Joseph Stalin: Sang Besi Dari Soviet

0
741
views

Joseph Stalin dilahirkan di bandar Gori Georgia, pada tarikh 18 Disember 1878 (6 Disember mengikut kalendar Julian), dengan nama sebenar Iosif Vissarionovich Dzugashvili. Bandar Gori adalah sebuah daerah terpencil, yang jauh dari pusat pemerintahan Rusia di Moscow.

Keadaan persekitaran keluarga zaman kanak kanak Stalin sangat jauh dari harmoni. Ayahnya seorang tukang kasut, yang juga merupakan seorang pemabuk tegar. Mempunyai sikap baran dan seringkali melakukan kekerasan fizikal, memukul anak dan isterinya. Penganiayaan mental dan fizikal terhadap Stalin dan ibunya, sangat memberi kesan kepada psikologi dirinya.

Walaupun kedua ibubapanya tidak fasih berbahasa Rusia, namun Stalin dipaksa untuk belajar Bahasa Rusia, kerana ia adalah Bahasa rasmi di sekolah nya. Stalin bersekolah di sekolah (Gereja) Kristian Orthodok di Gori antara tahun 1888 -1894. Stalin juga memperoleh biasiswa penuh belajar di Sekolah Teologi Seminary (Keagamaan) Tbilisi. Keadaan lingkingan sekolah yang super disiplim juga menjadikan dia sangat naif, pendiam, dan sering menyembunyikan perasaannya.

Ia diakibatkan oleh tekanan psikologi zaman kanak kanak yang dialami Stalin. Dan ketika inilah jiwa memberontaknya mula timbul. Ekoran daripada itu, Stalin secara sorok-sorok mula membaca buku buku dan artikel berhaluan kiri seperti Das Kapital (1868), Communist Manifesto (1848), dan lain lain. Disebabkan oleh itulah, pada tahun 1899, dia digugurkan dari sekolah, kerana dituduh menyebarkan pengaruh Marxisme.

Pengaruh Marxist Dan Kehidupan Politik

Maka bermulalah kecintaan Stalin, kepada idea Komunisme. Dia mwnyertai Marxist gerakan bawah tanahpada tahun 1903. Kerja kotor seperti merusuh, rompak bank serta memeras ugut, semuanya pernah dilakukannya. Dalam pada masa yang sama,terdapat bahagian dalam parti berkonflik, Stalin berpihak lkpada Bolshevik. Sehingga tahun 191, dia merupakan seorang anggota parti yang aktif dalam perjuangan parti. Pernah juga ditahan atas berbagai kesalahan jenayah dan untuk rekod, sebanyak 6 kali ditahan oleh pihak berkuasa. Namun begitu, hukuman ke atasnya tidak berat, malah lebih dari sekali dia cuba melarikan diri dari tahanan.

Nama “Stalin” sebenarnya adalah nama samaran atau pena yang bermaksud besi atau keluli dalam Bahasa Rusia, Stalin kurang memainkan peranan penting dalam Revolusi 1917. Namun begitu, dia sangat aktif dalam tempoh dua tahun berikutnya. Pada tahun 1922, Stalin dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis. Dengan kedudukan yang tinggi ini, ia sekaligus membuka peluang luas kepada Stalin untuk menggunakan pengaruhnya dalam menjalankan pentadbiran parti, dan dalam masa yang sama juga merupakan batu loncatan dalam perjuangannya untuk mencapai puncak kuasa.

21 Januari 1924, pemimpin Parti Komunis, Lenin meninggal dunia. Namun begitu, dalam wasiat politiknya, Lemin cenderung untuk menjadikan Leon Trotsky sebagai penggantinya. Lenin juga menegaskan bahawa, Stalin terlalu ‘keras’ dalam kepimpinan dan harus melepaskan kedudukanya sebagai Setiausaha Agung Parti. Malangnya, selepas ketiadaan Lenin, Stalin menyembunyikan wasiat Lenin dan mula mengambil alih jawatan presiden parti.

