Sebagai seorang sultan yang agung, Sultan Muhammad al-Fatih tidak pernah takut pada mana-mana makhluk. Maharaja Rom sendiri terusir dari istananya disebabkan serangan dari Al-Fatih.

Namun, Sultan Muhammad al-Fatih sangat takut pada guru-gurunya. Perasaan takut ini lahir dari rasa hormat yang sangat mendalam.

Setiap kali berjumpa guru-gurunya, Sultan Muhammad al-Fatih akan tunduk dan cium tangan gurunya. Apabila guru-gurunya masuk ke dalam majlisnya, Sultan Muhammad al-Fatih akan segera bangun dari tempat duduk.

TETAPI sebelum kita habiskan artikel ini, kami nak cadangkan kalau kalian berminat dengan sejarah Uthmaniyyah, makanya buku kami, UTHMANIYYAH DI HUJUNG JARI adalah yang paling sesuai. Beli di Shopee: http://bit.ly/3aYK93g

Suatu ketika, seorang guru Sultan Muhammad al-Fatih yang bernama Syeikh Aq Syamsuddin masuk ke istana ketika Sultan Muhammad al-Fatih sedang bermesyuarat dengan para pembesarnya. Melihat kedatangan gurunya itu, Sultan Muhammad al-Fatih kelam kabut bangun menyambut gurunya.

Perdana Menteri Uthmaniyah yang bernama Mahmud Pasha bertanya pada Sultan mengapa baginda menyambut Syeikh Aq Syamsuddin sebegitu sedangkan baginda tidak pernah melakukannya pada sesiapa.

Sultan Muhammad al-Fatih menjawab, “Perasaan hormatku pada lelaki ini (Syeikh Aq Syamsuddin) sangat mendalam. Apabila orang-orang lain berada di sisiku, tangan mereka akan menggeletar. Sebaliknya, apabila aku melihatnya, tangan aku pula yang menggeletar.”

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih boleh memiliki sifat menghormati guru begini?

Jawapannya, ayahnya sendiri yang memberikan rotan pada gurunya.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Ketika Sutan Muhammad al-Fatih remaja, ayahnya iaitu Sultan Murad telah mengamanahkan pendidikan Sultan Muhammad al-Fatih pada seorang ulama yang sangat tegas dan garang yang bernama Mullah Kurani.

Di samping itu, Sultan Murad II juga memberikan rotan atau kayu pada Mullah Kurani supaya Mullah Kurani memukul Sultan Muhammad al-Fatih sekiranya al-Fatih ingkar dengan sebarang arahan Mullah Kurani.

Dalam sebuah majlis di istana, Mullah Kurani berkata pada Sultan Muhammad al-Fatih “Ayahmu telah mengutuskan aku kepadamu dan menyuruhku untuk mengajarimu. Baginda memerintahkan aku untuk memukulmu sekiranya engkau mengingkari perintahku.”

Mendengar kata-kata Mullah Kurani itu, Sultan Muhammad al-Fatih pun ketawa kerana baginda menyangka Mullah Kurani hanya bergurau dengannya.

Maka Mullah Kurani terus memukul Sultan Muhammad al-Fatih dengan kuat sambil dilihat oleh para pembesar dan hadirin yang hadir dalam majlis itu.

Sejak itu, Sultan Muhammad al-Fatih sangat takut dengan Mullah Kurani. Baginda tidak berani membantah setiap suruhan dan arahan Mullah Kurani. Hasilnya, dalam tempoh yang singkat baginda berjaya menghafaz Al-Qur’an di bawah bimbingan Mullah Kurani.

Maka ketahuilah, sultan yang telah berjaya ‘memukul’ empayar Rom, pernah dipukul oleh gurunya!


Rasa best sangat baca artikel ini? Anda akan rasa lagi best kalau baca buku kami, Uthmaniyyah Di Hujung Jari. Tengah ada diskaun 10 peratus sekarang! Dapatkan di Shopee kami dengan segera! Beli di: http://bit.ly/3aYK93g

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Leave A Reply