Pada 15 Disember 1996, pihak polis telah menangkap suspek bernama Joseph Roy Metheny, juga dipanggil dengan nama Joe Metheny atas kesalahan membunuh seorang mangsa wanita menurut laporan dari kawan Joe sendiri melalui talian panggilan kecemasan serta laporan oleh seorang wanita yang Joe culik. Namun apa yang pihak polis tidak sangka ialah Joe sendiri mengaku kesalahan membunuh seramai 13 orang mangsa yang terdiri dari pelacur dan orang gelandangan.

Lagi drastik, Joe mengaku bahawa daging mangsa yang dia bunuh dijadikan sebagai inti burger, kemudian memberikan makan kepada para pelanggan. Apa yang menjadikan seorang yang bekerja sebagai pembalak ini menjadi seorang pembunuh bersiri yang sanggup berbuat demikian? Adakah disebabkan oleh sejarah keluarganya yang memilukan?

Kisah Hidup Joe Metheny

Joe Metheny. (Sumber: All Thats Interesting)

 

Terlebih dahulu, kita harus mengenali dahulu sejarah hidup Joe Metheny ini. Zaman kanak-kanak Joe sangat pilu. Joe dilahirkan pada 2 Mac 1953 dan keluarganya menetap di kota Essex berdekatan dengan kota Baltimore di dalam negeri Maryland, AS. Bapanya seorang pemabuk dan jarang bersama keluarganya. Ibunya juga jarang tinggal dalam rumah kerana terpaksa menyara 6 orang anaknya dengan pelbagai pekerjaan.

Tidak banyak kisah tentang kehidupan awal Joe. Apa yang ibunya ketahui ialah Joe pernah berkhidmat sebagai Army atau tentera darat AS pada tahun 1973. Ketika itu Joe berusia 19 tahun dan sejak itu dia tidak lagi berhubungan dengan keluarganya. Tamat perkhidmatan, Joe bekerja sebagai pembalak dan juga pemandu trak (gelaran warga AS untuk lori). Dia tinggal bersama teman wanitanya, kemudian mereka mempunyai anak lelaki. Di sinilah tragedi berlaku yang menyebabkan Joe menjadi seorang pembunuh.

Kes Pembunuhan Pertama Joe

Pada tahun 1994, Joe harus memandu dalam jangka masa yang panjang kerana tugasnya sebagai pemandu trak. Kembalinya dia dari bekerja, dia mendapati bahawa teman wanitanya hilang bersama anak lelaki mereka. Joe tahu teman wanitanya itu ketagihan dadah, seperti dirinya juga. Maka, Joe beranggapan bahawa teman wanitanya lari bersama lelaki lain. Joe begitu geram dan memulakan pencariannya di beberapa rumah dia kenal dan di bawah jambatan yang dia tahu pasangannya biasa lepak di situ untuk lepaskan gian.

Apa yang Joe temui hanyalah dua orang lelaki gelandangan yang mengenali teman wanitanya. Apabila ditanya mereka berdua tidak mengetahui keberadaan pasangan Joe. Joe begitu marah sehingga dia sendiri tidak dapat mengawalnya. Dengan sekelip mata kedua-dua orang gelandangan itu ditetak oleh kapak Joe pegang. Seorang saksi iaitu nelayan telah menyaksikan kejadian tersebut. Belum sempat dia laporkan kepada pihak polis, nelayan itu menjadi mangsa tetakan ketiga Joe. Dari sinilah ramai percaya bahawa Joe pertama kali memulakan naluri membunuh.

Setelah Joe kembali berfikir rasional, dia sangat panik kemudian melemparkan ketiga-tiga mangsa ke sungai bagi menghapuskan bukti pembunuhan. Malang tidak berbau, akhirnya Joe ditangkap oleh pihak polis atas pembunuhan tersebut dan dipenjara selama setahun setengah sebelum dibicarakan. Namun begitu, pihak polis gagal menemui sebarang mayat di dasar sungai yang Joe dakwakan yang dia lemparkan mangsanya. Maka, Joe dibebaskan setelah pihak polis ketiadaan bukti bagi sabitkan kesalahannya.

Tentang perkembangan pasangannya, Joe mengetahui bahawa setelah 6 bulan sejak kehilangannya. Teman wanitanya dikatakan bersama seorang lelaki di kota seberang. Lelaki itu dikatakan memaksa pasangan Joe menjual diri demi dapatkan dadah. Pihak berkuasa telah menangkap pasangan ini, kemudian mengambil anak Joe dari teman wanita itu agak anaknya tidak mengalami penderaan.

