Nama Bala’am pernah disebutkan dalam kisah sebelum ni yang mana doanya kepada Nabi Musa (as) membuatkan beliau hanyut dalam kebinasaan. Kisah Bala’am yang berbangsa Bani Israil ini pernah juga disebutkan di dalam Kitab Bible tentang keldainya yang bercakap.
Orang Bani Israil nak memasuki negeri Kanaan. Pada waktu itu, Balak, raja Kerajaan Moab takut dengan Bani Israil. Beliau hantar utusan untuk jumpa Bala’am. Dia suruh Bala’am doakan benda buruk pada orang Israil dan janji nak bagi banyak duit. Bala’am membawa keldainya memulakan perjalanan berjumpa dengan Balak.
Tuhan tak nak Bala’am kutuk umat-Nya. Oleh itu, dihantar satu malaikat memegang pedang untuk berdiri tengah jalan menghalang Bala’am. Bala’am tak nampak malaikat tu, tetapi keldai dia je nampak. Keldai Bala’am pun cuba elak malaikat tu. Akhirnya, keldai tu duduk tengah jalan dan tak nak bergerak. Bala’am marah lalu pukul keldainya dengan kayu.
Terus Tuhan bagi Bala’am dengar apa yang keldainya cakap. Keldainya bertanya, “Dah kenapa tuan pukul saya? Apa yang saya buat?”
“Kau buat aku nampak macam orang bodoh,” kata Bala’am. “Kalau aku ada pedang, mampus kau aku kerjakan!”
“Pernah ke saya buat tuan macam ni?” tanya keldai itu lagi.
“Tak,” jawab Bala’am.
Selepas itu, Tuhan buka hijab Bala’am bagi nampak malaikat yang tengah berdiri tengah jalan sambil pegang pedang. Malaikat tu kata, “Kenapa kau pukul keldai kau? Aku yang menghalang perjalanan kau sebab kau tak patut pergi kutuk orang Israil. Kalau keldai kau tak elak aku, aku dah bunuh kau dulu, tapi aku takkan cederakan keldai kau.”
Bala’am kata, “Aku dah berdosa. Aku tak tahu tuan yang berdiri di hadapan untuk menghalang aku.” Malaikat itu izinkan Bala’am pergi, dan Bala’am teruskan perjalanannya berjumpa dengan Balak. Bala’am masih cuba kutuk Bani Israil. Tapi, Tuhan buat Bala’am memberkati orang Bani Israil sebanyak tiga kali.
Oleh: Azizul Farhan
…
Kita boleh menyingkap helaian sejarah Yahudi dan Bani Israil di dalam KITAB TAMADUN YAHUDI. Dapatkan di Shopee kami: https://bit.ly/3MkDT6b