Kemudiannya Stalin berjaya pula bekerjasama dengan Lev Kamenev dan Grigori Zinoviev, yakni dua individu penting dari politburo. Seterusnya, Stalin bekerjasama pula membentuk Troika (Badan Pemerintah) atau Trimvirate untuk menewaskan Trotsky dan pengikutnya. Trotsky dibuang negeri tahun 1929, hingga akhirnya dibunuh pembunuh upahan Stalin, Ramon Mercedez di Mexico tahun 1940. Stalin, seorang yang bijak dalam monopoli kuasa, Kamenev dan Zinoviev, melihat ia terlalu agresif dalam parti, dan cuba menentang Stalin. Stalin akhirnya menghapuskan kedua mereka dengan kedua-dua mereka dituduh terlibat dalam pembunuhan Sergie Kirov lalu ditangkap dan dibuang negeri. Selepas Stalin berjaya menewaskan “pembakang sayap kiri’, seperti Trotsky, Kamenev, dan Zinoniev dalam perjuangannya untuk berkuasa. Akhirnya, pada awal tahun 1930-an Stalin dengan ‘angkuhnya” telah menjadi diktator tunggal dalam Kesatuan Soviet.

“Kuku Besi’ Bergelar Pemimpin Komunis

Pada kedudukan yang kukuh ini, Stalin mengamalkan polisi yang digelar Stalinisme. Siapa yang menentangnya, akan dihapuskan. Bernula pada tahun 1934, beliau melancarkan satu siri Great Purge/Gerakan Pembersihan. Peristiwa yang boleh dianggap permulaan kepada ‘Great Purge’ adalah, pembunuhan yang berlaku pada 1 Disember 1934, terhadap Sergoe Kirov (Pegawai Tinggi Parti), di Saint Petersburg, yang juga merupakan salah seorang penasihat Stalin. Kamenex dan Zinoviev dituduh terlibat dalam pembunuhan itu. Namun ada pendapat mengatakan, Stalin memerintahkan mereka.

Pada tahun tahun berikutnya, sebilangan besar orang yang menjadi pemimpin Parti Komunis semasa Revolusi 1917 dan “orang-orang” Lenin dituduh pengkianat. Ramai antara mereka, membuat pengakuan terbuka di mahkamah awam sebelum dihukum Stalin. Pada tahun 1938, seorang pegawai tinggi NKVD (polis rahsia), yang mengetuai siri Great Purge/Gerakan Pembersihan, juga dibawa ke mahkamah awam atas dakwaan mengkhianati Stalin.

Great Purge di pertengahan tahun 1930-an, meluas ke seluruh tubuh Parti Komunis dan Angkatan Bersenjata. Pembersihan yang dilakukan Stalin bukan semata-mata untuk masalah anti komunis, malah kontra revolusi. Stalin lebih berjaya menggunakan pengaruhnya untuk menghapuskan komunis berbanding polis czar. Sebagai contoh, dari Ahli Jawatankuasa Pusat Komunis yang terpilih pada tahun 1934, lebih dari dua pertiga dihukum kerana dituduh mengkhianat.

Dasar Politik Joseph Stalin

Sudah tentunya idea-idea politik Stalin, banyak dipengaruhi idea Komunisme Karl Marx dan mantan Presiden Parti, Lenin. Teras politik pertama adalah, Kolektiviti Pertanian, tiadanya hak kepemilikan peribadi oleh petani, semuanya adalah milik negara. Teras ini adalah bertujuan, untuk memusatkan pengurusan ekonomi kepada negara. Bernula dari pengeluaran, pengedaran dan sehingga kepada pembahaguan peruntukan per wilayah (tanah pertanian), semuanya diurus negara. Ini bemakna, semua rakyat harus melepaskan milikan peribadi mereka, seperti ladang dan kebun, kepada negara. Tiadanya hak kepimilikan peribadi, para petani tidak berhak keatas tuaian mereka, untuk teras ini,

Seluruh proses pengeluaran, dimiliki dan diurus oleh negara. Para petani bekerja bagai buruh paksa, pemerintah hanya menawarkan keperluan asas kepada mereka. Tentu sahaja ianya tidak mencukupi sehingga terjadinya kemiskinan dan kebuluran. Antara semua wilayah Kesatuan Soviet, Ukrainelah yang paling terkesan dengan sistem ini, sehingga terjadinya Tragedi Holodomor yang mengorbankan banyak nyawa.

