Liu Bei telah dilantik sebagai ketua kaunti ketika berusia 28 tahun. Namun, tidak lama selepas itu, beliau meletakkan jawatan itu dengan marah setelah menghukum secara sebatan seorang pegawai atasan yang meminta rasuah kepadanya. Lantaran itu, Liu Bei menubuhkan pasukan tenteranya sendiri.

Oleh sebab pasukan tenteranya tidak begitu besar, beliau terpaksa menganggotai pasukan tentera panglima perang yang lebih kuat seperti Cao Cao dan Yuan Shao. Walaupun telah berperang selama berbelas-belas tahun, namun kegagahannya masih belum terserlah.

Syukurlah akhirnya beliau telah bertemu dengan Zhuge Liang yang mempunyai kemahiran dalam ketenteraan. Jumlah anggota pasukan tenteranya semakin bertambah dan kekuatannya beransur-ansur meningkat dan akhirnya beliau berjaya menubuhkan pemerintahan sendiri yakni Negeri Shu pada tahun 221 Masihi di bahagian baratdaya China.

Liu Bei sangat mementingkan hubungan persahabatan dengan hulubalangnya, lebih-lebih lagi persahabatan sesama saudara dengan Guan Yu dan Zhang Fei. Liu Bei menganggap kedua-dua hulubalang itu sebagai adiknya sendiri dan sama halnya dengan kedua-dua orang hulubalang itu juga menganggap Liu Bei sebagai abang mereka. Dalam tempoh yang panjang, Guan Yu dan Zhang Fei telah bertempur secara gagah berani dan memberikan sumbangan yang cemerlang dalam usaha membantu Liu Bei menubuhkan pemerintahan sendiri.

Dalam suatu pertempuran selepas Liu Bei menubuhkan Negeri Shu, Guan Yu telah dibunuh oleh tentera Negeri Wu. Di samping itu, Zhang Fei yang melancarkan peperangan terhadap tentera Negeri Wu bagi membalas dendam juga turut terbunuh. Liu Bei berasa sangat sedih dan kesal sebab kedua-dua orang saudaranya terbunuh. Secara terburu-buru, beliau mengarahkan pasukan tenteranya memerangi tentera Negeri Wu, namun mengalami kegagalan.

Tidak lama selepas itu, Liu Bei juga meninggal dunia disebabkan penyakit. Cerita tentang hubungan persahabatan antara Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei diminati ramai di China dan terus tersebar sehingga sekarang. Perkataan ” Taoyuanjieyi ” dalam bahasa Mandarin menceritakan kisah ketiga-tiga lelaki tersebut yang menjalinkan hubungan persaudaraan sentiasa digunakan oleh rakyat China untuk menggambarkan hubungan persahabatan dan setia kawan.

Perkataan ” Sangumaolu ” dalam bahasa Mandarin juga tersohor dalam sejarah China. Ia menceritakan kisah Liu Bei tiga kali menziarahi Zhuge Liang yang mempunyai bakat ketenteraan tinggi dan meminta beliau supaya menjadi penasihat ketenteraan Liu Bei. Semasa kali pertama Liu Bei menziarahi Zhuge Liang, beliau enggan bertemu dengan Liu Bei.

Semasa kali kedua dan kali ketiga Liu Bei menziarahi Zhuge Liang, Liu Bei telah memperkenalkan cita-cita luhurnya untuk menubuhkan pemerintahan sendiri dan mereka bertukar-tukar pendapat secara mendalam tentang situasi politik dan ketenteraan di China. Zhuge Liang yang menghargai cita-cita luhur dan bakat Liu Bei akhirnya bersetuju menjadi penasihat ketenteraan Liu Bei.

Selepas Zhuge Liang menjadi penasihat ketenteraan bagi tentera Liu Bei, tentera Liu Bei terus mencapai kemenangan dalam peperangan. Dalam sejarah China, Zhuge Liang merupakan jelmaan kebijaksanaan dan disanjung tinggi oleh rakyat China.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply