Kepungan Jerusalem (70 Masihi): Pemberontakan Yahudi Yang Mengorbankan Sejuta Nyawa

0
2211
views

Gabenor Rom di Judea ketika itu, Gessius Florus telah menaikkan cukai menjadi terlalu membebankan di Judea, yang tidak dipersetujui oleh orang Yahudi. Apabila orang Yahudi tidak mahu menjawab cukai, maka tentera Rom ketika itu telah memasuki kuil-kuil orang Yahudi di Jerusalem (Baitulmaqdis) dan merampas segala asset kekayaan yang dimiliki oleh kuil-kuil Yahudi. Dalam insiden rampasan ini, nyawa 6000 orang Yahudi juga terkorban.

Ini membawa kepada amukan orang Yahudi ketika itu, dan tentera-tentera garrison Rom yang berjumlah 30, 000 orang itu diserang secara mengejutdan memaksa mereka berundur dari siktu. Ribuan tentera Rom juga terbunuh dalam serangan orang Yahudi ini, bahkan para Yahudi ini telah merampas senjata dan segala kelengkapan pertahanan untuk digunakan oleh militia yang baru ditubuhkan oleh orang Yahudi.

Ini telah membuatkan Maharaja Nero ketika itu menghantar salah seorang jeneral perang Rom dibawahnya bernama Vespasian memimpin ketumbukan tentera Rom. Strategi Vespasian ketika itu ialah dengan menakluk kota-kota kecil disekitar Jerussalem terlebih awal sebelum barulah menyasarkan pada Jerusalem. Namun lain pula yang berlaku, di Rom, Nero telah digulingkan manakala Vespasian pula terpaksa pulang untuk ditabalkan sebagai maharaja Rom yang seterusnya. Untuk menyelesaikan misinya yang tertangguh, Vespasian menghantar anak lelakinya bernama Titus untuk mengetuai lebih kurang 70, 000 orang tentera Rom untuk mematahkan pemberontakan Yahudi.

Pengepungan dan penaklukan kota Jerusalem bukanlah sesuatu yang mudah buat Titus. Betapa orang Yahudi yang diramalkan angka mereka dalam sekitar 10, 000 orang begitu kuat mempertahankan Jerusalem. Lagi-lagi pertahanan kota Jerusalem itu sendiri yang sangat ampuh. Selain dilindungi oleh tiga jenis tembok berserta pertahanan semula jadi seperti bukit bakau yang mengitarinya, ia mengambil masa berbulan-bulan untuk penaklukan Jerusalem itu sendiri.

Selepas berjaya menembusi dua tembok kota Jerusalem, tinggal sebuah tembok dan kubu sahaja. Namun, usaha untuk menembusi tembok yang ketiga sangat mengorbankan nyawa dan masa. Lagipun kepungan ini akan memakan masa kerana betapa bekalan tetap memasuki Jerusalem. Ini membuatkan Titus terpaksa membina tembok kepungan sendiri diluar tembok terakhir Jerusalem. Namun, penduduk Yahudi didalamnya tetap berdegil bertahan membuatkan. Senjata kepungan dan juga mesin seperti ram tidak dapat menghancurkan kota. Bahkan banyak nyawa tentera Rom yang terkorban.

Menyedari bahawa kekerasan tidak akan mampu meruntuhkan kedegilan orang Yahudi, Titus pun menukar starteginya. Dihantarnya tentera rerbaiknya yang berfungsi untuk menyelinap masuk pada waktu malam ke dalam Jerussalem dan melakukan serengan mengejut. Ini menyebabkan tembok ketiga berjaya ditembusi juga akhirnya pada bulan Julai.

Waqaf Saham

Namun, ketika tentera Rom mula menyerbu masuk ke dalam kubu, Titus yang mahu menyelamatkan kuil tersebut dan menukarkan tempat penyembahan berhala Roman tidak kesampaian apabila ada tentera yang melontarkan obor api ke dalam kuil sekaligus api mula membakar kuil Yahudi. Namun, serangan tetap berlangsung di segala sudut kota tersebut, dan pertarungan berterusan selama tiga bulan sehinggalah pada bulan September, barulah seluruh bahagian kota berjaya ditakluki secara penuh. Laporan sejarah mengatakan bahawa nyawa yang terkorban mencecah sehingga 1 juta orang untuk kedua-dua pihak termasuklah nyawa orang awam. 97, 000 orang Yahudi pula ditangkap dan dijadikan hamba oleh Rom.

Namun, terdapat sebuah kubu gunung yang tetap bertahan di Masada. Mereka di dalam Masada lebih kental untuk ditundukkan. Rom dikatakan mengambil masa sehingga 3 tahun untuk menakluk Masada dengan pelbagai cara hanya mendapati bahawa para pemberontak yang bertahan di tembok tersebut, telah membunuh diri bersama dengan ahli keluarga mereka seperti anak-anak dan isteri, hanya mahu mengelakkan daripada menjadi tawanan.

Rujukan:

William Mclaughlin. (2017) Great Sieges: Jerusalem (70 CE) – One Million Lives Lost In 8 Months Of Combat. War History Online

Ralph Peters (2017) The Great Siege of Jerusalem. History Net

A.D. 70 Titus Destroys Jerusalem. Christian Today.

The Romans Destroy the Temple at Jerusalem, 70 AD. Eye Witness To History

Previous articleFAQ Tentang Isu Trump Isytihar Jerussalem Ibu Negara Israel
Next articleAdolf Eichmann: Arkitek ‘Penyelesaian Terakhir’
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.