Kerajaan Chakri Atau Kerajaan Rattanakosin?

0
909
views

Raja-raja Sukhothai adalah daripada dinasti Phra Ruang… Sukhothai tu nama tempat, juga nama kerajaannya.

Raja-raja Rattanakosin pula adalah daripada dinasti Chakri… Rattanakosin tu nama tempat, juga nama kerajaannya.

Artikel hari ni nak cerita apa itu Rattanakosin sebenarnya dan kenapa adalah tak tepat dipanggil kerajaan Chakri (walaupun taklah salah yang fatal).

Soalan utama, kenapa dinasti Chakri sepatutnya dipanggil kerajaan Rattanakosin?

Sebabnya, Rattanakosin ini nama kota yang dibina khas di tengah Bangkok dan menjadi pusat pemerintahan raja-raja dinasti Chakri. Ramai yang tak tahu fakta ni, sebenarnya Rama I iaitu raja Chakri yang pertama obses dengan kota Ayutthaya yang dikelilingi air, seperti sebuah pulau. Jadi apa yang Rama I suruh buat bila dia naik takhta? Bina terusan/sungai buatan keliling satu kawasan yang luas, kawasan yang bakal menjadi kota Rattanakosin ni.

Sebab itulah ada perkataan ‘ko’ yang bermaksud pulau, Koh Samui, Koh Lipe, Koh Phangan, samalah tu maksudnya… nampak tak?

Waqaf Saham

Bijak sebenarnya Rama I ni sebab terusan ini juga bertindak sebagai penampan daripada serangan musuh, bukan saja-saja dia buat. Rama I ni pun ada pengalaman ketenteraan yang luas, kerana dia adalah jeneral perang Raja Thaksin sebelum tu, bukan calang-calang orangnya dia ni.

Kota Rattanakosin ni dibina dengan darah dan airmata. Seramai 10,000 orang tahanan perang Khmer dan seramai 5, 000 orang tahanan perang Lao dari Vientiane dibawa ke sini dan dikerahkan tenaga mereka, sama lagaknya dengan tentera Jepun yang membawa tahanan perang British ke Burma untuk membina landasan kereta api maut.

Ada 14 menara tinjau dibina oleh tahanan ini namun, hanya dua sahaja yang tinggal kini, iaitu Pom Mahakan dan Pom Phrasumane. Batu-bata sisa runtuhan kota Ayutthaya yang dimusnahkan oleh kerajaan Konbaung Burma dihanyutkan ke hilir Sungai Chao Phraya dan digunakan kembali untuk membangunkan Rattanakosin dan Bangkok.

Satu lagi fakta menarik tentang orang Tai ni, mereka suka bagi nama gah-gah pada benda-benda yang mereka banggakan. Oleh sebab itu, nama Bangkok sebenarnya panjang…. panjang sangat, iaitu;

‘Great city of angels, the supreme repository of divine Jewels, the great land unconquerable, the grand and prominent realm, the royal and delightful capital city full of nine noble gems, the highest royal dwelling and grand palace, the divine shelter and living place of reincarnated spirits’.

Orang Tai pada mulanya memanggil kota ini sebagai Krung Thep atau ‘City of Angels’ tetapi orang Portugis memanggilnya Bangkok pada abad ke-16. Nama Bangkok ini lekat sampai sekarang!

Akhir kata, gunalah kata gelar kerajaan Rattanakosin apabila membicarakan tentang ‘kerajaan’ Chakri ini, sepertimana kita menggelar kerajaan Sukhothai dan bukan ‘kerajaan’ Phra Ruang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.