Baru-baru ini, seorang lelaki bernama ‘Sean’ Moon Hyung-jin mengumumkan pembelian sebuah hartanah di Tennessee untuk sebuah gereja baru yang ada kaitan dengan gerakan Gereja Penyatuan (Unification Church). Ia dibuat selepas Hyung-jin bertelagah dengan ibunya, Han Hak-ja tentang siapa sepatutnya mengetuai gereja itu. Tetapi apa itu Gereja Penyatuan?

Untuk mengetahuinya, kita perlu melihat latar belakang pengasasnya merangkap bapa Hyung-jin, Moon Sun-myung. Dilahirkan di Chongju, Pyongan Utara, Korea Utara pada 1920, lelaki ini menubuhkan gereja tersebut pada tahun 1954. Dia melihat semua agama itu sama dan ia patut disatukan di bawah satu bumbung (gerejanya).

Gereja Penyatuan terkenal dengan upacara perkahwinan beramai-ramai dengan setiap pasangan dipilih sendiri oleh Sun-myung. Mereka tidak boleh bersama selama 40 hari atas alasan untuk membuktikan perkahwinan mereka berada di lapangan kesedaran yang lebih tinggi. Setelah itu, barulah mereka dibenarkan bersama tetapi posisi dalam hubungan kelamin mereka ditentukan oleh ketua gereja.

Rajah 1: Perkahwinan beramai-ramai anjuran Gereja Penyatuan pada 2017. Sumber: Getty Images

Semasa Sun-myung berusia 40 tahun, dia berkahwin dengan seorang wanita berusia 17 tahun bernama Hak-ja. Dia pada ketika itu merupakan pengikut awal gereja berkenaan. Setelah itu, kedua-duanya diberi gelaran Ibu Bapa Sebenar Kemanusiaan.

Ajaran Gereja Penyatuan tersebar luas ke banyak negara termasuk di Barat. Ini mengakibatkan bilangan keahlian gereja meningkat berkali ganda terutama selepas Sun-myung mengadakan jelajah dunia gereja di beberapa buah negara. Pada 1988, Gereja Penyatuan turut mencipta Rekod Dunia Guinness apabila mengahwinkan 6,516 buah pasangan yang berpakaian sama.

Semua ini menjadikan Sun-myung sebagai antara pemimpin keagamaan yang terkaya di dunia ketika itu dan berkuasa terhadap ahli-ahlinya. Ini termasuk empayar perniagaan yang meliputi media seperti akhbar The Washington Times. Berdasarkan anggaran pada 2008, kekayaannya mencecah £625 juta.

Selepas berpindah ke Amerika Syarikat, Sun-myung tinggal di sebuah rumah mewah di New York, dibawa ke setiap lokasi dengan limosin dan bercuti di atas kapal layar peribadi. Malah, dia juga mempunyai hubungan dengan beberapa Presiden Amerika Syarikat seperti Ronald Reagan, George Bush dan George W. Bush serta merundingkan perjanjian perniagaan dengan bekas pemimpin Korea Utara, Kim Il-sung.

Di sebalik semua itu, tersembunyi pelbagai rahsia gelap gereja yang tidak diketahui oleh dunia luar. Contoh paling mudah, teknik pengambilan ahli terutama dalam kalangan golongan muda. Sun-myung membasuh otak mereka untuk menolak keluarga dan menyatakan taat setia kepada gereja. Ini menyebabkan sesetengah keluarga ahli memfailkan saman di mahkamah terhadapnya kerana membasuh otak pengikut gereja.

Kemudian pada tahun 70-an, Gereja Penyatuan diselubungi kontroversi menggalakkan tiga ahli kariah mereka membu.n.uh diri selepas dituduh menyeleweng daripada ajaran gereja. Dan jika anda pernah bertandang ke Chungpyeong, ia menempatkan pusat ketenangan milik gereja tersebut. Ramai bekas ahli memberitahu apabila mereka tiba di situ, mereka dipaksa menyerahkan sejumlah besar wang dan dipu.k.ul sebagai cara membuang semangat jahat daripada badan mereka.

