Kucing merupakan antara haiwan yang sangat berdedikasi melindungi tuannya daripada sebarang marabahaya. Buktinya ada sesetengah kucing yang sanggup berlawan dengan ular ataupun lipan bagi memastikan tuannya selamat. Malah kalau korang kena kacau dengan hantu pun kucing ni akan jadi yang pertama untuk melindungi.

Tapi dekat Jepun ada satu kucing ni unik sikit. Sebab dia telah berjaya selamatkan satu stesen kereta api dekat Jepun ni daripada muflis. Apa yang kucing tu buat sebenarnya?

Pada asalnya kucing yang diberi nama Tama hanya seekor kucing jalanan yang liar dan malang je. Sebab kerja dia cuma tidur dan makan sahaja dekat stesen kereta api Kishi. Sama seperti kucing jalanan yang lain, kehadiran Tama di stesen itu tidak pernah dipedulikan.

Walau bagaimanapun semua itu berubah setelah laluan kereta api mahu ditutup akibat masalah kewangan. Malah kesemua staf yang bekerja di 14 stesen di sepanjang laluan kereta api tersebut telah berhenti. Puncanya adalah sebab syarikat yang menguruskan laluan dan kereta api tersebut tidak mampu membayar gaji.

Situasi itu membuatkan kesemua stesen terutamanya stesen Kishi beroperasi tanpa pekerja. Dekat sinilah nasib kucing jalanan seperti Tama berubah. Sebab setiap kali penumpang keluar daripada kereta api, Tama yang akan menjadi penyambut. Malah Tama mengejar penumpang itu untuk bermanja.

Paling mengujakan sekali adalah Tama merupakan kucing yang pandai beraksi di depan kamera. Bermakna korang hulur je kamera, terus dia tahu nak posing macam mana. Bukan macam kucing korang, masa nak ambil gambar tu lah buat muka buruk. 

Lama kelamaan semakin ramai yang berkunjung ke stesen Kishi hanya semata-mata mahu bertemu dengan Tama. Dalam masa yang singkat, stesen kereta api yang dahulunya dah nak muflis dan sendu, kembali meriah. 

Syarikat yang menguruskan stesen Kishi terus merespon dengan mengambil Tama untuk dibela. Tama telah diberikan makanan dan rawatan secukupnya bagi memastikan kucing itu sentiasa cergas untuk menyambut tetamu. 

Melihat kepada pertambahan penumpang hampir setiap hari, Tama telah dilantik sebagai ketua stesen Kishi yang baru. Tambah lebih menarik lagi syarikat telah menempah uniform dan topi khas buat Tama. Secara tidak langsung semakin ramai penumpang yang akan singgah ke stesen Kishi. Sebab mereka mahu melihat haiwan pertama di dunia yang menjadi ketua stesen.

Aku Tama, kapla Kishi station

Pelantikan tersebut telah memberikan keuntungan kepada stesen Kishi sebanyak RM40 juta. Itu merupakan angka yang di luar jangkaan mereka. Sebab stesen Kishi terletak di luar bandar dan hampir muflis sebab dah tak ada orang nak naik kereta api.

Bagi memuaskan lagi hati pelanggan, syarikat yang menguruskan stesen Kishi telah mengambil inisiatif untuk membina kedai cenderahati bertemakan Tama. Dekat kedai itu bermacam barangan bermotifkan kucing telah dijual. Hampir setiap masa banyak barangan dalam kedai tersebut sold out.

Tidak lama selepas itu, deme telah mengambil keputusan untuk mengubah kereta api menjadi seperti Tama. Bermaksud kereta api tersebut dipenuhi dengan animasi berbentuk Tama untuk hiasan luar dan dalam. Apa yang buat penumpang teruja adalah setiap kali kereta api berhenti di stesen pasti akan terdengar bunyi kucing mengeow. Katanya bunyi itu berasal daripada suara sebenar Tama.

Akhirnya Tama mati juga setelah 16 tahun hidup di stesen Kishi. Kematian Tama telah membuatkan ramai sedih. Sebab sudah tidak dapat lagi melihat telatah kucing tersebut lagi. Biarpun begitu legasi Tama di stesen Kishi tetap diteruskan oleh dua penggantinya. 

Pengantinnya pula kelihatan sama seperti Tama dan nama pun lebih kurang je. Jadi stesen Kishi tidaklah sunyi dan penumpang boleh bermanja dengan pengganti Tama.

Kesimpulannya, setiap benda dekat dunia ini pasti ada fungsinya tersendiri. Seperti Tama yang merupakan kucing jalanan je tapi di akhir cerita mampu selamatkan stesen Kishi daripada muflis. Kalau korang rasa tak berguna, ingat kucing yang tak tentu arah tu pun ada fungsinya kepada dunia.


Alam kehidupan ni sangat menarik. Sebab tu kami terbitkan BIOLOGIA yang bercerita macam-macam pasal haiwan. Jom beli di Shopee: https://bit.ly/biologiashopee

Rujukan 

Goss, R. (2019, Mei 23). The cat who saved a Japanese rail line. BBC. Dipetik daripada https://www.bbc.com/travel/article/20190522-the-cat-who-saved-a-japanese-rail-line

Iwamoto, K. (2018, Ogos 20). Station master Tama the cat remains railroad goddess after her death. Japan Forward. Dipetik daripada https://japan-forward.com/station-master-tama-the-cat-remains-railroad-goddess-after-her-death/

McCurry, J. (2015, Januari 29). Tama the cat: 3,000 attend elaborate funeral for Japan’s feline stationmaster. The Guardian. Dipetik daripada https://www.theguardian.com/world/2015/jun/29/tama-the-cat-3000-attend-elaborate-funeral-for-japans-feline-stationmaster


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply