Bagi kebanyakan haiwan dari gajah dan buaya hinggalah dolfin dan jerung, membesar tidak menjadi satu isu. Tetapi ia merupakan perkara berbeza bagi sesetengah haiwan seperti ular, labah-labah tarantula dan ketam. Justeru, satu-satunya cara untuk mereka membesar ialah dengan menyalin kulit.

Bagi spesies artropod, struktur rangka luar (exoskeleton) bukan sekadar menyokong badan mereka. Malah, ia turut melindungi mereka daripada menjadi makanan mudah haiwan pemangsa. Rangka luar (exoskeleton) ini boleh datang dalam pelbagai bentuk atau saiz tetapi kebanyakannya dibuat daripada bahan yang sama iaitu kitin (chitin).

Apabila artropod ini sudah bersedia untuk membesar, proses ekdisis (ecdysis) bermula. Lapisan luar rangka luar (exoskeleton). kutikel dan lapisan di bawahnya iaitu epidermis akan membentuk gantian kutikel baru. Artropod ini akan menghela lebih banyak udara bagi mengalihkan cairan ke seluruh badan dengan tujuan memecahkan sutur, bahagian rangka luar (exoskeleton) yang paling lemah.

Haiwan artropod seperti kumbang terdedah kepada bahaya sebaik selesai bersalin kulit. Ini disebabkan rangka luarnya masih belum keras dengan proses kadang-kadang mengambil masa berhari-hari.

Lipas misalnya mengambil masa selama 20 minit untuk proses ekdisis (ecdysis). Tetapi proses salin kulit juga dianggap proses merbahaya kerana ia mendedahkan haiwan sebegini sebagai sasaran mudah haiwan pemangsa. Ini kerana rangka luar (exoskeleton) artropod baru mengambil masa berhari-hari sebelum ia menjadi keras.

Berbeza pula dengan hidupan krustasea akuatik seperti ketam. Bagi membantu ia membesar, air akan dibiarkan masuk dalam badan bagi memberi tekanan kepada kelim yang berada di sekeliling badan mereka. Ini membantu hidupan ini menolak keluar cangkerang lama mereka. Lantas, bukan sesuatu yang asing melihat serpihan kulit kosong krustasea seperti ketam bertaburan di pantai – kesan proses penyalinan kulit yang dialami hidupan-hidupan ini.

Bagi spesies araknid pula seperti kala jengking dan labah-labah, mereka tidak mempunyai badan yang lentur untuk mengeluarkan kulit mereka. Jadi, solusi mereka ialah memecahkan kepala dan menarik keluar semua isi yang ada dalam cangkerang mereka.

Peminat kartun pasti tergelak melihat kerenah kura-kura keluar dari cangkerang mereka untuk apa-apa aktiviti harian seperti mandi atau makan. Tetapi hakikatnya, cangkerang haiwan sebegini merupakan sebahagian daripada rangkanya dengan 50 tulang disusun Penciptanya sehingga membentuk reka bentuk geometri yang unik.

Pada bahagian atasnya ialah skut, plat-plat yang bertindih dan diperbuat daripada keratin. Kura-kura akan membuang skut bagi membolehkan cangkerangnya bertambah besar dan membuang alga pada cangkerang. Bagaimanapun, menurut Profesor Emeritus Whit Gibbons dari Universiti Georgia, tidak semua jenis haiwan ini membuang skut dan jika ada, tempoh pembuangannya berbeza-beza.

Bagi reptilia seperti ular dan cicak, proses salin kulit kerap berlaku terutama semasa mereka masih kecil. Sebelum proses salin kulit berlaku, kulit haiwan-haiwan ini akan berubah warna kepada warna suram dan penglihatan mereka kabur. Apabila kulit lama dirasakan terlalu sempit atau tegang, itu merupakan masa terbaik untuk proses salin kulit bermula.

Spesies ular boleh dikenalpasti menerusi kulit lama mereka yang dibuang.

Kebiasaannya, haiwan reptilia ini akan menggaru badan atau kepala pada benda kasar seperti batu atau tunggul kayu bagi menghasilkan lubang pada kulit lama mereka. Apabila kulit tersebut pecah, ia akan merangkak keluar daripada kulit lamanya. Semasa proses ini berlaku, reptilia ini akan bersembunyi dalam persekitaran lembap. Sebaik proses ini selesai, warna kulit baru cicak dan ular akan menjadi lebih terang dan ceria.

Terdapat beberapa manfaat di sebalik proses salin kulit ini. Salah satunya ialah membuang ektoparasit daripada badan. Misalnya, apabila cicak Australia bersalin kulit, ini membantunya membuang hama daripada badan. Ada pula yang makan kulit mereka selepas bersalin kulit seperti katak dan sesetengah spesies cicak. Menurut ahli entomologi dari Oklahoma State University, Andrine Shufran, perbuatan tersebut bukan sekadar menutup jejak mereka tetapi memberi tenaga kepada haiwan-haiwan ini selepas menjalani proses sedemikian rupa.

Menariknya, manusia juga bersalin kulit. Bukan, bukan macam salin baju atau seluar ya. Apabila kulit kita membesar, sel kulit lama akan mati dan jatuh daripada badan. Menurut American Academy of Dermatology Association, manusia mempunyai 19 juta sel kulit per inci pada badan. Dan setiap hari, kita kehilangan 30,000 hingga 40,000 sel kulit. Dan kebanyakan sel mati ini membentuk habuk dalam rumah!

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

RUJUKAN

Langley, L. (2022, 29 April). Why bugs, tarantulas, and other creatures shed their skin. National Geographic.

Greene, P. 8 ANIMALS THAT SHED THEIR SKIN (WITH PICTURES). Wildlife Informer.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply