Tengah malam kalau lapar je pasti Maggi kari dalam gobok akan dimasak untuk mententeramkan perut yang sedang screamo.

Advertisements

Nasib baik nak masak maggi ni mudah dan cepat, dah nama pun makanan segera.

Tetapi macam mana pula dengan masyarakat silam kalau malam perut lapar, mereka ada makanan segera ke?

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

Jawapannya adalah ada dan salah satu adalah lemang.

Macam mana pula lemang ini boleh jadi makanan segera? Sebelum itu kita telusuri dulu bagaimana lemang boleh wujud dalam masyarakat kita.

Lemang dikatakan telah wujud apabila orang Melayu-proto dan Melayu-deutro telah membawa amalan nasi yang dimasak dalam buluh ke Asia Tenggara.

Hal ini dapat dibuktikan lagi apabila amalan memasak nasi di dalam buluh turut wujud dalam kalangan orang asli di Semenanjung Tanah Melayu dan orang Dayak di Borneo.

Lemang Dayak

Bagi masyarakat Indonesia pula, lemang telah wujud apabila seorang ulama iaitu Sheikh Burhanuddin ingin menyebarkan Islam di tanah Minangkabau. Kunjungan dia ke sana telah dijamu dengan pelbagai jenis makanan.

Masalahnya dia sangat bimbang akan status halal makanan tersebut kerana penduduk di situ belum Islam. Jadi apa yang Sheikh Burhanuddin buat adalah perintahkan kepada penduduk untuk mencari buluh, daun pisang dan kelapa tua untuk hasilkan lemang.

Bermula dari peristiwa itu, lemang telah dijadikan sebagai makanan rasmi bagi perayaan besar Islam sebagai simbolik penghasilan makanan halal.

Walau bagaimanapun, Sheikh Burhanuddin tidak boleh dijadikan sebagai orang pertama menghasilkan lemang. Hal ini kerana dia diketahui berasal daripada Guguak Sikaladi yang merupakan kerajaan terawal Melayu-deutro. Jadi berkemungkinan besar Sheikh Burhanuddin sudah biasa memasak nasi di dalam buluh.

Bertitik tolak dari situ, lemang terus menjadi makanan tradisi dalam masyarakat Minangkabau sehingga tersebar di seluruh Indonesia.

Apa-apapun rekod rasmi keberadaan lemang di Kepulauan Melayu adalah pada tahun 1852 di tanah Batak, 1864 di Semenanjung Tanah Melayu, 1873 di Minangkabau dan 1900 di Bangkahulu.

Kembali kepada persoalan asal iaitu macam mana lemang boleh dijadikan makanan segera oleh masyarakat Melayu silam?

Suatu ketika dahulu leluhur orang Melayu menjadikan memungut hasil hutan sebagai antara sumber ekonomi utama.

Bermakna kalau nak cari makan untuk keluarga memang kena masuk hutan berhari-hari lamanya. Masuk hutan pula tidak boleh bawa tangan kosong sahaja dan mesti ada kelengkapan seperti makanan.

Tapi dulu masa ada maggi dan makanan dalam tin.

Maka alternatif yang wujud adalah makanan seperti lemang kerana mudah dibawa dan tahan lama.

Selain itu, penggunaan buluh untuk menghasilkan lemang dikaitkan dengan sifat kreatif leluhur kita. Apabila sudah berada di hutan, nak masak nasi memang susah sebab perlu ada periuk.

Nasi di dalam buluh

Sebagai gantinya leluhur kita telah menggunakan buluh yang diletakkan air dan daun pisang untuk dibakar agar menjadi nasi. Penggunaan daun pisang pula digunakan agar nasi tidak terlekat di dinding buluh.

Mungkin dari dua kombinasi ini lemang mula wujud sebagai makanan tradisi sejak abad ke-9 sehinggalah menjadi idaman wajib ketika menjelangnya raya.

Ingin baca mengenai sejarah Islam di India? Beli buku terbaru The Patriots, Mughal: Mutiara Islam Di India di: http://bit.ly/PraTempahMughal

Hari ini lemang sudah tidak boleh lagi dianggap sebagai makanan segera kerana penghasilannya agak renyah.

Tapi berterima kasihlah kepada leluhur kita kerana hari raya nanti kita dapat nikmati makanan segera silam. 

RUJUKAN:

Nfn Refisrul. (2019). Fungsi lemang dalam upacara perkawinan suku Besemah di Kabupaten Kaur Provinsi Bengkulu. Jurnal Penelitian Sejarah dan Budaya, 5(2), 235-256.

Tania Yovani. (2019). Lamang tapai: The ancient Malay food in Minangkabau tradition. Journal of Ethnic Foods,  6(22).

Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply