Amerika Syarikat terkenal dengan sistem politik yang bertukar-tukar pemimpin. Dari dulu lagi, seorang presiden akan berkuasa selama empat tahun setiap penggal. Tiada presiden pernah berkuasa lebih daripada dua penggal.

Tiada presiden, kecuali Franklin D. Roosevelt sahaja. Beliau mula memimpin Amerika Syarikat pada 4 Mac 1933, sampailah 12 April 1945… yakni selama 12 tahun, atau empat penggal.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Roosevelt terlalu popular kerana beliau berjaya memimpin Amerika Syarikat keluar daripada kancah krisis iaitu the Great Depression.

Pada tahun 1928, Herbert Hoover memberi Parti Republikan kemenangan yang bergaya dengan 444 kerusi (83.6 peratus).

Tetapi Republikan seolah-olah dihalau keluar pula, tumpas pada tangan Roosevelt yang memenangi empat pilihan raya berturut-turut: 472 kerusi, 523 kerusi, 449 kerusi dan 432 kerusi.

Untuk piawaian pilihan raya, mana-mana calon yang mendapat lebih daripada 350 kerusi kira bagus sangat. Seperti yang diceritakan, dasar pentadbiran Roosevelt terlalu kena pada rakyat.

Tidak cukup dengan itu, dasar luar negara pun sama – kerana Amerika Syarikat mengambil kedudukan paling selamat sepanjang Perang Dunia Kedua. Kejayaan politik, pentadbiran dan antarabangsa ini diatur Roosevelt dari kerusi roda sebenarnya.

Penyakit Misteri Yang Menimpa

12 tahun sebelum menang pilihan raya, Franklin D. Roosevelt bertanding untuk menjadi Naib Presiden di belakang James M. Cox yang kalah teruk pada tangan Warren G. Harding.

Roosevelt (kiri) bersama Cox.

Kekalahan ini menguatkan iltizam Roosevelt untuk kembali lebih gagah dalam masa dua tahun. Tetapi karier politik beliau melingkup kerana tubuhnya tiba-tiba diserang penyakit misteri (Smith, 2007).

Demam biasa tiba-tiba melumpuhkan Roosevelt, sampai kedua-dua saluran najis tidak berfungsi langsung. Selama dua minggu, Roosevelt tidak mampu membuang air kecil dan perlu bantuan catheterization dan enema.

Terlalu banyak kekangan ketika itu untuk membuat diagnosis tepat. Roosevelt tidak boleh bergerak walau sedikit pun. Doktor menyangka beliau mengalami darah beku pada saraf tunjang. Jadi mereka cuba mengurut kaki Roosevelt, sesuatu yang amat menyiksakan.

Penyakit ini mula pada 10 Ogos 1921. Roosevelt dibawa ke New York dengan menaiki kapal air dan kereta api pada 14 September.

Perjalanan ini tersangat perit, dan beliau keluar dari hospital di New York pada 28 Oktober… pulih dari segi perkumuhan tetapi lumpuh buat selamanya.

Diagnosis Profesional

Empat doktor bersama semasa Franklin D. Roosevelt mengharungi cabaran paling membunuh ini. Sangat mengejutkan bagaimana nikmat tubuh badan ditarik seolah-olah sekelip mata.

Situasi ini menggambarkan pada semua tentang apa yang bermain dalam fikiran doktor-doktor tersebut.

Seorang sangka darah beku. Apabila urutan tidak langsung membawa manfaat, memang sah bukan darah beku. Jadi doktor pakat mempertimbang diagnosis kedua, iaitu penyakit poliomyelitis yang pada masa itu dipanggil “kelumpuhan bayi”.

Namun, simtom-simtom Roosevelt tidak konsisten dengan polio sekalipun dengan serangan saraf yang kritikal (Beckman, 2003).

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Jadi saintis masih berbelah bahagi tentang penyakit sebenar yang bermula pada hari malang itu. Cuma rata-ratanya yakin bahawa Roosevelt sebenarnya terkena penyakit Sindrom Guillain-Barre.

Setepatnya sindrom ini adalah berkenaan dengan auto-imunisasi. Biasanya pesakit sindrom ini boleh pulih, asalkan diberi rawatan moden. Tetapi zaman Roosevelt masih lagi terlalu awal, kerana pihak perubatan Amerika Syarikat masih belum faham tentang sindrom tersebut… berbeza dengan pihak perubatan Eropah.

Sama ada Sindrom Guillain-Barre (paling tepat dengan simtom) dan Poliomyelitis – yang pasti Roosevelt takkan dapat berdiri tanpa bantuan sesuatu atau sesiapa.

Macam mana Roosevelt menyembunyikan kelumpuhannya daripada mata rakyat.

Tetapi halangan ini tidak langsung membantutkan aspirasi politik Roosevelt, yang menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-32… dan satu-satunya presiden yang meninggal dunia dalam pejabat White House kerana faktor kesihatan.

RUJUKAN:

Beckman, M. (2003, Oktober 31). Did FDR Have Guillain-Barre? Science.

Smith, J. (2007). FDR. Random House. Halaman 184-185.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

1 Comment

Leave A Reply