Pada 31 Disember 2000, seluruh Jepun digemparkan dengan berita pembμnuhan sebuah keluarga di Setagaya, Tokyo. Mangsa iaitu Mikio Miyazawa (suami, 44 tahun), Yasuko Miyazawa (isteri, 41 tahun), Niina Miyazawa (anak, 8 tahun) dan Rei Miyazawa (anak, 6 tahun) di bμnuh oleh seseorang ketika suspek menceroboh rumah mangsa di malam hari.

Namun apa yang menghairankan adalah suspek dikatakan duduk beberapa jam di rumah mangsa sebelum meninggalkan lokasi kejadian dan menghilangkan diri. Sehingga ke hari ini, beberapa siri penyiasatan dijalankan masih tidak menjumpai siapa perlakunya.

Kesemua mangsa ditemui oleh Setsuko (ibu kepada Yasuko) dalam keadaan menyayat hati. Mikio, Yasuko dan Niina ditemui dengan kesan tikaman dibadan manakala Rei ditemui dengan kesan cekik di lehernya. Tokyo Metropolitan Police Department (TMPD) menyimpulakan kesemua mangsa meninggal dunia pada 30 Disember pukul 11.30 malam.

KRONOLOGI KES PEMBμNUHAN

Menurut polis, suspek dipercayai memecαh masuk rumah mangsa melalui tingkap bilik air di tingkat dua. Suspek kemudiannya ke bilik Rei dan mencekik Rei sehingga mαti. Mikio yang terdengar sesuatu yang mencurigakan bergegas ke bilik Rei dan mendapati suspek di bilik tersebut. Mikio bergelut dengan suspek dan sempat mencederαkan suspek sebelum Mikio ditikαm di kepala oleh suspek menggunakan pisau pemotong sashimi. Pisau tersebut malangnya patah dan tertanam dalam kepala Mikio.

Suspek kemudian menyerαng Yasuko dan Niina menggunakan pisau yang patah sebelum menggunakan pisau dapur. Namun apa yang menghairankan, suspek sempat duduk di rumah mangsa 2 hingga 10 jam sebelum menghilangkan diri. Bukan itu sahaja, suspek sempat menggunakan tandas, merawat luka kesan dari penggelutan dengan Mikio, mencuri duit mangsa dan tidur di sofa ruang tamu di tingkat dua.

Gambar 1 menunjukkan kronologi dalam bentuk gambar. Sumber: Tokyo Metropolitan Police Department (TMPD)

                                         

PENYIASATAN

Kes ini merupakan antara kes pembμnuhan besar dalam sejarah Jepun dengan penglibatan lebih kurang 246,044 penyiasat yang sudah mengumpulkan lebih kurang 12,545 bahan bukti. Walaubagaimanapun, suspek meninggalkan jejak antaranya pisau, mafla, beg sandang, sweater, jaket, topi, glove, kasut dan dua sapu tangan.

Gambar 2 menunjukkan antara bahan bukti milik suspek Sumber: Tokyo Metropolitan Police Department (TMPD)

Melalui jejak yang ditinggalkan polis berjaya mendapatkan DNA dan cap jari suspek. Hasil kajian mendapati suspek mempunyai ketinggian 170 cm dengan bentuk fizikal yang kurus. Polis juga menganggarkan suspek lahir di antara tahun 1965 hingga 1985 (15 hingga 35 tahun umur suspek pada hari kejadian). Suspek bertangan kanan dan berdarah jenis A. Suspek juga berkemungkinan mempunyai darah campur (ibu keturunan Eropah manakala bapanya keturunan Asia Timur).

Gambar 3 menunjukkan ciri-ciri suspek di dalam poster untuk maklumat orang ramai. Sumber: Tokyo Metropolitan Police Department (TMPD)

Walaupun pelbagai bahan bukti ditemui, pihak polis masih gagal menangkap suspek. Disebabkan oleh statute of limitations kes ini digugurkan pada tahun 2010. Namun begitu, pada tahun 2015 dilaporkan seramai 40 orang penyiasat ditugakan untuk mengendalikan kes ini dan pada tahun 2019 seramai 35 orang penyiasat masih ditugaskan dalam kes ini.

Pada tahun yang sama juga TMPD mengumumkan bahawa rumah mangsa akan dirobohkan atas alasan usia dan risiko untuk runtuh disebabkan bahan dalam rumah mula mereput. Tindakan itu dibantah oleh orang ramai termasuk ahli keluarga mangsa. Sehingga ke hari ini masih belum bukti baru yang menjurus kepada penangkapan suspek.

Artikel dikirimkan oleh Afiq Jeff untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply