Kekuatan Watak Genius Dalam Sebuah Siri Televisyen

0
1128
views

Berapa banyak kali kau orang terpaksa ‘pause’ dalam satu episod untuk memahami watak Sherlock dan Dr. House ini sembang?

Aku dah tonton siri TV ‘Sherlock’ sampai Season yang terkini. ‘House’ cuma sampai Season ke-2 saja. Kemudian, tak boleh pergi dah.

Cerita Sherlock ini dah banyak kali orang buat siri TV dan filem pun sudah banyak dibuat, tapi kenapa orang masih tonton lagi?

Versi Sherlock Cumberbatch ini cuma ditukarkan latar ke zaman moden.

Nak pulak watak Sherlock ini dah-lah sembang laju. Jargon Inggeris bersepah-sepah.

Aku boleh kata, plotnya juga lebih kurang sama saja macam dalam buku, cuma didramatikkan dan disesuaikan dengan konsep kontemporari.

Tapi orang masih tengok juga.

Watak Dr. House ini sembang lebat. Dari dulu sampai sekarang, aku tak pernah faham dia ini sembang apa.

Sembang laju dalam jargon perubatan satu hal. Sembang biasa-biasa pun pening nak faham. Laju dan kompleks.

Plot cerita House ini biasa-biasa saja bagi aku. Mendatar saja.

Setiap kali orang cadangkan dua siri TV ini, aku tak pernah lagi dengar orang angkat cerita, tema dan plot-nya.

Orang cuma angkat wataknya.

Kedua-dua mereka bijak dan analitik. Juga mempunyai sikap yang sinikal terhadap kehidupan, yang menunjukkan sisi ‘memberontak’ manusia.

Kita asyik dengan taakulan mereka dalam menyelesaikan masalah walaupun tak faham apa pun benda yang deme sembang.

Laju pulak tu deme cakap.

Kita nak tonton cerita ini sebab perkembangan watak yang baik. Dan watak ini menjadi pusat yang mengangkat ceritanya.

Dan sekali-sekala, kita melihat watak-watak ini sebagai watak yang ideal bagi diri kita. Kita nak jadi bijak dan genius seperti mereka.

Itu yang kita suka.

Orang tak pernah bandingkan antara cerita Sherlock dan House mana lagi baik, tapi orang akan bandingkan antara Sherlock dan House siapa lagi bijak.

Bila tonton cerita begini, kita tak rasa begitu teruja dengan konflik tertentu, tapi kita rasa teruja apabila ada watak genius lain yang mencabar watak utama macam Moriarty dan Dr. Philip Weber.

Biasanya untuk memanjang episod siri TV, watak yang kukuh adalah salah satu cara untuk kekalkan momentum.

Ia lebih baik daripada mengulangi plot yang sama tapi watak dan latar yang berbeza.

Kelemahan mengulangi plot dan kelemahan watak dapat dilihat macam siri TV macam The Walking Dead masa Season 4 hingga Season 5.

Previous articleKhasiatnya Kulit Pisang
Next articleApabila Kita Mempertikaikan Perkataan Tunafoto
Zamir Mohyedin sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (Master) dalam bidang fizik. Telah menerbitkan karya-karya fizik, sejarah dan falsafah. Selain dalam penyelidikan, beliau juga terlibat dalam penulisan, penterjemahan dan penyuntingan manuskrip. Berminat dalam bidang sains, falsafah, sejarah dan psikologi.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.