Rahimah A. Hamid, Saad Othman dan Ahmad Moghni Salbani (edt) dalam bukunya yang bertajuk Rekayasa Kearifan dalam Sastera Melayu menyatakan bahawa Patih Gajah Mada telah mengupah orangnya untuk membμnuh Hang Tuah dalam majlis jamuan dan tari menari yang dianjurkan oleh Majapahit.

Orang Melaka telah dijamu dengan arak dan kebanyakan daripada mereka telah mαbuk melainkan Hang Tuah yang tidak mαbuk kerana beliau mempunyai ilmu untuk menukarkan arak menjadi air biasa. Selepas kebanyakan orang Melaka mαbuk, maka orang upahan Patih Gajah Mada telah bertindak mengamuk dengan membμnuh orang Melaka.

Namun usaha mereka untuk membμnuh Hang Tuah tidak berjaya.  Dalam hal ini ada beberapa isu yang perlu diperjelaskan antaranya ialah kewujudan Patih Gajah Mada. Jika kita menyemak silang dengan pensejarahan Jawa, kita akan mendapati bahawa Patih Gajah Mada  sebenarnya sudah meninggal dunia sejak tahun 1365 sebagaimana yang disebutkan oleh Mpu Prapanca dalam karyanya Negarakertagama.

Walaupun kemαtian Patih Gajah Mada masih lagi misteri namun zaman kewujudan Patih Gajah Mada dengan Hang Tuah adalah berbeza mengjangkau kurang lebih 100 tahun. Jadi pada saya yang dimaksudkan dengan Patih Gajah Mada disini mungkin merujuk kepada Patih Amangkubhumi iaitu jawatan yang sebelum ini pernah dipegang oleh Gajah Mada.

Niat sebenar Mahapatih “Gajah Mada” untuk membμnuh orang Melaka itu tidaklah diketahui namun alasan yang mungkin menyebabkan Mahapatih tersebut bertindak demikian kerana tidak mahu Betara Majapahit merasa kagum dengan Hang Tuah yang dikatakan memiliki pelbagai ilmu sakti. Taming Sari merupakan pengikut setia kepada Mahapatih Gajah Mada. Beliau merupakan seorang patih yang sudah tua tetapi memiliki pelbagai ilmu sakti.

Selain memiliki keris yang terkenal itu, Taming Sari juga merupakan seorang pendekar yang disegani di Majapahit pada waktu itu. Sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan antara Sultan Melaka dengan Raden Mas Ayu, Betara Majapahit telah menganjurkan satu jamuan atau boleh dikatakan sebagai pesta bujang pada hari ini. Orang Melaka telah dijamu dengan arak dan dijemput untuk menunjukkan kepandaian mereka untuk menari.

Semasa pesta jamuan sedang rancak berlangsung, tiba-tiba suasana di tempat pesta riuh rendah dengan suara Taming Sari yang mencabar orang Melaka untuk berlαwan dengannya. Betara Majapahit telah mengarahkan para punggawa untuk menghalau Taming Sari daripada mengganggu majlisnya. Namun kesemua punggawa itu tidak berjaya menghalang Taming Sari daripada mengamuk dan membuat bising.

Apabila melihat keadaan semakin genting dan sudah tidak terkawal, Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Syah (1459-1477) telah mengarahkan Hang Tuah supaya bertindak. Tanpa membuang masa, Hang Tuah telah bertikαm dengan Taming Sari namun walaupun sudah berkali-kali menikam pahlαwan tua Majapahit itu – keris Hang Tuah tetap tidak lut untuk membμnuh Taming Sari.

Tubuh Taming Sari yang kebal dengan senjata itu membuatkan Hang Tuah berfikir bahawa hanya keris Taming Sari sendiri sahaja yang mampu membμnuh pahlαwan tua Majapahit itu. Akhirnya Hang Tuah mendapat akal untuk bertukar keris dengan Taming Sari. Tanpa mengesyaki niat sebenar Hang Tuah, Taming Sari dengan rela hati menukarkan kerisnya dengan Hang Tuah. Apabila Taming Sari semakin penat, Hang Tuah telah mengambil kesempatan untuk menikam Taming Sari tetapi malangnya keris tersebut tertusuk tiang peseban dan tergantung disitu.

Hang Tuah dan Taming Sari berebut cuba mendapatkan keris tersebut dan nasib menyebelahi Hang Tuah apabila beliau berjaya mendapatkan keris tersebut dahulu dan menikam Taming Sari sehingga mαti.

Kemαtian Taming Sari tersebut telah menyelamatkan air muka Sultan Melaka daripada dimalukan oleh Patih Gajah Mada. Betara Majapahit pula, menjadi begitu sayang kepada Hang Tuah dan Sultan Mansur Syah sehinggakan beberapa wilayah Majapahit telah diberikan kepada Melaka selepas diminta oleh mereka.

Antrara wilayah tersebut ialah Inderagiri yang diminta oleh Tun Bijaya Sura, Tungkal dan Jambi diminta oleh Hang Jebat dan Siantan  di minta oleh Laksamana Hang Tuah. Dalam 4 wilayah yang diminta oleh Melaka itu, hanya Siantan sahaja yang Betara Majapahit mahu dipegang oleh Laksamana dan disebabkan itulah Siantan sejak zaman berzaman dijaga oleh Laksamana.

Keris Taming Sari pula telah diberikan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah beserta dengan gelaran Laksamana. Keris Taming Sari pernah terlepas daripada Hang Tuah apabila pernah dicuri oleh Sang Kertaksa atas arahan daripada Patih Gajah Mada. Walaupun begitu, Hang Tuah berjaya mendapatkannya semula dengan menggunakan ilmu sakti yang dimilikinya.

Selepas Hang Tuah dihukum “mαti”, keris ini diserahkan kepada Hang Jebat iaitu Laksamana baharu Melaka namun itu tidak lama kerana keris itu kembali kepada Hang Tuah selepas beliau berjaya mengalahkan Hang Jebat yang kesiangan di istana.

Walaubagaimanapun, semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah, Hang Tuah telah menyerahkan keris kesayangannya itu kepada Sultan Melaka kerana gagal meminang Puteri Gunung Ledang. Keris ini turut dibawa oleh Sultan Mahmud (1488-1511 Masihi) semasa melarikan diri ke Kampar dan kemudiannya diberikan kepada puteranya Sultan Muzaffar Syah iaitu pengasas Kesultanan Perak.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sarjana muda pendidikan sejarah UPSI. Kini mengajar di SM Maahad Pontian Johor. Meminati sejarah Melayu terutamanya berkenaan dengan sejarah kerajaan-kerajaan Melayu.

Leave A Reply