Lima Perkara Melayu Perlu Buat Demi Kemajuan Sendiri

0
3960
views
Do Wong Chang

1. Bersedia: Melayu perlu bersedia untuk menempuhi apa jua rintangan yang sedia ada, kerana hakikat yang paling benar adalah, dunia ini adalah kejam.

2. Beriman: Dengki merupakan musuh besar orang-orang Melayu. Kalau seorang Melayu lihat seorang lagi berjaya, mesti ada tersiratnya penyakit dengki. Bukankah Melayu berpegang bahawa Allah Maha Pemberi Rezeki? Kalau kita dengkikan kejayaannya, bukankah kita sedang mempertikaikan keBesaran-Nya?

3. Berilmu: Ilmu merupakan aspek yang paling penting selain daripada Iman. Jadi untuk menguasai sesuatu bidang, Melayu mestilah mendapatkan ilmu tentang perkara tersebut, bukannya main redah sahaja.

4. Bersabar: Tiada apa dalam dunia ini mampu dicapai dengan mudah. Semuanya dengan gabungan persediaan, ilmu, iman dan kesabaran, maka lahirnya kejayaan yang akan membawa kepada isi kelima, tetapi sebelum itu, biar saya jelaskan tentang tiga orang kaya yang mula seperti “pengemis”.

Kenny Trout

KENNY TROUTT merupakan seorang billionaire yang muncul ke menara gading daripada suasana yang perit. Ayahnya seorang kaki mabuk yang bekerja melayan bar dan pekerja pelantar (gaji tidak tinggi) dan ibu bapanya telah bercerai. Beliau dibesarkan dalam projek perumahan awam dan bekerja separuh masa dalam industri insurans ketika kolej.

Nilai aset sekarang – AS$1.3bilion.

Oprah Winfrey

OPRAH WINFREY merupakan seorang wanita billionaire yang dibesarkan dalam kebuluran Mississippi dibawah jagaan ibunya yang masih remaja. Beliau pernah dirogol oleh keluarganya sendiri pada usia 9 tahun dan melahirkan anak pada usia 14 yang meninggal dunia ketika masih bayi.

Nilai aset sekarang – AS$3.0 bilion

Do Wong Chang

DO WON CHANG merupakan jejaka yang berpindah ke Amerika Syarikat dan kemudiannya bekerja sebagai pencuci tandas, pelayan kedai kopi dan stesen minyak. Kemudian, bersama isteri tersayangnya, beliau membuka kedai pakaian – Fashion 21 yang berkembang pesat sehingga tukar menjadi Forever 21.

Nilai aset sekarang – AS$5.0bilion (Tahniah, Do Won Chang).

Apakah mereka ini akan berjaya kalau mereka menangis dan menyalahkan kerajaan? Kerajaan mereka terlalu jauh lebih zalim berbanding Barisan Nasional.

5. Berzakat: Tanggungjawab sosial merupakan cara yang paling penting untuk mengekalkan pusingan kewangan. Ingatlah bahawa wang-wang yang anda miliki sebenarnya BUKAN atas hasil usaha SAHAJA, tetapi dipinjamkan milik-Nya. Kalau anda usaha bermati-matian, dan Allah tidak mengutuskan rahmat, berkat dan nikmat kepada anda, MUSTAHIL anda akan mendapat kekayaan.

Dan akhir sekali, sulami hati anda dengan propaganda-propaganda seperti –

  • KEKAYAAN MENJAMIN KEGEMBIRAAN
  • KEKAYAAN ADALAH TUNAS PALING PENTING DALAM HIDUP
  • KEKAYAAN TIDAK MENDAHULUI AKIDAH

Selamat menjadi kaya, orang-orang Islam. Rapatkan jurang ekonomi.

Comments

comments

Previous articleAset Maritim Strategik Pertahanan Nasional
Next articleLa La Land: Bukan Kisah Cinta Fantasi Biasa

Meskipun sibuk dengan perniagaan restoran, Ahmad Faezal tetap merupakan pengikut setia astronomi, geologi dan sejarah yang telah menjadi sebahagian daripada minat bervariasi beliau. Beliau juga mengimpikan bahawa dalam masa seratus tahun, bangsa Melayu mampu melibatkan diri dalam bidang aeroangkasa, seiringan dengan bangsa-bangsa lain. Namun, asas kepada kejayaan ini terletak kepada empat huruf utama iaitu ILMU.

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here