Hari sabtu yang lepas ketika majlis Maulid Agung Melayu di Riyadh Restu, saya ada berbincang dengan kekanda Lang Indah Jentala, YDP Pertubuhan Armada Malaiu tentang panah Melayu. Saya maklumkan pada beliau bahawa saya juga ada membuat kajian tentang panah Alam Melayu, tetapi masih belum lengkap.

Antaranya saya terjumpa lakaran pemanah Srivijaya di dinding Candi Borobudur. Busur panah tersebut kelihatan hampir menyamai ketinggian pemanah. Saya juga pernah melihat beberapa buah busur panah tradisional dalam beberapa buah muzium di Indonesia.

Saya juga ada mengumpulkan maklumat tentang panah Alam Melayu dalam catatan Portugis dan tempatan. Antaranya Godinho de Eredia pernah menulis bahawa busur panah Melayu lebih besar dari busur panah Parsi.

Berikut beberapa catatan tentang panah Melayu :-

Panah Melayu dalam catatan Portugis

Maka orang-orang Melayu menggunakan banyak racun pada semua senjata mereka terutamanya pada mata anak-anak panah, sama ada yang diperbuat daripada besi atau kayu, atau gigi haiwan-haiwan atau ikan atau dari ‘nibong’. Busur-busur panah mereka lebih besar dari busur-busur panah orang Parsi. – Catatan Godinho de Eredia

“Tentera-tentera Islam (Melaka) sangat ramai dan mereka lengkap bersenjata dengan senapang-senapang, anak-anak panah beracun, meriam-meriam logam kecil, busur bersilang….” Catatan Gaspar Correia

Sultan Melaka memerintahkan bahawa kapal armada laut, yang disebut sebagai masunghara, lancaran, keluluk, baluk, yang penuh dengan busur dan anak panah untuk membuat penyamaran menjadi bot kargo” –Catatan Damiam De Goes

Panah Melayu dalam Sulalatus Salatin

“Setelah Raja Gangga Shah Johan (Raja kerajaan Gangga Negara ) melihat Raja Suran itu datang, maka Raja Gangga Shah Johan pun berdiri memgang panahnya, maka segera dipanahnya…”

“Maka orang Pahang pun hebat rasanya melihat betul Hang Nadim memanah itu; kerana Hang Nadim itu terlalu amat bijaknya pada memanah, umpamanya membelah kayu pun ia dapat dengan panah”

“….tetapi seorang pun tiada mau melanggar jong itu, daripada dahsyatnya anak panah Hang Nadim, seperti mata petir datangnya itu.

“Tun Isap Misai bergelar Bendahara Seri Maharaja, ialah yang disebut orang Datuk Bendahara yang tua. Dialah yang mengarang Anak Panah Sedasa..”

Panah Melayu dalam Hikayat Merong Mahawangsa

“Maka Raja Merong Mahawangsa pun menarik busar anak panahnya yang bernama Ayunan itu ke udara, bergemuruhlah bunyinya seperti halilintar membelah…”

“Maka ditariknya busurnya itu serta memanahkan ke udara berdengung-dengung bunyinya seperti kumbang menyering bunga lakunya………jasa anak panah itu, matanya perak”

Jika siap kajian tentang panah Melayu, rasa-rasanya ada tak yang minat sekiranya diterbitkan menjadi buku?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

4 Comments

Leave A Reply