Komet, Asteroid, Meteoroid, Meteor Dan Meteorit: Apa Perbezaan Antara Mereka?

0
1460
views

Selain memiliki planet ,

sistem suria kita juga dihiasi dengan pelbagai lagi jasad-jasad samawi yang lain seperti komet , asteroid dan juga meteoroid .

 

Ramai dalam kalangan kita masih lagi keliru dengan perbezaan di antara komet , asteroid dan meteoroid .

 

Jadi , di dalam artikal ini , saya akan menerangkan secara ringkas berkenaan perbezaan ciri jasad-jasad samawi tersebut iaitu komet , asteroid , meteoroid serta meteor dan juga meteorit.

 

KOMET :-

¤ objek samawi yang mengelilingi matahari dengan orbit yang berbentuk elips .

¤ komet mengandungi ais , batu , metana , ammonia dan pelbagai sebatian yang lain .

¤ apabila komet semakin hampir dengan matahari , jasadnya akan menunjukkan koma yang kelihatan seperti lapisan samar seperti atmosfera yang menyelubungi komet

¤ koma terhasil kerana radiasi daripada matahari menyebabkan lapisan luar ais pada komet mengewap .

¤ Disebabkan radiasi serta angin matahari pada komet juga dapat menghasilkan ekor pada komet .

¤ komet kebanyakkannya berasal dari kawasan awan Oort dan juga lingkaran kuiper

¤ contoh : komet Halley , Komet Encke , komet Ison .

Komet 45P/Honda-Mrkos-Pajdušáková
Kredit : Gerald Rhemann
(http://www.astrostudio.at/index.php)

ASTEROID :-

¤ objek samawi ini merupakan batuan yang mengelilingi matahari .

¤ saiz asteroid ada yang kecil dan juga ada yang besar tetapi lebih kecil daripada planet .

¤ asteroid juga dikenali sebagai planetoid atau planet minor .

¤ kebanyakkan asteroid dijumpai dikawasan lingkaran asteroid yang berada di antara planet marikh dan planet musytari

¤ asteroid biasanya terbentuk daripada batuan dan juga logam .

¤ contoh : pallas , vesta . .

Contoh asteroid

METEOROID :-

¤ di luar angkasa , terdapat pelbagai sisa daripada objek objek samawi seperti sisa debu daripada komet atau serpihan batuan daripada asteroid .

¤ sisa dan serpihan inilah yang dipanggil meteoroid .

¤ saiz meteoroid lebih kecil daripada asteroid . Kadang saiznya hanya sebesar batu kerikil dan pasir atau lebih kecil ..

Perbezaan meteoroid dengan asteroid

METEOR :-

¤ merupakan meteoroid yang memasuki atmosfera bumi disebabkan faktor tarikan graviti bumi .

¤ meteoroid yang memasuki atmosfera bumi akan terbakar lalu menghasilkan jalur cahaya yang hilang dalam sekelip mata .

¤ jalur cahaya yang terhasil daripada meteoroid yang terbakar itu dipanggil meteor atau tahi bintang .

¤ kadang , bumi akan melalui kawasan yang padat dengan meteoroid .

¤ ketika lalu dikawasan yang padat dengan meteoroid , akan berlakunya satu fenomena yang dipanggil musim

” Hujan meteor / pancuran meteor ”

¤ contoh : lyrids , geminids , orionids

hujan meteor Perseids di Mount Rainier National Park .
Kredit : Matt Dieterich
(http://www.mdieterichphoto.com)

METEORIT :-

¤ merupakan meteoroid yang memasuki atmosfera bumi tetapi tidak terbakar sepenuhnya disebabkan saiz nya yang besar lalu jatuh ke permukaan bumi …

Hoba meteorite yang berada di Namibia

Sekian . .

“ Majulah Falak Untuk Ummah “

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here