Seperti biasa, pasti akan ada pihak pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan ke atas tabung Haji dengan melakukan fitnah dan serangan yang tidak berasas. Selain itu, terdapat juga beberapa pihak cuba meyakinkan rakyat di Malaysia ini bahawa Tabung Haji ini tidak mempunyai imej yang baik. Walaupun serangan yang dilakukan bukanlah fakta, tetapi secara tidak langsung boleh memberi impak kepada pendeposit.

Tabung Haji tidak pernah cuba lari daripada fokus mereka iaitu mengekalkan dan menambah baik servis perkhidmatan haji kepada jemaah di malaysia. Di samping itu, Tabung Haji juga memfokuskan kepada pelaburan yang boleh memberi keuntungan dengan mengikut prinsip prinsip Islam yang telah ditetapkan. Jadi Tabung Haji tidak akan melayan fitnah yang sama berulang kali setelah penjealsan dilakukan pada sebelumnya.

Tabung Haji mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk ditanggung seperti menguruskan organisasi mereka demi kebaikkan para pendeposit. Tabung Haji juga berpegang kepada tiga prinsip iaitu intergriti, akauntibiliti, dan juga ketulusan. Tambahan pula Tabung Haji menjalankan pelaburan yang selaras dengan dasar Alokasi Aset Strategik iaitu pendapatan tetap, ekuiti, hartanah dan pasaran tunai. Tabung Haji juga menekankan kepada sektor pelaburan jangka masa panjang supaya pendapatan yang dijana adalah berulang dalam kadar maksima serta daya tahan risiko.

Daripada untung pelaburan itu semua datangnya dana untuk Tabung Haji membiayai subsidi kepada jemaah haji Malaysia setiap tahun. Kos subsidi untuk tahun ini juga turut meningkat disebabkan kos yang semakin menaik. Jadi, Tabung Haji akan sentiasa berusaha untuk mencari keuntungan daripada pelbagai sektor yang telah dilaburkan.

Oleh sebab itu, tindakan yang kurang bermoral daripada beberapa pihak ini boleh dikatakan hanya cuba menjatuhkan imej Tabung Haji untuk kepentingan sendiri. Para pendeposit juga harus tahu bawaha konsep simpanan di tabung haji menggunakan wadiah yad dhamanah, seperti termaktub jika pendeposit ingin keluarkan duit tidak akan ada masalah.

Selain itu, tujuan dan niat kita menyimpan di Tabung Haji juga harus dibetulkan. kita perlu memfokuskan kepada ingin menunaikan rukun Islam di samping mengejar keuntungan daripada simpanan. Walaupun begitu, Tabung Haji akan sentiasa berusaha untuk memberikan hibah sejajar dengan nilai keuntungan yang diperoleh.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan dalam bidang perbankan dan kewangan islam. Atlet kebangsaan untuk sukan esports. Menjadi juara Asia Tenggara 3 tahun berturut turut.

Leave A Reply