Kenapa Bendera Negara Semasa Raptai Merdeka Semalam Diusung Terbalik?

1
58828
views

“Cerdik” apabila segala ilmu ditimba hanya dengan menggunakan hujung jari. Bab benda tu betul atau tidak, itu perkara kedua.Yang penting, berlumba tunjuk pandai dan nak kejar glamer sebagai orang yang kononnya membangunkan kesedaran masyarakat dengan menjadi manusia pertama memviralkan sesuatu isu. Dengan isu bendera yang masih panas ni, tak lama lagi, akan timbul pula akan timbul satu lagi isu, juga melibatkan bendera. Nak tunggu bila timbulnya, nantikan semasa perarakan hari kebangsaan nanti.

Tahun lepas kalau tak sila saya, ada makhluk tertentu yang tetiba memuatnaik gambar bendera negara yang dikatakan diusung terbalik dan tak disedari masyarakat selama ni. Ya lah, mungkin sebab sebelum ni belum ada drone, gamaknya sebab tu selama ni orang tak tahu dan tidak perasan, sebab tak pernah mampu tangkap gambar bendera tu daripada atas. Makhluk yang pertama menviralkan benda ni merasakan adalah tanggungjawab sosialnya dengan membangkitkan isu tersebut. Kalau dibangkitkan dengan cara bertanya mungkin tak ada masalah saya rasa. Tapi, cara dia memuatnaikkan itu adalah dengan cara cercaan. Ia kemudian disebarkan oleh masyarakat “prihatin” yang selama ini “sentiasa mengutip sebarang bendera yang jatuh, memastikan bendera mereka bersih dan tergantung elok, yang tak pernah buat perangai pijak-pijak bendera dan menyayangi bendera tu sampai tak rela ia ditukar dengan bendera lain”. Masing-masing pakat marah katanya. Jadi, sebelum isu ini kembali bangkit, saya yang tak berapa cerdik ni nak jugalah share pengetahuan saya yang tak seberapa ni.

Perhatikan gambar yang saya naikkan ini ni. Di sebelah adalah gambar bendera kita yang diusung semasa perarakan semalam. Dikatakan ia diusung salah kerana bahagian biru yang sepatutnya terletak di sebelah kiri, tiba-tiba terletak di sebelah kanan dalam keadaan bulan dan bintang menghadap ke belakang. Perhatikan pula gambar satu lagi yang menunjukkan flag patch yang dipakai oleh anggota tentera US. Kalau diperhatikan, bahagian biru mereka juga menghala ke arah belakang. Eh apahal? Bangang juga mat saleh ni rupanya?

Bendera kita diusung terbalik?
Bendera USA pun terbalik?

Sebenarnya, kepada yang tahu, bendera bukan hanya sehelai kain. Ia adalah lebih daripada itu. Dalam dunia ketenteraan misalnya, bendera memainkan peranan penting sebagai simbol rejimental yang memberi makna kepada kewujudan sesebuah unit itu. Sebab itu sesebuah unit di Malaysia misalnya, hanya layak memiliki bendera rejimen sendiri setelah mendapat perkenan Diraja sebagai pemerintah tertinggi. Malah nak ganti bendera tersebut yang dikenali sebagai panji-panji juga ada istiadatnya. Kenapa perlu semua tu? Sesipa yang rajin, selaklah sejarah rejimental untuk mencari jawapannya.

Selain daripada warna, cara bendera dikibarkan juga ada maksud tertentu. Umum tahu tentang bendera yang dinaikkan setengah tiang membawa maksud ada kemangkatan atau kematian dan seluruh kawasan berada dalam keadaan berkabung. Ia juga membawa maksud mala petaka, misalnya saya pernah diberitahu bahawa di England semasa kewujudan wabak penyakit ( pestilence ) dulu, bendera dikibarkan setengah tiang untuk memberi amaran kepada pengembara dari jauh agar menjauhi sesuatu bandar kerana ia dilanda wabak penyakit. Jadi apa kaitan dengan bendera kita yang diusung semasa perarakan tu, yang tiba-tiba baru disedari adalah terbalik? Apa selama ni kita buta ke apa?

Jika didalami maksudnya, sebenarnya bendera yang diusung itu bukan terbalik. Ia membawa maksud sendiri sebenarnya. Jika ada sesapa yang ada masa cuba baca maklumat protokol penaikan bendera di laman web penerangan. Cara bendera dikibarkan ada protokolnya sendiri. Dalam keadaan statik, iaitu bendera diletakkan setempat, kedudukan warna biru itu ialah di sebelah kiri, di mana bila kita memandangnya, kedudukannya tetap. Walaubagaimanapun, untuk bendera yang melalui pergerakan, bahagian birunya akan berada di sebelah kanan. Kenapa?

Cuba perhatikan bendera kita yang ditiup angin ke belakang. Di mana letaknya bahagian biru tu? Daripada mana asalnya? Mengikut sejarah, semasa peperangan di Eropah dulu, beberapa anggota berkuda akan mendahului pasukan dengan membawa bendera pasukan mereka. Mereka adalah pendahulu yang akan memberikan pengenalan kepada pasukan mereka. Apabila mereka bergerak ke hadapan, bendera ini akan ditiup ke belakang, menyebabkan berlaku pengalihan. Oleh itu, ia telah diambil sebagai satu insignia budaya – bendera bergerak yang terbalik memberi indikasi kedudukan menyerang dan bergerak ke hadapan, manakala bendera yang kembali dalam kedudukan asal membawa maksud berundur. Dalam peperangan dulu, di mana keadaannya kecoh, bunyi nafiri dan bendera adalah cara maklumat disampaikan kepada pasukan samada menyerang, kekal atau berundur. Sebab itu pemegang panji-panji adalah antara sasaran penting yang harus ditumbangkan. Tumbang pemegang panji-panji akan memberi isyarat kepada pasukan bahawa mereka telah kalah, walaupun hakikat sebenarnya tidak.

Oleh itu, semasa perarakan hari kebangsaan, bendera kita diusung dengan bahagian biru berada di sebelah kanan sebagai indikasi bahawa kita bergerak ke hadapan untuk terus maju. Menterbalikkan bendera tersebut sepertimana ia diterbangkan di tiang membawa maksud kita melangkah ke belakang. Mana lebih sesuai pada pendapat anda?

 

Jika ada sesiapa perasan juga, pasukan kita yang bertugas di luar negara sebelum ini memakai flag patch dalam keadaan biasa. Adakah ia membawa maksud kita pengecut?

Tidak sebenarnya. Ia sebenarnya membawa maksud bahawa kehadiran kita bukan atas tujuan agresif atau menyerang, sebaliknya untuk membantu atau mempertahankan diri sahaja. Ini adalah berbeza daripada flag patch tentera US misalnya yang menunjukkan kedudukan menyerang. Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun lepas kalau tak silap saya, flag patch untuk pasukan kita di luar negara telah ditukar kepada bentuk bulat dengan tulisan Malaysia dan tulisan arab juga. Ini berlaku disebabkan kekeliruan dengan bendera Amerika Syarikat.

=WRA=

1 COMMENT

  1. bendera mat salleh tu terbalik takpe sbab setring keta dia sblah kiri…yg di persoalkan sekarang pengusung jalur gemilang yg tak berapa nk cerdik main redah je janji usung…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here