Menurut bekas ahli gereja Elgen Strait, dia pernah berada di situ selama 40 hari dan menganggapnya ia satu pengalaman menakutkan. Menurut pihak gereja, terapi pu.ku.lan ini dibuat bagi menangani isu-isu spiritual seperti penyakit mental, ma.ti pucuk dan kanser. Tetapi bagi Strait, suasana di situ amat menekan para ahli yang dihantar di situ seolah-olah memaksa mereka untuk terus tunduk kepada kepimpinan Sun-myung.

Pihak gereja menafikan sekeras-kerasnya aktiviti pembasuhan otak yang didakwa dilakukan mereka. Atas sebab ini juga, Sun-myung pernah dinafikan untuk melanjutkan tempoh menetap di Britain pada tahun 1978 menerusi arahan Pejabat Keselamatan Dalam Negeri Britain. Tetapi selepas keputusan tersebut dirayu di mahkamah, tempoh dia menetap di UK disambung semula.

Tetapi nasib tidak lama menyebelahi Sun-myung. Pada tahun 1981, dia terpaksa membayar saman berjumlah £750,000 kepada Daily Mail selepas gagal membuktikan artikel yang diterbitkan mereka itu sebagai fitnah. Sun-myung terus dirundung malang apabila dipen.ja.rakan 18 bulan di Amerika Syarikat atas tuduhan mengelak cukai. Skandal-skandal ini meruntuhkan terus kepercayaan ahli dan orang ramai terhadap gereja dan mereka tidak pulih sejak itu.

Pada tahun 1990, wujud dakwaan Gereja Penyatuan mengumpan ramai warga Korea Selatan yang miskin untuk hadir ke majlis-majlis perkahwinan yang dianjurkan mereka. Imej keluarga sempurna yang dijaja Sun-myung selama bertahun-tahun akhirnya mu.sn.ah akibat pendedahan media.

Dia bukan saja dituduh mempunyai hubungan dengan wanita-wanita lain. Malah, gaya hidup mewah anak-anak Sun-myung turut memberi fokus negatif kepada Gereja Penyatuan. Anak sulungnya, Hyo-jin yang didedahkan sebagai pena.g.ih ko.ka.in tegar meninggal dunia akibat sakit jantung pada tahun 1998. Setahun kemudian, ‘Philip’ Moon Youn-jin pula mengambil nyawanya sendiri pada usia 21 tahun.

Terdesak, Sun-myung memindahkan gerejanya ke pedalaman Brazil. Bagi memulihkan kembali bilangan pengikutnya, dia membuat satu dakwaan pelik pada 2004 di Washington. Dalam satu pertemuan bersama ahli-ahli gereja, Sun-myung mendakwa dia diiktiraf oleh semua pemimpin baik hidup atau ma.ti bahawa dia penyelamat kemanusiaan. Dakwaan tersebut langsung tidak mengembalikan gereja ke era kegemilangannya semula.

Sun-myung meninggal dunia pada usia 92 tahun pada 2012 dan meninggalkan 11 orang anak termasuk yang paling bongsu, Hyung-jin. Sejak itu, dia terlibat dalam pergelutan merebut kedudukan siapa paling berkuasa dalam gereja dengan ibunya, Hak-ja. Hyung-jin kemudiannya menubuhkan sayap pela.mp.au kanan gereja yang dipanggil Gereja Rod Besi pada 2017 dengan memasukkan elemen se.nj.ata api dalam sistem kepercayaan mereka.

Rajah 3: ‘Sean’ Moon Hyung-jin. Sumber: The Washington Post/Getty Images

Dan baru-baru ini, dia meletakkan gerejanya itu sealiran dengan pergerakan ‘Make America Great Again’ yang pro-Donald Trump. Hyung-jin juga mula menggerakkan semula aktiviti perkahwinan beramai-ramai yang dipopularkan oleh Gereja Penyatuan.

Bagaimanapun, akibat kontroversi yang menyelubunginya dan gereja yang ditubuhkan, Gereja Penyatuan memilih untuk menjauhkan diri daripada usaha anak bongsu Sun-myung itu. Sebaliknya, mereka tetap menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Hak-ja sebagai ketua baru gereja.

RUJUKAN

Bellotti, Alex. (2021, 14 Oktober). Moonies DITAPIS at DITAPIS as heirs clash over far-right sect that loves Trump and DITAPIS. Daily Mirror.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply