Kebahagian Itu Di Bahagian Kaki

0
766
views

‘Syurga isteri di bawah tapak kaki suami..’ – Pernah dengar?

Ini salah satu dari 2 perumpamaan yang cukup dalam maknanya yang memainkan peranan besar di dalam pembentukkan masyarakat. Satu lagi perumpamaan itu berbunyi sebegini..

‘Syurga anak di bawah tapak kaki ibu..’

Serupa tapi tak sama. Walaupun susun katanya sama, ianya membawa pengertian berbeza.

SYURGA ANAK DI BAWAH TAPAK KAKI IBU.

Perumpamaan ini membawa makna ketinggian darjat seorang ibu. Ia memberi gambaran tanggungjawab anak kepada ibu itu adalah sangat tinggi.

SYURGA ISTERI DI BAWAH TAPAK KAKI SUAMI.

Inilah perumpamaan yang sering disalahguna oleh para suami dan sering disalahertikan para isteri. Sebenarnya yang menjadikan ia sebegitu ialah kerana persepsi kita kepada perumpamaan ini membawa makna yang serupa seperti ‘Syuga anak dibawah tapak kaki Ibu’. Maka dengan ini, perumpamaan ini selalu disalahguna oleh para suami untuk berbuat sewenang-wenang kepada para isteri.
Sebenarnya perumpamaan ini tidak sama maknanya dengan perumpamaan ibu tadi.

Ya di dalam perumpamaan ibu, tapak kaki itu membawa bicara ‘Darjat’. Tetapi di dalam perumpamaan suami tapak kaki itu membawa bicara ‘Langkah’.

Umum kita ketahui bahawa suami itu ketua keluarga, khalifah kepada isteri, anak-anak, ibubapa dan adik-beradik. Sumbing dan sumbang langkah si suami, sumbing dan sumbang jugalah langkah si isteri. Bila ini berlaku, keharmonian rumahtangga itu terjejas. Pelbagai perkara buruk boleh terjadi, sehingga boleh menjerumus ke lembah kebinasaan.

Suami sebagai khalifah atau nahkoda, perlu memastikan langkahnya tepat dan lurus, sejajar dengan tugasnya sebagai Imam. Inshaa Allah, jika si suami boleh memastikan langkahnya tepat dan lurus.. Luruslah jalan isteri dan seterusnya keluarganya..

Tetapi jangan pula si isteri merasa seronok membaca tulisan ini.. Tugas suami semata-mata merintis jalan, yang nak mengikutnya kamu. Sebab itu di dalam perumpamaan ‘Syurga isteri di bawah tapak kaki suami’ ada 2 pihak yang memainkan peranan.

Pihak Pertama: Suami merintis jalan yang baik.

Pihak Kedua: Isteri sebagai peneman mengikut jejak langkah suami.

———-

Bagaimana suami nak merintis jalan yang baik? Di dalam badan lelaki ada seketul daging. Dan seketul daging ini menjadi ‘core’ kepada lelaki tersebut. Baik seketul daging itu, baik lah lelaki itu. Seketul daging ini ialah hati.

Dan perempuan yang dijadikan dari rusuk kiri itulah penjaga hati lelaki.

———-

Hidup ini saling memahami dan saling melengkapi. Para suami, sebelum memarahi para isteri dan memikir mencari yang lain, tanya diri sendiri adakah kita suami yang baik.

Dan para isteri, sebelum memarahi suami, tanyalah dulu diri sendiri adakah kamu sudah menjadi penjaga hati yang baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.