Sultan Bayezid II yang merupakan putera Sultan Muhammad Al Fatih sememangnya dikenali sebagai seorang sultan yang soleh. Baginda diberi gelaran ‘Bayezidi Veli” yang bermaksud ‘Bayezid Sang Wali Allah’. Ketika Raja Ferdinand dan Ratu Isabela berjaya menakluki Andalusia dari pemerintahan Islam, mereka mengamalkan polisi ‘Spanish Inquisition’ yang memaksa orang-orang Islam dan Yahudi untuk memeluk Kristian.

J. Michelet menulis bahawa dalam tempoh 10 tahun, hampir sejuta orang Islam dan Yahudi dibakar hidup-hidup, dilemaskan dalam air dan dibiarkan mati kelaparan. Di kota Seville sahaja, lebih 2000 orang lelaki dan wanita dibakar hidup-hidup.

Mendengar penyeksaan yang dialami oleh orang Islam dan Yahudi, Sultan Bayezid II mengutuskan sepasukan armada laut yang diketuai oleh Laksamana Kamal (Kemal Reis) pada tahun 1492 menjemput orang Islam dan Yahudi untuk diselamatkan dari pembunuhan dan kezaliman Raja Ferdinand. Armada Uthmaniyah berlabuh di pelabuhan Cadiz dan Seville lalu menjemput pelarian Islam dan Yahudi yang diusir sehelai sepinggang.

Dikatakan sekitar 150,000 pelarian Yahudi dibawa ke Daulah Uthmaniyah. Kemudian ratusan ribu lagi pelarian Yahudi dari Portugal mengikuti jejak saudara mereka dari Sepanyol. Rombongan pelarian pertama ditempatkan di Istanbul, Erdine dan Salonika. Yang selebihnya ditempatkan di merata tempat dalam Daulah Uthmaniyah.

Ketika mereka tiba di Istanbul, mereka disambut oleh Sultan Bayezid dan baginda memberikan layanan yang istimewa pada pelarian-pelarian Yahudi tersebut. Rabbi Eliya Kapsal berkata, “Sultan Bayezd mengeluarkan arahan kepada seluruh gabenornya agar menerima dan menyambut dengan baik pelarian Yahudi dari Sepanyol. Barangsiapa yang menzalimi pelarian Yahudi, maka mereka akan dihukum dengan berat”.

Bagi membantu Yahudi membina kehidupan mereka di Daulah Uthmaniyah, Sultan Bayezid II membuat pengecualian cukai terhadap mereka selama 5 tahun. Kebaikan yang dihulurkan oleh Sultan Bayezid menyebabkan Rabbi Yitzchak Sarfati di Erdine menulis surat kepada Yahudi-yahudi di Eropah bahawa Yahudi akan mendapat keadilan dan layanan yang sebaik-baiknya hanya dalam Daulah Uthmaniyah.

Kenapa Sultan Bayezid II begitu baik membantu dan memberikan layanan pada pelarian Yahudi? Bukankah Yahudi terkenal sebagai bangsa yang paling tidak boleh dipercayai? Adakah Sultan Bayezid tidak membaca sirah Nabi SAW bagaimana Yahudi mengkhianati Nabi SAW? Tidak, semuanya tentang Yahudi ada dalam pengetahuan baginda.

Antara sebab baginda membantu pelarian Yahudi ialah:-
1) Membantu orang yang dizalimi (mustadh’ifin) tanpa mengira kaum dan agama adalah perintah Allah.
2) Ini adalah peluang untuk baginda menyampaikan dakwah dan keindahan Islam
3) Baginda percaya tentang keberkatan dan bantuan Allah akibat membantu orang yang teraniaya.

Sudah menjadi lumrah bagi sultan-sultan Uthmaniyah yang soleh bahawa mereka akan mendakwahkan Islam dengan penuh bijaksana kepada para pelarian. Di samping memberikan kebebasan kepada pelarian Yahudi untuk mengamalkan agama mereka, baginda menjalankan dakwah Islam melalui pendidikan dan layanan yang baik. Kesannya, tidak sedikit Yahudi yang memeluk Islam.

Hal ini juga berlaku pada zaman Sultan Abdul Majid di mana ramai pelarian Poland dan Hungary yang lari dari kekejaman tentera Russia masuk Islam secara sukarela dalam Daulah Uthmaniyah. Mereka yang bersyahadah termasuk panglima tentera Hungary-Poland seperti Jeneral Bem (nama Islamnya Murad Pasha), Kmety (Ismail Pasha), Stein (Ferhad Pasha) dan Zarchesty (Uthman Beg)

Ketika Russia meminta pada Sultan Abdul majid untuk menyerahkan panglima-panglima tentera Hungary-Poland, baginda berkata “Aku lebih sanggup menyerahkan singgahsana aku ini kepada kamu berbanding menyerahkan orang-orang yang dizalimi yang meminta perlindungan dariku”

Apakah kesan yang baik dari bantuan Sultan Bayezid II ke atas pelarian Yahudi?

1) Golongan cerdik pandai Yahudi menyumbang kepada kekuatan Daulah Uthmaniyah sehinggakan Sultan Bayezid berkata “Anda mengatakan bahawa Raja Ferdinand pemimpin yang bijak (kerana mengusir Islam dan Yahudi), namun sebenarnya dia telah mengkayakan kerajaanku”

2) Dakwah Islam tersebar ke Eropah dengan pesat bila mana kebaikan Sultan Bayezid II menjadi buah mulut orang-orang Eropah

3) Bangsa Yahudi sedikit sebanyak dapat diislamkan dan diturkikan.

Membantu pelarian sedikit sebanyak sudah pasti memberikan kesan atau kerugian kepada ekonomi dan hal-hal kebendaan. Namun keberkatan dari perbuatan menolong orang yang teraniaya itu adalah sesuatu yang sukar diterangkan kerana ianya sesuatu yang tidak nampak.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Leave A Reply