Bermulanya Kisah Pembunuh Inti Burger

Joe meneruskan pencariannya namun kali ini menggunakan cara yang berlainan. Dia pergi bertemu dengan beberapa orang pelacur yang menjual diri di jalanan, kemudian bertanyakan keberadaan pasangannya. Jika gagal, Joe melempiaskan nafsu dengan membunuh mereka. Setakat ini Joe membunuh dua orang pelacur, namun dia tidak lagi membuang mangsanya di sungai. Joe mempunyai cara yang dikira ‘efektif’ untuk sembunyikan buktinya.

Joe membawa pulang mangsanya dahulu di rumahnya, kemudian mengerat seluruh tubuh mangsa. Daging mangsa yang dikerat kemudian dimasukkan ke dalam bekas makanan Tupperware dan simpan di dalam peti sejuk. Jika peti sejuk itu penuh, dia simpankan bekas tersebut di dalam kontena trak.

Beberapa minggu kemudian, Joe hasilkan isi burger dengan campurkan isi daging mangsanya dengan daging lembu dan babi. Seterusnya, dia menjual inti tersebut dengan membuka alat memanggang dan ber-barbecue di luar rumahnya. Hasilnya ramai pelanggan menjamah isi burger ‘ciptaan’ Joe dan amat berpuas hati. Dia tidak mendapat komen tentang rasa daging yang aneh. Jika permintaan inti burger Joe meningkat, dia melakukan ‘projek’ semula dengan mencari mangsa seterusnya di jalanan. Beginilah cara Joe hapuskan mangsanya dan membiarkan pelanggannya tidak ketahui bahawa isi burger itu ada campuran daging manusia.

Akhir Kehidupan Joe Metheny

 

Joe Metheny ketika ditangkap oleh pihak polis. (Sumber: All Thats Interesting)

 

Pada tahun 1996, Joe Metheny akhirnya ditangkap oleh pihak polis setelah mendapat laporan dari kawan Joe yang mengetahui aktiviti gila Joe ini. Ditambah dengan kes mangsa bernama Rita Kemper yang diculik oleh Joe setelah diumpan dengan pemberian dadah, Joe bakal berada dalam tahanan polis dalam jangka masa yang panjang.

Semasa disoal siasat, Joe membuat pengakuan di mana dia telah membunuh 10 orang mangsa, ditambah dengan pengakuan Joe terhadap pembunuhan 2 orang gelandangan pertama pada tahun 1995, iaitu Randall Brewer dan Randy Piker. Joe juga mengaku atas penbunuhan terhadap dua orang pelacur bernama Cathy Ann Magaziner pada tahun 1994, dan Kimberly Lynn Spicer pada tahun 1996.

Menurut laporan polis, mangsa yang biasa dijadikan sasaran oleh Joe ialah pelacur berkulit putih yang ketagihan dadah heroin dan kokain. Mangsa-mangsa ini juga mengalami serangan seksual dahulu sebelum dibunuh. Di kota Baltimore juga Joe pernah melakukan pembunuhan seramai 3 orang mangsa dan beberapa mangsa juga telah dia lemparkan ke dalam Sungai Patapsco di tengah negeri Maryland. Walau bagaimanapun, pihak polis tidak dapat menemui sebarang bukti berkenaan kes Joe namun mereka tidak dapat mempedulikan pengakuan Joe yang begitu mengerikan.

Pada akhir perbicaraan kes-kes pembunuhan ini, Joe disabitkan kesalahan dan menerima hukuman mati pada tahun 1998. Masuk tahun 2000, hakim mengubah hukuman Joe dari hukuman mati kepada penjara seumur hidup tanpa sebarang parol (dibebaskan melalui kelakuan baik).

Semasa perbicaraan, Joe mengakui bahawa dia seronok melakukan pembunuhan sepanjang dia beraksi. Joe kemudian merasa bersalah atas tindakannya dan membiarkan dirinya dihukum oleh Tuhan. Yang paling Joe menyesal ialah dia tidak dapat membunuh dua orang yang dia berdendam: teman wanitanya dan si perampas. Pada 5 Ogos 2017, pengawal penjara Western Correctional Institution di Maryland mendapati Joe tidak memberi respon di dalam penjara pada pukul 3 petang. Akhirnya Joe Metheny disahkan meninggal dunia ketika berusia 64 tahun. Inilah kisah tragis seorang lelaki pendendam, kemudian bertukar menjadi pembunuh bersiri.

RUJUKAN:

Joe Metheny, The Killer Who Made His Victims Into Burgers – And Sold Them To Unsuspecting Customers. All Thats Interesting. Published on 15 June 2021.

James, Michael (January 13, 1997). “As police sift claims, families seek solace; Serial killings suspect might have slain 10”. The Baltimore Sun.

Jacobson, Joan (November 10, 1998). “Metheny sentencing testimony begins; Jurors hear man confess to strangling prostitute”. The Baltimore Sun. Retrieved April 17, 2019.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply