La La Land: Bukan Kisah Cinta Fantasi Biasa

1
4017
views

La La Land, aku layan cerita ni semalam. Tentang bagaimana dua orang pasangan yang saling jatuh cinta, tersepit antara cinta dan impian. Akhirnya, mereka mengejar impian yang mereka anggap cinta paling besar dalam hidup mereka, tanpa si lelaki pernah melupakan muse terbesar dalam hidupnya sebagai seorang pianist yang hebat.

Lalu selepas 5 tahun, mereka berdua berjumpa. Si lelaki tetap mengekalkan ciri-ciri cinta pertama, bahkan mungkin terakhir dalam hidupnya pada impian yang telah dicapainya, memiliki sebuah kelab jazz. Logonya, idea-idea yang dilontarkan si perempuan yang pernah jadi buah hatinya, semuanya dikekalkan pada kelab jazz itu. Si lelaki tidak pernah lupa mencintai. Tidak pernah sesekali…

Tabah hati kau Seb waktu melihat si buah hati dengan suaminya…

Si perempuan datang dengan pencuri hati yang baru, yang dia telah berkahwin dan memiliki seorang anak lagi. Terkesima kerana mengetahui cinta seorang lelaki tidak pernah sirna untuknya menyaksikan persembahan ulungnya di kelab jazz itu. Si pianist yang tidak pernah surut luka cintanya…

Mia terkesima sewaktu menyaksikan bahawa Seb tidak pernah melupakan cinta pertama, dan barangkali terakhir buat Seb

Lalu si lelaki memainkan lagu yang sangat kuat dalam hubungan cinta mereka si dia. Lagu cinta pertama barangkali. Angan-angan yang terkandung dalam lagu itu, bagaimana si dia dan perempuan hidup bersama. Bagaimana tempatnya si lelaki yang menjadi suami kepada si perempuan bertukar dengannya.. Ahh bagaimana impian tidak menjadi pemisah antara mereka berdua.

Babak-babak di atas, dijelaskan dalam 10 minit terakhir filem, yang kau orang mungkin tidak dapat menangkap maksud penuh yang mahu disampaikan. Ia tidak seperti yang aku tulis. Tetapi apa yang kalian baca, ia dari perspektif aku yang menafsir filem yang agak abstrak pada 10 minit bahagian penghujung.

Kisah seorang seniman yang tidak pernah sesekali melupakan si buah hati, yang menjadi sumber ilham teragungnya…

Ketahuilah para sahabat, di sebalik mahakarya seni yang hebat, tidak kiralah novel, puisi, lagu, filem dan tarian yang kalian tatapi dengan semua pancaindera, ketahuilah ada seorang wanita yang menjadi sumber ilham terbesar disebalik keindahan itu.

Ulasan lain yang boleh aku katakan, sekali kalian membaca ringkasan di atas, kalian mungkin akan merasakan bahawa ini ialah karya cliché dalam genre cinta, tetapi gaya mesej itu disampaikan, dan dikuatkan dengan lakonan Ryan Gosling dan Emma Stone, menjadikan ia sebagai cliché yang terkeluar dari cliché kebiasaan karya cinta!

4.5 bintang per 5 bintang!

Comments

comments

Previous articleLima Perkara Melayu Perlu Buat Demi Kemajuan Sendiri
Next articleTravelog Pulau Pinang

Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

SHARE

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here