Kangaroo dan lembu adalah mamalia, tapi kalau perasan, cara diorang ada anak berbeza. Lembu akan bunting dan anak lembu membesar dalam perut ibunya sampai la cukup besar untuk dilahirkan. Kangaroo pulak akan beranak waktu anak dia masih lagi saiz janin kecil, dan janin tu akan merangkak ke poket perut ibunya dan duduk dalam tu sampai besar.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Kalau dua dua ni mamalia, kenapa cara diorang ada anak berbeza? Buaya, biawak, burung semua tu kelas reptilia (ya, burung pun reptilia) yang rupa berbeza tu pun semuanya bertelur, kenapa kangaroo dan lembu ni lain? Benda ni sebab evolusi yang berlaku beratus juta tahun dahulu.

Nenek moyang segala jenis mamalia ialah cynodont, sejenis haiwan yang rupa dia macam memerang. Cynodont ni dah wujud sekitar 260 juta tahun dulu, kiranya sebelum zaman dinosaur lagi dia dah ada (zaman dinosaur mula sekitar 245 juta tahun dulu). Berdasarkan kajian rangka, cyodont ni didapati ada tulang epipubic. Tulang ni bantu kuatkan rangka rangka tulang lain dan membantu diorang berdiri selain daripada merangkak, tapi sebab tulang ni jugak diorang takleh bunting lama. Jadi, diorang akan beranak anak janin. Semua haiwan marsupial pun ada tulang ni.

Walaupun cynodont ni bukanlah dikira sebagai haiwan marsupial sebenar yang pertama, tapi kewujudan cynodont ni membuktikan mamalia purba dulu jenis beranak janin dulu. Daripada cynodont ni datanglah haiwan mamalia yang bertelur macam platypus dan juga marsupial macam kangaroo. Secara teknikalnya, dua dua ni beranak janin.

Haiwan mamalia marsupial pertama wujud sekitar 145 juta tahun dulu. Haiwan mamalia beranak pertama pulak wujud sekitar 90 juta tahun dulu. Dua dua ni wujud pada zaman dinosaur masih ada walaupun dah makin pupus. Lepas kepupusan dinosaur, haiwan mamalia menjadi melata dengan haiwan mamalia jenis beranak mendominasi dunia berbanding mamalia marsupial dan mamalia bertelur.

Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply