Kepercayaan Mistik Masyarakat Russia

0
1430
views

Dunia tidak dapat lari daripada kepercayaan seperti hantu. Sejauh mana keterbukaan minda rakyat di Barat, mereka masih lagi takut akan pengalaman paranormal. Begitu juga dengan golongan yang menetap di Rusia, Ukraine, Belarus dan negara-negara pasca-Soviet. Dan sama seperti ramai yang lain, mereka berpegang bahawa hantu terjadi akibat manusia dibunuh atau membunuh diri, ataupun mati terlalu muda.

Gereja Ortodoks Rusia mempercayai bahawa roh manusia akan berkekalan di Bumi selama 40 hari selepas mati. Jadi ramai yang mempercayai bahawa mereka menjadi hantu dalam jangkamasa tersebut. Tetapi ada juga berpegang bahawa beberapa hantu yang lain akan berkekalan jauh lebih lama.

Hantu paling utama mereka geruni ialah Rusalka. Etimologi nama ini datang daripada Slavik Timur, yang bermaksud “budak berambut merah”. Rusalka juga wujud dalam kebudayaan Slovakia, Republik Czech dan Poland dibawah nama “Vila”.

Secara amnya, Rusalka bukannya seorang hantu yang biasa. Rusalka ialah sebuah lagenda yang telah berlegar sejak ratusan tahun dahulu. Bermula dengan seorang budak perempuan yang lemas, Rusalka kini menghantui air-air berdasarkan kepercayaan mistik kebudayaan yang dikatakan. Rusalka akan menggoda teruna-teruna untuk berenang, dimana dia akan mengikat kaki mereka dengan rambutnya dan akhirnya – melemaskan mereka, sambil ketawa.

Roh mangsa-mangsa lemas dipercayai akan berkekalan bersama Rusalka. Ada juga satu kisah Rusalka diperangkapkan dalam bulatan ritual. Rusalka diikat untuk membuat kerja perladangan, tetapi berjaya melarikan diri dan kembali ke sungai. Sehingga 1930-an, rakyat Rusia akan menyambut Minggu Rusalka (minggu pertama bulan Jun), minggu Rusalka paling kuat. Tiada siapa berani berenang, dan pada hujung minggu, Rusalka akan dihalau dengan salib, bawang putih, kemenyan, azimat-azimat dan lagu-lagu tertentu. Barulah sungai akan dianggap selamat.

Rusalka juga dipercayai roh anak luar nikah yang dilemaskan dalam sungai. Menurut kepercayaan ini, Rusalka akan merayau di anak-anak sungai hutan, memohon untuk mendapat pembaptisan. Dan Rusalka juga mampu menyerang sesiapa yang mengganggunya, walaupun permohonan ini berbunyi terdesak.

Selain daripada Rusalka, Domovoi juga ditakuti ramai – hantu yang berlegar di kawasan ketuhar atau tempat perapian. Domovoi tidak akan keluar daripada rumah, dan logiklah dengan maksud namanya iaitu “rumah”. Ia akan menjelma dalam bentuk lelai yang kecil dan kadangkala berbulu lebat… dan ia juga mampu menjelma dengan rupa paras pemilik rumah.

Waqaf Saham

Domovoi akan menjaga rumah dan harta benda – kadangkala tolong membuat kerja rumah. Sesetengah keluarga akan meninggalkan susu dan roti untuk santapan domovoi. Tetapi domovoi juga berani bermain gurauan seperti menggerakkan benda, atau merosakkannya, terutamanya jika diejek atau diganggu, ataupun jika keluarga meninggalkan rumah dalam keadaan berselerak.

Salah satu tempat paling berhantu di Rusia ialah tidak lain tidak bukan Kremlin sendiri. Disinilah pelbagai perkara buruk berlaku. Hantu Ivan III Vasilyevich pernah dilihat berawang-awangan di menara loceng.

Apabila hantu Ivan dilihat, selalunya ia menandakan bencana yang menanti. Bukan Ivan III sahaja yang ada. Roh Paul I yang dibunuh pada 1801 masih lagi menghantui Istana Mikhailovsky di Saint Petersburg. Paling peliknya, hantu Vladimir Lenin pun disebutkan pernah dilihat di kawasan Kremlin pada tahun 1923. Apa yang pelik ialah… Vladimir Lenin sebenarnya mati pada tahun 1924. squint emoticon

Pengunjung-pengunjung Kremlin juga perlu mengawasi sekeliling semasa menziarahi tempat ini. Apabila keadaan mula menjadi sejuk, ketahuilah bahawa roh Joseph Stalin sedang mendampingi kita. Berasal dari Georgia, Joseph Stalin membunuh jutaan rakyat daripada 1924-1953. Kesemua mangsanya ialah golongan politik, mangsa kem-kem buruh kasar dan Holodomor.

Beberapa hantu-hantu lain juga dipercayai ‘menakluki’ Kremlin kerana ia dibina di ataa sebuah perkuburan lama. Entah bagaimana Vladimir Putin mampu berkhidmat daripada Kremlin. Agaknya hantu pun takut kepadanya, mungkin – dan mana tahu hantu pun sedang menyusun propaganda anti-Putin agar dapat beroperasi. tongue emoticon

Berdasarkan testimoni pelancong sendiri, Rusia mempunyai beberapa kepercayaan kepada ahli-ahli sihir. Seorang pelancong Amerika Syarikat mengunjungi Tula pada tahun 1883 dan melihat satu kejadian yang pelik. Di sebuah perkampungan kecil, wanita-wanita sana mendapati ternakan mereka kerap mati, mempercayai bahawa ini ialah buatan sihir. Jadi mereka memburu tukang sihir dengan memakai pakaian dalaman (slip), membuka ikatan rambut dan membajakkan bulatan di kampung.

Sesiapa yang memasuki bulatan ini akan didakwa sebagai tukang sihir. Seorang lelaki akhirnya masuk, dan wanita-wanita itu hampir membelasahnya sampai mati. Bukan saja dibelasah, lelaki itu pula tidak dapat membuktikan dirinya bukan tukang sihir… kerana dia mabuk.

— AFDS —

Previous articleKesan Rokok Pada Kandungan Wanita
Next articleRaja-Raja Melayu Paling Lama Memerintah Dalam Sejarah
Meskipun sibuk dengan perniagaan restoran, Ahmad Faezal tetap merupakan pengikut setia astronomi, geologi dan sejarah yang telah menjadi sebahagian daripada minat bervariasi beliau. Beliau juga mengimpikan bahawa dalam masa seratus tahun, bangsa Melayu mampu melibatkan diri dalam bidang aeroangkasa, seiringan dengan bangsa-bangsa lain. Namun, asas kepada kejayaan ini terletak kepada empat huruf utama iaitu ILMU.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here