Kawalan Keselamatan Ke Atas Presiden USA Obama

0
3326
views

Gambar ini adalah gambar Obama duduk bersama Anthony Bourdain dalam salah satu episod rancangan berkenaan travelog “Anthony Bourdain Parts Unknown”.

Digambarkan dalam gambar utama (yang paling besar) Obama duduk bersahaja di atas kerusi plastik, beer dalam botol, mangkuk plastik dan mee sejuk.

Photo op ini digunakan penyokong Obama bagi menggambarkan bahawa beliau seorang yang bersahaja, in-promptu, mesra dan tidak suka dikelilingi pengawal peribadi apatah lagi tidak selesa dengan protokol seorang protokol seorang presiden Amerika.

Fikir semula sambil melihat gambar di bawahnya. Kira berapa ramai pengawal peribadi yang ada di dalam, di luar dan di sekeliling beliau semasa melawat ke kedai makan ini.

Ini adalah cabaran keselamatan bagi mana-mana pasukan yang mengawal keselamatan Presiden Amerika. Risiko yang terpaksa ditanggung kononnya oleh seorang President of The Free World (freelah sangat)

Anthony Bourdain bukanlah tiba-tiba kebetulan ada di kedai dan mengajaknya terus makan sambil membuat rakaman travelognya.

Bagi seorang Presiden Amerika yang merupakan antara presiden sebuah paling banyak dibunuh atau menjadi cubaan serangan bunuh, seluruh kedai, malah seluruh jalan, blok dan kejiranan tersebut telah disemak dan melalui proses screening untuk tujuan keselamatan.

Itenari seorang presiden sudah disediakan lama sebelum beliau tiba di Hanoi lagi.

Perasan tak susun atur meja Obama dan Anthony Bourdain punya lah simetri dan tersusun kemas macam dah steril siap? Perasan tak betapa selamba badaknya pengunjung restoran keliling dia tu macam buat tak kisah je Barack Obama makan sekali?

Kau ingat CIA tak semak profile orang dalam tu? Kau ingat kat dapur dia tak ada orang chekkan makanan?

Pendek kata, semua pergerakan, aturan, aktiviti dan laluan malah masa dan dengan siapa seorang presiden berurusan akan disemak dan disemak sebelum disemak semula berkali-kali bagi memastikan tiada keraguan terhadap keselamatan beliau.

Beginilah, Presiden atau Perdana Menteri mana-mana negara bukan sahaja perlu membawa entourage dan pengawal peribadi masing-masing jika ke mana-mana sekalipun, hatta untuk bercuti. Beliau juga akan disediakan kawalan keselamatan oleh pasukan pengawal yang telah disemak berkali-kali latarbelakangnya oleh penguasa negara yang dilawati, bagi memaksimakan kawalan keselamatannya.

Gambar sekadar hiasan.

Begitu juga Perdana Menteri DS Najib, Perdana Menteri Malaysia. Dia perlu sentiasa dalam keadaan selamat, terkawal dan dikawal sama ada ketika bertugas rasmi ataupun bercuti.

Sesetengah pemimpin negara mungkin nampak santai, tapi percayalah, itu photo-op semata-mata. Sama seperti Obama ini atau mana-mana lagi pemimpin negara yang kau tahu.

Jangankan Presiden atau Perdana Menteri, berdasarkan pengalaman aku sendiri, lawatan dan majlis perasmian yang disempurnakan TSMY semasa di Ledang dan Pagoh semasa beliau menjadi TPM pun begitu juga. Anggota keselamatan yang datang untuk memeriksa keselamatan lokasi majlis diadakan, kawasan sekeliling malah membersihkan potensi ancaman diadakan dua minggu, lama sebelum majlis sebenar berlangsung.

Jadi pada aku siapa yang mempersoalkan lokasi, kemudahan dan bilangan entourage Perdana Menteri kita sebenarnya tak tahu apa-apa pun tentang selok belok dan SOP keselamatan yang perlu ada.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.