Kenapa Komunis Kalah Di Tanah Melayu?

3
14494
views
23rd April 1949: Police talking to an old Malayan who may have information about the communist bandits in the area. Sumber Gambar: Photo by Bert Hardy, uploaded to wikipedia by Pengguna:Rizuan at ms:wikipedia

Dari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Khay Kim dalam satu temubual oleh BFM.my, diceritakan oleh beliau bahawa semasa Darurat Tanah Melayu, sebenarnya ada banyak fakta yang tidak diketahui ramai dari kalangan kita. Ini mungkin berpunca daripada faktor maklumat dan kekurangan sumber. Perbezaan ketara dari segi agama, budaya, struktur sosial, demografi dan komunikasi juga turut menjadi penghalang untuk banyak maklumat berkenaannya tidak semua yang tahu.

Semasa PKM bermaharajalela, kaum Cina dikatakan lebih cenderung menyokong PKM yang asalnya merupakan MPAJA ketika pendudukan Jepun. Sebenarnya, hanya etnik Hakka dan Hainan sahaja yang menyokong perjuangan PKM sebelum dan selepas merdeka. Hokkien yang ketika itu merupakan majoriti etnik Cina yang terkenal dengan kekayaan di Tanah Melayu asalnya tidak pernah menjadi penyokong komunis.

Sokongan etnik Hainan terhadap sosialisme ala komunis begitu kuat hingga pengasas PKM di Tanah Melayu ialah seorang penoreh getah Cina etnik Hainan dari Sungai Ujong (kini Seremban)

Bagi mengekang dan memusnahkan pengaruh komunis dari terus meracun kaum Cina, British Military Administrstion (BMA) telah menubuhkan Psychological Warfare Department, khusus melawan komunis menggunakan pendekatan psikologi. Tan Sri Dr. Too Chee Chew atau lebih dikenali sebagai CC Too ketika itu dilantik menjadi Ketua Pengarah jabatan tersebut.

Selain kerana kemampuan dan kemahiran beliau, CC Too dilantik kerana beliau berketurunan etnik Hainan, salah satu etnik yang kuat menyokong perjuangan PKM.

Selain itu, beberapa kumpulan kecil dari kalangan masyarakat Cina anti komunis wujud dan paling kehadapan dalam melawan komunis di tanah Melayu. Antara mereka ialah kumpulan Kong Sai, wujud di Lenggong, Perak. Colonel HS Lee bersama dengan Henry Gurney ketika pentadbiran British menubuhkan Kinta Valley Home Guards (HG), sepasukan HG yang semuanya dari kalangan Cina Kong Sai yang sangat anti terhadap komunis.

Selain sokongan kumpulan Kong Sai, British sangat beruntung apabila pertubuhan rahsia atau kongsi gelap Cina di tanah melayu ketika itu sangat membenci komunis.

Kedua-dua kumpulan ini membenci komunis dan PKM di tanah Melayu kerana mereka adalah penyokong tegar Kuomintang di China setia dengan perjuangan Sun Yat-sen, melawan Parti Komunis China (CCP) di negara itu.

Sememangnya dapat dilihat bahawa majoriti kaum Cina juga tidak menyokong perjuangan PKM, malah anti kepada ideologi yang cuba dibawa oleh komunis ke Tanah Melayu.

Bagi kaum India pula, hanya etnik Malayalam yang cenderung penyokong pergerakan haluan kiri dan ekstrim seperti PKM di Tanah Melayu. Etnik Tamil selaku etnik majoriti kaum India di Tanah Melayu pula langsung tidak menyertai perjuangan komunis ketika itu.

Apabila British membenarkan kewujudan Pan Malayan Federation of Trade Unions, mereka meletakkan lagenda “Bapa Pekerja Rakyat Malaysia” PP Narayanan melalui NUPW (kini MTUC) bagi melawan pengaruh PKM di dalam kesatuan sekerja di Tanah Melayu.

Pemilihan Tan Sri PP Narayanan adalah kerana beliau asalnya merupakan pengerusi kesatuan sekerja di Negeri Sembilan yang dilihat begitu cenderung melawan kepimpinan kesatuan sekerja lain yang ketika itu cenderung kepada perjuangan komunis. Beliau juga adalah calon paling sesuai untuk peranan tersebut kerana beliau seorang Malayalam.

Seperti yang kita sedia maklum, sangat sedikit Melayu yang menjadi ahli dan menyertai perjuangan bersenjata PKM. Melayu yang menyertai komunis ini asalnya telah menerima pengaruh komunis dari Sumatera. Melayu di Sumatera ketika itu lebih cenderung untuk menyertai pergerakan haluan kiri sekaligus dipengaruhi ideologi sosialisme ala komunis.

Mokhtaruddin Lasso, seorang bekas gerilla anti Jepun dari Sumatera, Indonesia diangkat sebagai antara pengasas Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) berdasarkan nasihat dan saranan dari Tan Malaka seorang sosialis dengan ideologi Marxist

PKMM yang ditubuhkan di Ipoh pada penghujung tahun 1945 misalnya begitu kuat dipengaruhi gerakan haluan kiri dan ahli-ahli Melayu mereka begitu kuat menyokong PKM.

Rata-rata orang Melayu ketika itu sangat taat dan kasih kepada institusi raja-raja Melayu, sama seperti yang dapat kita lihat hari ini.

Dapat dilihat di sini, bahawa pengaruh Komunis di Tanah Melayu telah gagal sejak hari pertama mereka cuba bertapak di bumi kita.

Faktor Tanah Melayu yang ketika itu baru sahaja lepas dari cengkaman Jepun hanya mahukan keamanan dan begitu marah sekali kepada Jepun. Kebangkitan dan keganasan yang dibawa komunis selepas itu tidak digemari semua penduduk Tanah Melayu, menjadikan mereka bangkit pula melawan komunis yang cuba membuat huru hara di dalam negara.

Sesungguhnya, perjuangan melawan komunis di Tanah Melayu bukan setakat kejayaan perjuangan kapitalis British atau satu kaum sahaja. Ia merupakan kemengan yang dijulang oleh sokongan majoriti seluruh penduduk Tanah Melayu ketika itu yang membenci PKM dan ideologi yang dibawanya secara umum.

Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia tidak akan wujud tanpa pengorbanan dan perjuangan seluruh penduduk Tanah Melayu ketika itu.

Sumber:

BFM Radio – The Business Station. Tajuk Podcast “Remembering The Malayan Emergency”

3 COMMENTS

  1. Apa yang di tulis di sini adalah peristiwa pasca-Jepun menguasai Malaya. Ini termasuk pembentukan Persekutuan dan persihtiharan dharurat oleh Britih pada tahun 1948. Semasa dharurat ini British mengharamkan PKM, PKMM,API, AWAS, BETA, KMM dan semua pertubuhan KECUALI Umno.
    Adakah KMM, PKMM, API, PKM dan lain-lainnya BUKAN pejuang kemerdekaan? Walaupun berhaluan kiri, mengangkat senjata melawan British yang memungkiri janji kemetdekaan penuh Malaya dan sebagainya, kita mahu menafikan sumbangan mereka dimana jika tiada perjuangan meteka, Malaya mungkin tidak merdekan secara lembut Umno.. Mengapa Indonesia mengangkat pejuang haluan kiri sebagai pejuangkemerdekaan dan kita pula tidak?
    Mengapa Umno tidakdiharamkan olehBritish pada dharurat 1948 itu???

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.