Kisah Banjir Besar Di Nusantara

0
3003
views

Kisah banjir besar bagi kita amat sinonim dengan Nabi Nuh. Ini kerana ianya merupakan kisah yang termaktub dalam teks-teks suci agama Abrahamaic. Namun, sepertimana yang termaktub dalam sejarah, setiap bangsa memiliki kisah banjir besar versi tersendiri. Sama ada tamadun Mesopotamia, Mesir Kuno, Indus, China, Yunani, Rome dan lain-lain.

Mungkinkah manusia di Nusantara juga memiliki versinya yang tersendiri? Apa yang al-Faqir temui melalui pembacaan, terdapat satu kisah menarik yang menggarap beberapa kisah masyhur untuk dijadikan sebuah lagenda. Ianya merupakan lagenda bagi suku kaum Temuan.

Jetpack Langkawi

Suku kaum Temuan merupakan orang asli dari puak Melayu Proto yang terdapat di Pahang, Selangor Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Suku Temuan merupakan suku keempat terbesar di dalam hierarki kaum Orang Asli di mana jumlah mereka adalah seramai kira-kira 10,000 orang di Semenanjung Malaysia. Mereka mengamalkan adat resam yang menyamai orang Melayu.

Al-kisahnya, ribuan tahun yang lampau, ramai manusia dari suku kaum Temuan mati kerana telah melakukan suatu dosa. Dosa ini menyebabkan kemarahan Tuhan dan nenek moyang mereka. Tuhan menurunkan bala berupa banjir besar yang menenggelamkan semua pendosa. Hanya dua orang sahaja yang terselamat iaitu Mamak dan Inak. Ini kerana mereka menaiki kayu Gaharu di “Gunung Raja” dan sentiasa melazimi suatu bacaan agar terselamat.

Gunung yang diperkatakan ini kini terletak di sempadan Selangor dan Pahang. Menurut lagenda, “Gunung Raja” ini akhirnya menjadi tempat asal usul suku kaum ini. Dari pasangan Mamak dan Inak inilah berkembang biaknya lagi suku kaum Temuan. Gunung ini dianggap suci oleh mereka kerana selain kisah yang disebutkan di atas, gunung ini juga dikatakan sebagai tempat roh nenek moyang mereka yang telah mati berkumpul sebelum menuju ke “Pulau Buah”.

Menurut lagenda lagi, di gunung ini juga terdapat satu makhluk aneh. Makhluk ini serupa juga dengan manusia biasa. Tetapi dia mempelajari ilmu sihir lalu menjadikan dia seorang yang bertubuh besar dan berbulu lebat. Dia juga sudah tidak boleh berhubung dengan manusia lagi. Mereka gelar makhluk ini sebagai “Hantu Pemburu”. Makhluk ini sungguh menakutkan bagi suku kaum Temuan. Dan orang tua suku kaum ini sentiasa memperingatkan generasi muda mereka untuk tidak mempelajari ilmu yang tidak bermanfaat agar tidak dihukum sedemikian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.