Kim Jong-kook.
Lee Kwang-soo.
Park Joon-hyung (Joon Park)
Choi Soo-young (Sooyoung).

Sekali imbas, nama-nama ini merujuk kepada dua ahli Running Man (Jong-kook dan Kwang-soo) dan dua selebriti yang menjadi tetamu undangan program hiburan kegemaran Korea itu. Hakikatnya, nama keluarga mereka iaitu Kim, Lee, Park dan Choi merupakan nama yang paling popular di Korea mengikut kaji selidik pada 2015. Dan sesetengah nama ini mempunyai sejarah mereka yang tersendiri.

Bagi individu yang memiliki nama seperti Park, Lee dan Kim, nama-nama ini sebenarnya ialah nama yang mempunyai sejarah diraja. Bagi nama Kim misalnya, ia mempunyai dua asal-usul iaitu Dinasti Silla[1] dan Konfederasi Gaya. Apabila kedua-dua kerajaan ini bergabung, nama Kim merupakan antara nama yang popular ketika itu.

Sementara nama Park pula diambil daripada nama pengasas Dinasti Silla, Park Hyeokgeose. Mengikut legenda dinasti itu, Hyeokgeose dikatakan lahir dengan cara menetas daripada sebiji telur.

Rajah 1: Tiga kerajaan Korea iaitu Baekje, Goguryeo dan Silla

Semenanjung Korea menyaksikan tempoh panjang membabitkan tiga kerajaan iaitu Goguryeo[2], Silla dan Baekje[3]. Selepas berper-ang sesama mereka selama bertahun-tahun, Silla menyatukan Semenanjung Korea di bawah satu pemerintahan pada tahun 668. Lebih 300 tahun kemudian, Silla ditewaskan Dinasti Goryeo[4] dan menjadi pemerintah baru semenanjung itu.

Biasanya, pemerintah baru akan menghap-uskan mana-mana pihak yang berpotensi menggugat kedudukan mereka. Tetapi dalam kes Goryeo, itu tidak berlaku. Kerabat diraja Silla tidak dilabel musuh oleh pengganti mereka, kerabat diraja Wang dan diserap ke dalam kerajaan dengan status sebagai bangsawan.

Pada tahun 1392, Goryeo digulingkan oleh seorang jeneral mereka dan pengasas kerajaan Joseon[5], Yi Seonggye[6]. Dan bagi mengukuhkan kedudukan mereka, kerabat diraja Wang diburu dan dibu-nuh secara rahsia agar tidak lagi menjadi anc-aman kepada baginda. Insiden

ini merupakan satu-satunya insiden di mana keluarga pemerintah sebelumnya tidak diintegrasikan dengan pemerintah seterusnya.

Rajah 2: Yi Seonggye/Raja Taejo

Dinasti Joseon memerintah Semenanjung Korea selama 500 tahun sebelum semenanjung itu diilhak oleh Jepun pada 1910. Dalam tempoh tersebut, nama Yi atau Lee amat popular dalam kalangan rakyat ketika itu. Malah, mengikut tinjauan pendapat pada 2015, nama Lee merupakan yang kedua popular dengan 15% responden memilih nama tersebut.

Manakala nama lain seperti Choi dan Jeong pula sebenarnya nama keluarga-keluarga bangsawan terkenal dalam sejarah. Ini bukan sesuatu yang aneh dalam sejarah Korea kerana keluarga-keluarga dinasti lama baik kerabat diraja atau bangsawan diserap oleh dinasti pemerintah seterusnya. Dan ini membenarkan saiz keluarga mereka bertambah dari semasa ke semasa dalam tempoh 2,000 tahun (dari era Silla hingga Joseon).

Era Joseon turut menyaksikan 50-60% populasinya ketika itu terdiri daripada golongan hamba. Hanya keluarga bangsawan saja dibenarkan mempunyai nama sekaligus menyaksikan hamba-hamba ini tidak mempunyai nama langsung. Bagaimanapun, semua itu berubah pada abad ke-17 apabila dinasti itu terjebak dalam konflik peper-angan dengan Jepun[7] dan Dinasti Qing[8] yang memerintah China.

Rajah 3: Dokumen pengenalan era Joseon untuk bekas hamba. Sumber: Muzium Negara Korea Selatan.

Dua konflik tersebut menyaksikan Joseon terpaksa membelanjakan wang cukai untuk aktiviti peper-angan dan pertahanan mereka. Bagi mengisi semula kantung kewangan negara, pemerintah ketika itu bersetuju membenarkan hamba-hamba membeli nama dan menaikkan taraf sosial mereka. Selain menambah lebih banyak wang, ia juga dapat menambah bilangan pembayar cukai memandangkan hamba tidak layak untuk membayar cukai kepada kerajaan.

Pengumuman dekri itu mendorong mereka membeli nama-nama berstatus diraja atau bangsawan seperti Kim, Lee dan Park. Ada pula memilih nama keluarga bekas tuan mereka sebagai nama baru mereka. Ini menyebabkan keluarga-keluarga berpengaruh dan mempunyai ramai hamba menyaksikan pertambahan bilangan ahli keluarga mereka menerusi nama yang dibeli oleh hamba-hamba ini.

Menjelang akhir abad ke-19, kerajaan Joseon menghapuskan terus sistem kelas dan digantikan dengan sistem bancian pada 1904. Apabila Jepun bertapak di Semenanjung Korea pada 1910, mereka menetapkan setiap orang harus melaporkan nama keluarga mereka kepada pemerintah ketika itu. Ini mendorong ramai orang memilih nama-nama popular seperti Park, Kim, Lee dan Choi pada dokumen pengenalan mereka.

NOTA:

[1] Kerajaan yang diasaskan pada 57 SM dan bertahan sehingga 935 Masihi. Bermula sebagai sebuah kerajaan yang mengawal selatan dan tengah Semenanjung Korea. Salah satu daripada tiga kerajaan Korea selain Baekje dan Goguryeo.

[2] Salah satu daripada tiga kerajaan Korea selain Baekje dan Silla. Mengawal bahagian utara Semenanjung Korea. Ditubuhkan pada 37 SM oleh Raja Chumo.

[3] Salah satu daripada tiga kerajaan Korea selain Silla dan Goguryeo. Ditubuhkan pada 18 SM oleh Raja Onjo. Semasa di kemuncak kekuasaan, Baekje mengawal bahagian barat Semenanjung Korea termasuk Pyongyang, ibu negara Korea Utara hari ini.

[4] Diasaskan pada 918 Masihi dan dilabel penyatu sebenar Semenanjung Korea. Bertanggungjawab mengintegrasikan semua keluarga pemerintah di bawah pemerintahannya dari Silla hingga Balhae.

[5] Dinasti Korea terakhir dan merupakan dinasti pemerintah berfahaman Confucius paling lama bertahan.

[6] Raja pertama Joseon dengan gelaran Taejo. Memerintah dari 1392 hingga 1408.

[7] Serangan Jepun ke Korea dari 1592 hingga 1598. Bertujuan memenuhi hasrat Shogun Toyotomi Hideyoshi untuk menakluk Semenanjung Korea bagi pihak Jepun. Jepun tewas pada akhirnya di tangan pakatan Joseon-Dinasti Ming dari China pada 1598.

[8] Konflik pada awal abad ke-17 dengan tujuan memaksa Joseon patuh kepada China yang diperintah Dinasti Qing. Konflik mendorong Joseon melaksanakan polisi pengasingan dan mengalami kemakmuran selama dua abad hingga akhir abad ke-19.

RUJUKAN:

Choi, D. (2020). Why So Many Koreans Have the Last Name “Kim”. Medium.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply