Kalau anda rajin membaca berita dunia, anda akan terbaca isu semasa dunia yang paling hangat sekarang iaitu referendum kemerdekaan ‘Iraqi Kurdistan’ yang bakal diadakan esok (25 September 2017).

Dengan jumlah seramai 30 juta orang, Kurdish merupakan kaum ketiga besar di Timur Tengah selepas Arab (450 juta) dan Parsi (50 juta).

Mereka telah hidup berkurun-kurun lamanya di kawasan pergunungan Anatolia timur yang dikenali sebagai ‘Kurdistan’. Tokoh-tokoh ternama seperti Salahuddin al-Ayyubi, Badiuzzaman Said Nursi dan Syeikh Ramadan al-Buti merupakan orang Kurdish.

Namun begitu, Kurdish tidak mempunyai negara sendiri. Semasa zaman Khilafah Uthmaniyyah (1517-1924), Kurdish diperintah melalui sistem ‘millet’ di mana mereka diberi autonomi.

Seawal permulaan Perang Dunia Pertama (1914-1918), orang Kurdish telah pun berkesedaran nasionalisme untuk mewujudkan negara bangsa sendiri. Mereka menyokong British selepas British berjanji untuk mendirikan sebuah negara Kurdish.

Macam biasa, British telah mungkir janji selepas perang tamat. British lebih mementingkan penciptaan sebuah negara baru yang bernama Iraq untuk memenuhi keperluan petroleum British.

Jadi, wilayah Uthmaniyyah dibahagikan kepada empat negara baru iaitu Turki, Syria, Iraq dan Armenia. Kawasan Kurdistan turut dibahagi-bahagikan dan mereka menjadi minoriti dalam keempat-empat negara baru tersebut.

Kurdish yang kehilangan sokongan kuasa-kuasa besar dimusuhi dan ditindas. Di Turki, kerajaan pusat di Ankara cuba melenyapkan aspek identiti Kurdish seperti budaya, bahasa dan pakaian. Orang Kurdish memberontak dan menubuhkan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) untuk melawan kerajaan Turki sehingga kini.

Di Iraq pula, orang Kurdish ditindas dengan kejam oleh rejim Saddam Hussein. 100,000 orang Kurdish dilenyapkan oleh Saddam dengan senjata kimia. Selepas Saddam ditewaskan dalam Perang Teluk 1991, orang Kurdish di Iraq memperolehi status autonomi (berkerajaan sendiri) dan membentuk kerajaan Iraqi Kurdistan.

Hasrat kemerdekaan Iraqi Kurdistan menjadi semakin tegas selepas ISIS bermaharajalela dari tahun 2014-2016. Orang Kurdish telah ’emboldened’ dengan senjata yang dibekalkan oleh komuniti antarabangsa untuk melawan ISIS, dan ini menyebabkan mereka menjadi semakin kuat dan tidak perlu lagi mematuhi kerajaan pusat Iraq di Baghdad.

Referendum yang diadakan ini merupakan langkah untuk merealisasikan impian orang Kurdish untuk bernegara sendiri. Walaupun ia selari dengan prinsip ‘national self-determination’ dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), namun kesemua kuasa-kuasa besar di Majlis Keselamatan UN (termasuk USA) tidak menyokong referendum ini kerana khuathir ia akan ‘destabilize’ Timur Tengah. Sekiranya Kurdish berjaya, nanti kaum Syiah, Sunni, Assyria, Yazidi dan segala bagai etnik di Iraq pun nak buat referendum, dan ia akan merumitkan lagi keseimbangan kuasa di Timur Tengah.

Yang menariknya, Israel memberikan sokongan padu kepada kemerdekaan Kurdistan. Kerana ‘destabilization’ di Timur Tengah menguntungkan Zionis, malah hubungan dengan Kurdistan boleh digunakan untuk mengucar-kacirkan Iran (musuh utama Israel) yang juga mempunyai populasi Kurdish yang signifikan. Erdogan pula risau referendum ini akan memberanikan orang Kurdish di Turki untuk menuntut kemerdekaan.

Masalah Kurdish ini merupakan satu lagi masalah legasi sempadan ‘artificial’ pasca-penjajahan yang memecah-belahkan etnik setempat. Di Asia Selatan, orang Baloch dipecahkan oleh sempadan Pakistan, Afghanistan dan Iran. Di Asia Tenggara, orang Melayu dibahagikan oleh sempadan Malaysia, Thailand dan Indonesia. Dan Catalonia di Sepanyol juga bakal mengadakan referendum kemerdekaan pada 1 Oktober 2017.

Itulah masalah konflik antara ‘Westphalian sovereignty’ dan ‘national self-determination’ yang masih belum diselesai dalam politik antarabangsa. Yang itu saya cerita lain kali.

Bacaan lanjut:
1. Gerarad Chaliand (ed.), A People Without a Country: The Kurds and Kurdistan (1993, Zed Books).
2. Denise Natali, The Kurds and the State: Evolving National Identity in Iraq, Turkey and Iran (2005, Syracuse University Press).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Leave A Reply