Dalam lipatan sejarah manusia, ada saja doktor dan saintis melakukan apa saja atas nama sains termasuk bereksperimen ke atas diri mereka. Salah seorang daripada ahli kumpulan figura pelik tapi hebat ini ialah seorang pakar bedah bernama Dr Evan O’Neill Kane. Dr Kane menjadi terkenal kerana membuat pembedahan ke atas diri sendiri bukan sekali tetapi tiga kali!

Beliau dilahirkan pada 6 April 1861 dan merupakan salah seorang daripada empat orang anak Mejar Jeneral Thomas L. Kane dan isterinya Elizabeth Denniston Wood Kane. Bapa Kane, Mejar Jeneral Thomas L. terkenal bukan saja kerana mencegah pertempuran antara orang Mormon dengan kerajaan Amerika Syarikat sekitar 1857-1858. Beliau juga merupakan wira Perang Saudara termasuk diberi kenaikan pangkat sebagai Mejar Jeneral di Gettysburg.

Bapa Dr Kane, Mejar Jeneral Thomas L. Kane ialah seorang wira Perang Saudara dan mencegah konflik orang Mormon-kerajaan AS pada tahun 1850-an.

Majoriti karier beliau sebagai pakar bedah di Hospital Kane Summit – sebuah hospital yang diasaskan ibunya yang juga seorang doktor, Elizabeth. Sebagai pakar bedah, Dr Kane merasakan prosedur pembedahan tidak memerlukan anestesia am kecuali jika perlu sahaja – pendirian yang bertentangan dengan doktrin perubatan standard ketika itu. Ini kerana anestesia am jika salah percaturan, ia boleh mengakibatkan pesakit tidak sedarkan diri.

Begitupun, ramai pakar bedah tidak bersetuju dengan pandangan Dr Kane. Lantas, bagi membuktikan idea tersebut boleh dipakai, beliau memilih memotong salah satu jarinya selepas ia dijangkiti kuman pada 1919. Dengan kejayaan prosedur tersebut, ini membuktikan teori Dr Kane bahawa anestesia am hanya digunakan semasa pembedahan jika ada keperluan.

Kemudian pada 1921, beliau diuji untuk melakukan satu pembedahan yang paling mencabar ke atas dirinya: membuang apendiks. Ini berikutan Dr Kane mengalami masalah apendisitis yang kronik ketika itu. Bagaimanapun, perkara ini mudah bagi beliau kerana telah menjalankan lebih 4,000 pembedahan apendektomi sepanjang kariernya sebagai pakar bedah.

Dan ini turut membawa kepada satu lagi teori Dr Kane, sesebuah pembedahan dilihat lebih selamat dan praktikal jika pesakit diberi anestetik setempat. Beliau sebenarnya cuba membuktikan teori ini menerusi pembedahan ke atas pesakit-pesakitnya tetapi dihalang atas alasan doktrin perubatan standard yang diamalkan ketika itu. Lantas, apa lagi cara membuktikan teori Dr Kane dengan melakukan pembedahan ke atas dirinya buat kali kedua.

Pada 15 Februari 1921, beliau menggunakan bantal sebagai penyokong dan cermin sebagai cara melihat kedudukan apendiks semasa pembedahan. Dr Kane kemudian menyuntik dirinya dengan novocaine dan mula membedah dirinya.

Dr Kane membuat pembedahan apendektomi pada 1921. Sumber: Imgur.

Selepas berjaya mengapit saluran darah, beliau berjaya mengeluarkan apendiks sambil berbual dan ketawa dengan para jururawat yang membantunya semasa pembedahan. Setelah itu, luka pembedahan dijahit oleh adiknya yang juga seorang pakar bedah, Thomas. Kejayaan pembedahan tersebut turut dilaporkan dalam akhbar New York Times keesokan harinya.

Tetapi ini bukan kali terakhir Dr Kane membuat pembedahan ke atas dirinya. Pada 1932 semasa berusia 70 tahun, beliau terpaksa membuat pembedahan ke atas hernia inguinalnya selepas cedera di bahagian berkenaan enam tahun lepas. Kecederaan itu dialami semasa Dr Kane keluar menunggang kuda.

Walaupun berisiko merosakkan arteri femoralnya, beliau masih mampu melawak sepanjang pembedahan yang berlangsung selama 50 minit. Keesokan harinya, Dr Kane kembali bertugas sebagai pakar bedah. Bagaimanapun, beliau meninggal dunia beberapa bulan kemudian akibat pneumonia.

Salah seorang doktor yang membedah driinya selepas Kane ialah Dr Leonid Rogozov pada 1961 di Antartika. Sumber: Vladislav Rogozov

Sejak itu, wujud kes di mana doktor membuat pembedahan ke atas diri sendiri atas sebab tertentu. Misalnya pada 1961, Dr Leonid Rogozov terpaksa membuat pembedahan apendektomi ke atas dirinya dengan bantuan seorang mekanik dan ahli meteorologi. Pembedahan apendektomi beliau dianggap mencabar kerana dibuat di stesen penyelidikan Kesatuan Soviet di Antartika dengan Rogozov satu-satunya doktor yang bertugas di situ.

Lebih 20 tahun kemudian, Dr Ira Kahn terpaksa melakukan pembedahan ke atas diri sendiri pada 1986. Tidak seperti Dr Kane yang melakukannya atas sebab eksperimen perubatan, pembedahan ini dibuat atas sebab kecemasan selepas beliau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Tidak mahu mengambil risiko, Kahn melakukan pembedahan dalam keretanya.

RUJUKAN

Clancy, CJ. (2022, 26 Januari). Dr. Evan O’Neill Kane: Irish American surgeon famous for self-surgery. Irish Central.

Felton, J. (2022, 31 Mei). The Doctor Who Performed Three Major Surgeries On Himself. IFLScience.

Reilly, L. (2018, 17 September). The Surgeon Who Removed His Own Appendix. MentalFloss.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply