Ted Bundy. Clyde Barrow. Bernie Madoff. Ketiga-tiganya dikenali atas jenayah yang berbeza tetapi ketiga-tiganya diketahui sebagai psikopat. Dan pakar psikologi percaya terdapat lima ciri yang menjadikan mereka psikopat terkenal dalam sejarah.

Lima ciri yang dinyatakan oleh penyelidik Cristina Crego (Universiti Longwood, Farmville, Virginia) dan Thomas Widiger (Universiti Kentucky) ialah tidak jujur, tidak punya perikemanusiaan, sombong, kejam dan suka memanipulasi orang lain. Kesemua ciri ini disebut dalam kajian mereka yang diterbitkan oleh jurnal Personality Disorders: Theory, Research and Treatment.

Bagi menilai ciri sebenar psikopati dalam kalangan individu, enam orang figura dipilih sebagai subjek kajian. Mereka ialah Bundy, Madoff, Barrow, James Bond, Chuck Yeager dan Sherlock Holmes. Daripada keenam-enam figura, Holmes dan Bond ialah figura bersifat fiksyen. Keenam-enamnya sebelum ini didakwa sebagai psikopat dalam pelbagai media.

Setiap kes sejarah psikopat mereka dibentangkan dalam bentuk laporan sejarah kes – sesetengah daripadanya mencecah lima muka surat. Setelah itu, para sukarelawan akan membaca laporan mereka dan memberi markah mengikut skala psikopati mereka.

Dapatan mereka mendapati keenam-enam figura berkongsi lapan ciri psikopati. Lapan ciri tersebut ialah tidak mudah terdedah dari segi emosi, kesedaran diri yang rendah, tidak mudah risau, berani, tidak takut, tegas, dominan dan suka mencari keseronokan.

Ciri yang sama digunakan untuk menerangkan ciri individu yang bukan psikopat. Justeru, kajian-kajian yang menggunakan ciri ini bagi mengukur nilai psikopati seseorang dianggap tidak boleh dipercayai.

Sementara itu, terdapat lima ciri antagonisme yang tidak boleh dipertikaikan. Lima ciri yang dinyatakan ialah tidak jujur, tiada perikemanusiaan, sombong, kejam dan suka memanipulasi orang lain. Bagi Yeager, Bond dan Holmes, ciri-ciri ini tidak ada pada mereka. Tetapi ciri-ciri ini wujud dalam diri Madoff, Bundy dan Clyde.

Jadi, mengapa Bond, Holmes dan Yeager disangka sebagai psikopat? Ini kerana mereka berkongsi ciri keberanian, tidak takut, dominan dan tegas – ciri yang biasa ditemui tetapi tidak eksklusif kepada golongan psikopat semata-mata.

Selain itu, di mata masyarakat, ketiga-tiganya juga merupakan wira. Tetapi Crego dan Widiger mengingatkan wira dan psikopat ialah dua dahan berbeza daripada pokok psikologi yang sama.

Dapatan mereka mendapati Yeager dianggap paling kurang menunjukkan ciri psikopat. Markahnya menonjol dari segi aspek mencari keseronokan dan tidak mudah risau. Tetapi yang paling mengejutkan ialah Madoff merekodkan mata tertinggi untuk psikopati termasuk sentiasa memburu kecemerlangan dan cekap.

Nota kaki

Chuck Yeager – bekas juruterbang Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF)  dan juruterbang ujian untuk semua pesawat USAF. Pernah bertempur di teater udara Perang Dunia Kedua dan Perang Vietnam.

Clyde Barrow – sebahagian daripada pasangan perompak Bonnie & Clyde. Melakukan lebih 100 rompakan dan turut membunμh polis, pengawal penjara, banduan dan orang awam secara semberono. Terbμnuh dalam insiden tembak-menembak dengan polis pada Mei 1934.

Bernie Madoff – penipu yang menyeleweng wang berjumlah lebih AS$64.8 bilion sebelum ditahan pihak berkuasa pada 2008. Mati dalam penjara pada tahun lepas.

Ted Bundy – pembμnuh, perogol dan nekrofilia. Menjadi igauan ngeri ramai wanita pada tahun 70-an sebelum ditahan pihak berkuasa. Dihukum mati di Florida pada tahun 1989.

James Bond – watak perisik fiksyen ciptaan penulis British Sir Ian Fleming. Mempunyai lesen untuk membμnuh. Enam orang pelakon memegang watak Bond di layar perak. Peranan itu kali terakhir digalas oleh Daniel Craig dalam No Time To Die.

Sherlock Holmes – watak penyiasat fiksyen ciptaan penulis British Sir Arthur Conan Doyle. Ramai pelakon terkenal pernah menggalas watak itu di medium filem dan televisyen seperti Henry Cavill, Benedict Cumberbatch, Jonny Lee Miller dan Sir Ian McKellen.

RUJUKAN

Chadwick, J. (2022, 8 Mac). The core traits of famous PSYCHOPATHS: Scientists identify five key characteristics in Ted Bundy, Clyde Barrow and Bernie Madoff – including callousness, dishonesty and cruelty. Daily Mail.

Sumber gambar: Getty Images/Beltman Archieve/Associated Press


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply