Korea Selatan, Sungai Klang Dan River Of Life

0
5823
views

Korea Selatan dan Malaysia ada banyak persamaan.

Haiwan kebangsaan deme harimau. Kita pun harimau.

Bunga kebangsaan deme hibiscus (bunga raya). Kita pun bunga raya.

Deme ada bibimbap. Kita ada nasi kerabu.

Deme ada Baekhyun. Kita ada Aiman Tino.

Sekarang kita bakal memiliki sungai secantik sungai di Korea.

Sungai Han atau “Hangang” (한강) yang melintas kota Seoul merupakan lambang semangat orang Korea Selatan. Sampai mereka menamakan sejarah kebangkitan Korea Selatan sebagai “Miracle of the Han River” atau “Hangangui Gijeok” (한강의 기적).

Waqaf Saham

Pada asalnya air Sungai Han amatlah kumuh dan kotor. Sampai ikan pun tak boleh hidup.

Tapi disebabkan Seoul perlu menganjurkan Sukan Asia 1986 dan Sukan Olimpik 1988, maka kerajaan Korea Selatan mengguna masa 5 tahun (1982-1986) untuk mengindahkan Sungai Han. Hasilnya, Sungai Han menjadi antara sungai yang terbersih dan tercantik di dunia.

Projek River of Life (Sungai Nadi Kehidupan) yang dilancarkan oleh PM semalam sememangnya diilhamkan oleh projek peingindahan anak sungai Han bernama Cheonggyecheon (청계천 – “Sungai Berair Jernih”) dari tahun 2003-2005. Asalnya pun longkang busuk, tapi sekarang dah jadi pusat budaya Seoul.

Di sebalik bangsa yang hebat, ada sungai yang megah dan indah. Bukan Korea je, hampir semua negara maju mempunyai sungai yang bersih dan cantik. Perancis ada Seine. UK ada Thames. Jepun ada Kandagawa. Austria dan Hungary ada Danube. Kalau tak nak pergi jauh, Singapura punya Singapore River pun dah cukup cantik.

Di negara maju, orang tak anggap sungai sebagai longkang untuk membuang sampah atau meludah. Sungai adalah “lifeline”. Selain fungsi ekosistem, sungai ialah tempat rekreasi yang dapat menyuburkan jiwa penghuni bandar agar sentiasa segar dan ceria. Sungai memberi semangat dan ilham.

Itu sebabnya orang falsafah kat Paris suka sembang falsafah di cafe tepi Sungai Seine. Warga London buat deal tepi Thames. Orang Singapura buat river cruise kat Boat Quay dan Clarke Quay. Di tepi Sungai Han lebih 10 tahun yang lalu, Taeyeon menjeritkan kata-kata semangat “naneun halsu itda” (나는 할 수 있다 – “I can do it”) sebelum menempuhi hidup sebagai penyanyi.

Kalau warna air sungai macam air milo atau teh tarik, penghuni bandar pun tak ceria dan tak bermaya, dan tak padan dengan aspirasi menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah satu daripada “Top 20 Most Livable Cities” menjelang tahun 2020.

Tapi infrastruktur sehebat mana pun, kalau mentaliti kita masih tahap negara mundur, tak guna juga. Bukan bermakna ada “hardware” (infrastruktur) yang maju kita terus jadi maju, kena diseiringkan dengan “software” iaitu sikap yang perlu pada seseorang warganegara negara maju. Jaga kebersihan awam. Jaga ketenteraman awam. Tak mencarut depan orang ramai. Barulah maju.

Satu lagi usaha murni kerajaan yg tak ramai orang ambil tahu tapi jalan terus dan mencapai hasil.

(tengah tunggu komen-komen pakar sungai, pakar perancangan bandar dan pakar “environmental economics”)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.