Teras politik seterunya adalah Pengindustrian Besar Besaran atau Industrialisasi. Walaupun ekonomi pertanian Soviet sudah besar, namun begitu negara itu tetap miskin. Justeru itu ekonomi lain juga harus diwujudkan. Menurut Stalin, industrilisasi sangat penting untuk memperkuatkan ekonomi Soviet, dan untuk menyaingi ekonomi Amerika Syarikat. Fokus Stalin adalah industri berat, terutama jentera ketenteraan. Dan sudah tentu, bahan-bahan asas untuk membina jentera seperti besi, aluminium dan tembaga harus dicarigali oleh ratusan ribu buruh buruh paksa yang hidup di wilayah Soviet.

German – Soviet (NONAGGRESSIONPACT)

Pada tarikh 23 Ogos 1939, iaitu sebelum bermulanya Perang Dunia ke 2, Jerman dan Kesatuan Soviet telah mengejutkan dunia Eropah, apabila mereka bersetuju untuk menandatangani Non Aggression Pact. Perjanjian ini adalah bertujuan, agar kedua dua negara tidak saling menyerang atau berperang dalam tempoh 10 tahun mendatang. Kesatuan Soviet diwakili Joseph Joseph Stalin sendiri dan pihak Nazi Jerman berwakilkan kaunselornya Adolf Hitler. Kemudiannya dalam masa 2 minggu dari itu, Hitler menyerang Poland dari barat, manakala Kesatuan Soviet menyerang bahagian timur Poland dan mendudukinya. Pada akhir 1939 juga, Kesatuan Soviet mengancam tiga buah negara merdeka iaitu Latvia, Lithuania, dan Estonia dengan kuasa senjata. Ketiga-tiga negara tersebut menyerah tanpa berperang dan seterusnya menjadi sebahagian dari wilayah kesatuan Soviet.

Perjanjian antara Soviet dan Jerman itu akhirnya dicabuli pada tshun 1941, apabila Nazi Jerman melancarkan perang ke atas Kesatuan Soviet. Dan selebihnya, kita semua tahu betapa Nazi Jerman kalah dalam peperangan ini.

Kehidupan Peribadi Joseph Stalin

Di sebalik kejayaan dunia politik Stalin, Sang ‘Penguasa Besi’ ini juga punyai kisah duka. Dalam kehiduoan bekerluarga Stalin, ia tidaklah terlalu bahagia dan ceria. Stalin berkahwin pertama kali dengan Ekaterina Svanidze pada tahun 1904. Malangnya, tiga tahun kemudian isterinya meninggal dunia, akibat menghidapi penyakit paru paru,. Anak tunggalmya Jacob, dirangkap oleh pihak Jerman semasa Perang Dunia ke-2. Jerman membuat tawaran pertukaran, namun Stalin menolak. Akhirnya anaknya mati di kem tahanan.

Stalin berkahwin buat kali kedua, bersama Nadezhda Ailillulyeva, pada tahun 1910. Sudah jatuh ditimpa tangga, isteri keduanya juga meninggal dunia pada tahun 1932. Ada khabar mengatakan isterinya bunuh diri. Dalam perkahwinan keduanya, Stalin dikurniakan dua anak, anak lelakinya Vasily, merupakan pegawai Angkatan Udara Rusia, dan merupakan seorang pemabuk. Dia meninggal dunia pada tahun 1962. Manakala anak perempuannya Svetlana, seorang penulis, dibuang negeri dari Kesatuan Soviet Rusia, dan pada tahun 1967, berhijrah ke Amerika Syarikat. Akhir kisah kepada Penguasa Besi ini ialah pada tarikh 5 Mac 1953, sang diktator ini meninggal dunia, pada umur 73 tahun di Istana Crenlin, Moscow, Rusia.

Sumber Rujukan:

History.com (2009) Joseph Stalin. http://www.history.com/topics/joseph-stalin

History.com (2009) German-Soviet Nonaggression Pact. http://www.history.com/topics/world-war-ii/german-soviet-nonaggression-pact

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here