Pada 28 Januari 2023, sebuah belon udara berwarna putih masuk dalam ruangan udara Amerika Syarikat – melintasi Alaska, Canada dan akhirnya mencerobohi udara Tanah Besar Amerika. Sebelum ditembak jatuh, belon udara ini berapungan di atas sebuah fasiliti nuklear dalam negeri Montana. Jadi pihak Amerika Syarikat mendakwa belon ini adalah alat pengintip. Manakala China pula berkata belon ini hanyalah kapal cuaca (Lee, 2023).

Menariknya, isu ini telah mencetuskan krisis politik yang agak besar. Politik Amerika Syarikat sedang berkelahian. Politik China juga agak-agak sama, cuma bernada lain. Di Amerika Syarikat, pihak Republican menabur segala kritikan terhadap Joe Biden kerana tidak tembak bila dah tahu (Griffiths, 2023).

Pihak Democratic membalas kritikan berkata 1) “kalau tembak semasa berada di langit Montana, ramai akan tercedera” (falling debris) dan 2) “jangan cakap banyaklah; masa zaman Trump, tiga belon udara masuk mengintip. Dan Trump tak tembak satu pun.” (Neukam, 2023).

Pertembungan antara Biden-Trump ni dikatakan ‘political decay’ yang dah kronik kat Amerika. Kalau korang nak faham pasal istilah ni yang sedang berlaku di banyak negara, jemput baca POLITIK UNTUK PEMULA. Link: https://bit.ly/3frB0C5

Apabila Republicans tahu yang zaman Trump ada krisis ni, mereka berpaut pada nada konspirasi ‘deep state’ – kononnya ada pencabulan kuasa kerana orang tentera tak bagitahu Trump (Mueller, 2023). Jadi mudah kata, krisis agak besar di Amerika Syarikat… sampai Setiausaha Negara Anthony Blinken dah batalkan kunjungan di China.

Kerajaan China Mesti Bertindak Balas

Konsep “kapal cuaca” sebenarnya bukan benda baharu. Pada tahun 1960, Amerika Syarikat ingin mengintip Kesatuan Soviet. Mereka menghantar kapal U-2 dinaiki Francis Gary Powers, yang ditembak jatuh Tentera Soviet. Apabila tahu U-2 sudah jatuh, kerajaan Amerika Syarikat cuba menutup cerita berkata, “kapal cuaca yang terkeluar daripada laluan penerbangan dan masuk dalam sempadan Soviet.”

Francis Gary Powers

Hujah sama dibuat China. “Belon udara (untuk tujuan) cuaca yang terkeluar daripada laluan dan masuk dalam sempadan Amerika.” Masalahnya, banyak betul belon udara yang terkeluar daripada laluan sekarang. Pada 3 Februari, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat berkata ada belon kedua sedang melalui Amerika Latin.

Memang benar China tetap akan menafikan ini belon pengintip. Tetapi sekarang segala pekung sudah terbuka, memang krisis politik dalam negara sendiri agak besar. Menurut seorang pakar geopolitik bernama Susan Shirk, “(situasi ini) amat memalukan China kerana mereka sedang mempersoal kecekapan kerajaan Xi Jinping.”

Sementara korang baca ni, korang kena tahu trilogi Dunia Tanpa Tembok meluaskan segala isu geopolitik untuk korang hayati dan faham segala yang berlaku. Link: https://bit.ly/duniatanpatembokbaru

China sekarang sedang ‘berundur’ dan menutup cerita semata-mata… tanpa sebarang hujah kukuh untuk membetulkan keadaan. Kalau berlaku pada Amerika Syarikat semata-mata, boleh tahan juga. Ini terjadi kat Canada sekali. Dan sekarang ada beberapa negara sudah mula bising. Tambah ketika ini kerajaan Xi Jinping semakin tidak popular kerana Dasar Zero Covid.

Imej Xi Jinping di pentas global juga boleh tahan tercalar. Asalnya beliau menyatakan kekesalan. “China kesal kapal udara ni masuk Amerika secara tak sengaja melalui keadaan luar kawalan.”. Tapi dah kapal udara ni ditembak jatuh, kenyataan China dah bertambah keras saban hari. Siap ada tuduhan kononnya Amerika Syarikat sengaja mencalarkan usaha Biden-Xi dalam membaiki hubungan dua hala.

Apabila fikir balik, macam pelik juga. Kalau betul ini kapal udara yang bertujuan nak mengumpulkan maklumat cuaca, kenapa tidak isytihar awal-awal kepada pemantau udara Amerika dan Canada? Belon udara katanya hanyut berhari-hari tapi tiada siapa isytihar apa-apa.

Semua ni hanyalah hipotesis buat masa sekarang. Tentera Laut Amerika Syarikat dah turun di pantai South Carolina, dimana belon udara tu ditembak jatuh. Mereka nak tengok barangan apa diguna belon udara tersebut. Situ baru boleh kita tahu secara tuntas apa yang dah berlaku.


Salah satu punca kenapa Amerika bengang dengan China adalah krisis antara Rusia dan Ukraine. Kalau korang nak tahu secara lanjut pasal perang ni, jemput baca PUTIN: TSAR MODEN RUSIA: https://bit.ly/3RczxwD

RUJUKAN:

Griffiths, B. (2023, Februari 5). Trump and other Republicans call for US ‘to shoot down’ a suspected Chinese spy balloon. Business Insider.

Lee, M. (2023, Februari 4). Chinese balloon soars across US; Blinken scraps Beijing trip. Associated Press.

Mueller, J. (2023, Februari 6). Greene calls for probe into why Trump was unaware of previous Chinese balloons. The Hill.

Neukam, S. (2023, Februari 5). Chinese balloons flew over US three times during Trump administration: officials. The Hill.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply